click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Tuesday 22 October 2013

islam sebagai Al-Din


Islam sebagai Al-Din
 
 

DEFINASI ISLAM


 

·                     Islam bukan ciptaan manusia. Namanya diberikan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 19, ayat 85, Surah al-Maidah ayat 3, Surah al-Taubah ayat 33 dll.

 

·                     Dari Sudut Bahasa:

 
Bahasa Arab : Salima – aslama – yuslimu

 
            o        SALIMA iaitu selamat, sentosa dan kedamaian.

 
o        ASLAMA iaitu memelihara dalam keadaan selamat sentosa.


o        YUSLIMA iaitu menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu.           

 

Firman Allah SWT (al-Baqarah : 131):

 

“Ketika Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini”

 

Dari Sudut Istilah/Syara’ :

 

·                     Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.


·                     Islam adalah peraturan hidup [way of life], peraturan yang bersifat integral, menjadi dasar kepada akhlak mulia, disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia. Peraturan hidup ini sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran [yang dihayati oleh baginda SAW].

 

·                     Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Jibril, iaitu:

 
“Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasulullah, mendirikan solat, mengeluar- kan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitul’Lah jika engkau berkuasa”.

 

o        Dalam hadis ini Rasulullah SAW telah menerangkan dasar/asas penting Islam iaitu :


§     SISTEM KEROHANIAN (Aqidah – kepercayaan) yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah.

 

§     Di atas sistem Kerohanian terbina SISTEM PERUNDANGAN yang luas skopnya: individu dan masyarakat.

 

§     Berasaskan sistem Kerohanian dan sistem Perundangan yang mantap lahir SISTEM AKHLAK yang menyeluruh sifatnya.

 

Pelaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak lahirlah IBADAH dalam bentuk yang menyeluruh.

 

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengibadikan (beribadah) kepada-Ku”

 

(Az-Zariyat: 56)

 


KESIMPULAN


 

·                     Islam adalah sistem hidup yang lengkap diwahyu oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya Muhammad SAW untuk manusia sejagat.

 

·                     Sebagai sistem dari Allah SWT, ia mengatur hubungan:

 

o        Manusia dengan  Allah SWT

 

o        Manusia dengan makhluk

 

 

MAKSUD AD-DIN


 

·                        “Din” (nakirah) bererti pasrah, tunduk, patuh, menyerah, perhitungan dan lain-lain.

 

 

·                     “Ad-Din” (makrifah) bererti cara hidup yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 

 

·                     “Din” juga diertikan sebagai agama atau religion.

 

 

·                     Agama pelbagai:

 

o        Agama Palsu

 

o        Agama Benar (Dinulhaq).

 

 

·                     ? :  Apakah maksud agama yang difahami oleh Melayu Muslim 

 

·                     Istilah “din” dalam al-Quran menggambar-kan seluruh aspek hidup manusia. Ia terdiri daripada empat bahagian utama:

 

i.                     Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah SWT).

 

ii.                    Penyerahan diri lahir dan batin kepada Allah SWT.

 

iii.                   Iman dan amalan di bawah pengawasan Allah SWT.

 

iv.                   Ganjaran: dosa atau pahala dari Yang Maha Berkuasa.

 

 

·                     Keempat-empat bahagian tersebut sesuai dengan istilah “dinulhaq” yang memiliki tiga ciri utama, iaitu:

 

                     i.                Iman kepada Allah SWT secara mutlak.

 

                    ii.                Iman kepada hari Akhirat.

 

                   iii.                Mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

 

 

ISLAM SEBAGAI SISTEM UMUM DAN KHUSUS


 

·                     Sistem umum bermaksud Islam adalah cara hidup untuk semua makhluk Allah SWT.

 

·                     Semua makhluk hidup berasaskan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT sesuai dengan kejadian mereka (lihat surah al-Furqan: 2).

 

·                     Hukum umum ini dikenali sebagai SUNNATULLAH (Law of Nature – Undang-Undang Semulajadi).

