click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Sunday 26 February 2012

kita pasti boleh berubah..


Assalamualaikum W.R.T

                   disini ana ingin berkongsi sedikit kisah yg ana dpt pada program usrah bsama teman2 ana di Shah alam...kisah ni sudah lama..tapi utk di kongsi..rasanya xpe kan...baik lah kisah nya adalah berkaitan dengan orang yg baik dan orang yg jahat..naqib ana mengandaikan bahawa orang yg baik itu diibaratkan umpama belian/mutiara yg berwarna putih..
jika dilihat..ianya memang sangat cantik..tapi..jika dibiarkan sahaja tanpa di gilap..ia pasti kelihatan kurang menarik..samalah seperti org yg baik..jika peribadinya tidak dijaga..pasti ia akan kelihatan buruk juga akhirnya..jadi mereka handaklah sentiasa di gilap agar menjadi lebik baik dari sebelumnya..

Seterusnya ialah org yg jahat itu diibaratkan seperti mutiara/belian yg berwarna hitam..jika dilihat pd gmbr..ianya sangat cantik..bila cantik,harganya mestilah mahal kan..hehehe..btol x??..samalah seperti org yg jahat..org yg jahat ni bukanlah dilihat seperti sesuatu yg teruk..tapi..jika ia di gilap dengan proses tarbiyah yg betul..ianya pasti akan kelihatan cantik dan mahal juga..sama lah seperti mutiara/belian hitam tadi....

>kesimpulannya..sejahat mana pun kita..kita pasti boleh berubah..INSYA ALLAH...^_^

Thursday 23 February 2012

perumpamaan org yg mempunyai ilmu^_^



Perumpamaan agama yang aku diutus Allah ‘azza wajalla dengannya, yaitu berupa petunjuk dan ilmu ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi. Diantaranya ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air, maka tumbuhlah padang rumput yang subur. Diantaranya pula ada yang jatuh ke tanah keras sehingga air tergenang karenanya. Lalu air itu dimanfaatkan orang banyak untuk minum, menyiram kebun dan beternak. Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus, tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Seperti itulah perumpamaan orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat dari padanya, belajar dan mengajarkan, dan perumpamaan orang yang tidak mau tahu dan tidak menerima petunjuk Allah yang aku di utus dengannya.” HR Bukhari Muslim


Assalamualaikum w.r.t..
Di sini ana ingin berkongsi sedikit kata2 yg sangat ana tertarik ketika belajar bersama guru ana pd hari ini yaitu pada 24/2/2012..ketika sedang belajar..guru ana ada mengatakan bahawa ilmu itu terbahagi kepada 3 golongan..
 1.golongan pertama ialah ilmu yang umpama air yang jatuh pada tanah yang gersang..
maksudnya ialah ilmu yg mereka peroleh ketika belajar adalah ilmu yang tidak memberikan manfaat kepada dirinya dan orang lain..

  2.golongan kedua pula ialah umpama air jatuh pada tanah yang subur..
maksudnya ialah ilmu yang mereka pelajari adalah ilmu yang dapat memberikan manfaat pada dirinya dan orang lain..sama seperti tanah yang subur..apabila air turun pada tanah tersebut,ia akan memberikan kesuburan kepada pokok2 yg ada di tanah tersebut..dengan itu pokok tersebut akan menghasilkan buah-buahan yamg orang lain dapat mengambil manfaat daripadanya..

  3.golongan ketiga pula ialah umpama air yang jatuh kedalam tempat yang bertakung..
maksudnya ialah ilmu yang mereka pelajari ialah ilmu yang tidak bermanfaat pada dirinya sendiri tetapi orang lain yang akan mengambil manfaat daripadanya..samalah seperti air yg jatuh kedalam kawasan yg bertakung seperti perigi..ianya tidak memberikan manfaat utk dirinya sendiri.tetapi owg lain yg perlu dtg kepadanya utk mngambil manfaatnya..

itu sajalah yg dpt ana kongsikan..^,^..

Wednesday 22 February 2012

Maidany - UNIK (ALBUM BARU).mp3 - Hulk Share - Music Distribution Platform


Maidany - UNIK (ALBUM BARU).mp3 - Hulk Share - Music Distribution Platform

sebiru hari ini-edcoustic


alangkahnya indah kita jika dikurniakan sahabat sesetia saidina abu bakar,sehebat saidina umar,semulia saidina uthman dan sepandai saidina ali..aku mensykuri nikmat dan nilai ukhuwah yg engkau kurniakan kpd kami ya Allah..

ust untuk kongsi2 cerita..tak keberatan bacalah ea..:-)

Saya tertarik dengan sebuah artikel dalam sebuah majalah baru-baru ini mengenai sikap segelintir manusia yang bermacam ragam pilihan dan kemahuan.

Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Namun, apabila melihat pada tahun 2011 ini begitu indahnya kehidupan insan yang dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.

Tidak seperti seorang individu bernama Along yang begitu memilih soal pasangan hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.

“Eh! Abah ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si Mamat Pendek tu kulit hitam legam, hidung besar, mata sepet, tak handsome langsung! Abah rela ke…Cucu abah nanti…”

Pak Abu memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.”

Lemah-longlai tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh, terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli apa saja, buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak izin iaitu jodoh.

Allah Taala Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.

Ada yang berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.

Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk renungan bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?

Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham…??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya….!

Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak….!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak….!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?

Pemuda : Kulit dan daging…!!!

Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?

Pemuda: Kulit dan daging….!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?

Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!