 

·                     Ia bersifat pasti, objektif dan tetap (lihat firman Allah dalam surah al-Fath: 23).

 

·                     “.. dan kepada-Nya menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka mahupun terpaksa..”

 

(al-Ra’d: 15)

 

·                     Islam sebagai suatu sistem khusus bermaksud:

 

“Islam sebagai ad-Din yang datang dari Allah SWT, merupakan peraturan hidup yang mengatur hidup manusia, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam konteks yang sebenar”.

 

·                     Ia berkaitan dengan akidah yang menjadi pilihan bukannya paksaan. Islam diterima dengan penuh kerelaan.

 

·                     Manusia bertanggungjawab di atas pilihan yang mereka lakukan.

 

·                     Melalui pilihan ini manusia akan dinilai dan dibalas serta memberi implikasi; baik @ buruk, pahala @ dosa; syurga @ neraka.

 

·                     Allah SWT membentangkan kepada manusia dua jalan hidup: KEBENARAN dan KESESATAN.

 

·                     Memilih kebenaran bererti memilih keberuntungan dalam hidup dunia dan akhirat. Memilih keserasian hidup antara system umum dan system khusus.

 
 

KANDUNGAN ISLAM

 

Islam meliputi tiga perkara utama, iaitu:

 

 

1.           Asas/Dasar:

 

 

i.             Aqidah

 

ii.            Syariat

 

iii.           Ibadah

 

iv.           Akhlak

 

 

2.            Sistem Hidup       (pelaksanaan hidup yang berteraskan asas Islam) iaitu:

 

i.                     Politik

 

ii.                    Ekonomi

 

iii.                   Sosial

 

iv.                   Ilmu

 

v.                    Seni

 

vi.                   Falsafah

 

vii.                 Teknologi

 

viii.                Lain-lain

 

 

3.            Penguat dan Penyokong      (Amr Ma’ruf Nahi Munkar)

 

i.                     Dakwah

 

ii.                    Jihad

 

 

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

 

 

i.                     Rabbaniah

 

ii.                    Syamil dan Kamil

 

iii.                   Universal (Alami @ Sejagat)

 

iv.                   Selaras Dengan Fitrah Manusia

 

v.                    Tetap dan Anjal

 

vi.                   Wasati

 

vii.                 Waqi’e @ Praktikal

 

 

TUJUAN ISLAM

 

Menjaga Keselamtan:

 

 

i.                     Agama

 

ii.                    Nyawa (Jiwa)

 

iii.                   Akal

 

iv.                   Kehormatan

 

v.                    Hartabenda

 

 

 

 

 

*

 

Peranan pemerintah terhadap rakyat menurut islam



Peranan pemerintah terhadap rakyat menurut islam

 

Pemerintah atau ketua negara  memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran Negara . terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang pemerintah seperti khalifah , sultan dan sebagainya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Sad ayat 26 :

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahikan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

Pemerintah mempunyai peranan atau tugas penting dalam mentadbir negara. Kewajipan dan tugas-tugas penting pemimpin atau pemerintah adalah mewujudkan negara sebagaimana yang dijelaskan sejumlah besar ulama dan pemikir islam yang berkisar kepada dua perkara iaitu agama dan dunia sebagaimana yang dikatakan al-Mawardi “melindung agama dan mengatur dunia dengan agama”. Ibnu khaldun mendefinisikan “al-khalifah” sebagai menggantikan pemilik hukum (allah s.w.t) dalam melindungi agama dan mengatur dunia dengannya.

Antara adap pemerintah dalam sesebuah negara terhadap rakyat ialah:

a)      Menunaikan hukum-hukum Allah S.W.T dan syariat-syariatnya dengan menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman, menghukum orang yang membuat kejahatan serta melanggar hak-hak Allah s.w.t  dan menusia, menjamin hak-hak orang miskin dan sebagainya.

b)       Berlaku adil terhadap rakyatnya yang diperintah. Berlaku adil terhadap semuanya. Pemerintah juga hendaklah menjauhi segala perbuatan keji seperli menyeleweng penggunaan kuasa, rasuah dan sebagainya . pemerintah hendaklah adik apabila meletakkan sesuatu hukum dan jangan berlaku zalim.

c)       Menbersihkan negara atau menjauhi sifat-sifat keji seperti riba,rasuah dan sebagainya dan memastikan masyarakat sentiasa terpelihara daripada perbuatan tersebut. Pemimpin hendaklah bersifa tegas sekiranya berlaku perkara-perkara keji dan menghukum dengan adil dan menbuat keputusan dengan betul.

d)      Membangunkan negara dengan menyediakan kehidupan yang selesa kepada rakyat jelata. Ini termasuklah penbangunan ekonomi,infrastruktur dan sebagainya.

e)      Merupakan tanggunjawab pemerintah untuk menjamin tersedianya keperluan-keperluan dasar kehidupan seperti makanan,pakaian,perumahan,hospital,sekolah,pendidikan dan sebagainya.

Persediaan menghadapi peperiksaan


Persediaan menghadapi peperiksaan.

 

      Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan inayahnya dapat bersama-sama kita menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Inn sya allah di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips berkaitan persediaan menghadapi peperiksaan.
 
Persediaan yang dilakukan secara berterusan dengan doa dan harapan kepada Allah akan menghasilkan natijah yang baik. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika hampir peperiksaan. Antaranya:

1. Mohon ketenangan

   Semakin hampir peperiksaan, perasaan semakin tertekan, emosi menjadi tidak stabil. Fikiran serabut. Banyak perkara yang perlu difahami bersungguh-sungguh. Segalanya serba tak kena. Bersabarlah dan bawa bertenang. Ingatlah Allah. Bacalah doa ini berulangkali sehingga Allah mencampakkan ketenangan dalam hati.

لاَ حوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
 
2. Perbanyakkan salawat dan membaca yasin
 
     Saat-saat begini kita teramat mengharapkan rahmat dan pertolongan dari Allah. Bacalah apa jua salawat dengan niat untuk memuliakan Rasulullah seperti:
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
3. Solat taubat
 
    Lakukanlah solat taubat dan mohonlah keampunan dari Allah. Ditakuti dosa-dosa  yang kita lakukan akan menghalang daripada sampainya sampainya rahmat dan pertolongan Allah kepada kita. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha dan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
 
a) Tinggalkan maksiat yang dilakukan
b) Menyesal diatas perlakuan maksiat yang dilakukan
c) Berazam tidak akan mengulangi lagi maksiat tersebut
 
4. Solat hajat
 
     Setelah bertaubat dan bersih diri, Lakukanlah solat hajat. Inilah bentuk munajat seorang hamba kepada penciptanya. Tiada yang lebih di harapkan kecuali kepadanya. Apabila meminta, maka kepadanya dimohon segala permintaan.
 
5. Mohon doa ayah ibu
 
     Doa mereka amat dimakbulkan oleh Allah kerana doa mereka amat suci dan ikhlas. Selain itu mohonlah keredaan dan keampunan daripada mereka. Di takuti kemurkaan mereka akan menghalang sampainya rahmat dan pertolongan Allah kepada kita.
 
6. Mohon restu guru
 
     Jumpalah guru, mohon mereka mendoakan kejayaan yang cemerlang. Mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Doakan keampunan tuhan kepada guru-guru. Moga mendapat ilmu yang berkat.
 
7. Jaga kesihatan
 
    Jangan belajar sampai menjejaskan kesihatan. Badan yang tidak sihat akan mengganggu ketika menduduki peperiksaan. Oleh itu, teruskan bersenam, tetapi bersenam dengan ringan. Jangan bersenam yang berat . Memadai dengan senaman ringan yang boleh melegakan otot. Bersenamlah kerana otak yang baik berada pada badan yang sihat. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kerana kecederaan memberi kesan yang besar terhadap peperiksaan.
 
  
Itu sahajalah tips yang dapat saya kongsikan. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan. Semoga hasil usaha kita memperoleh kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Selamat menduduki peperiksaan ^_^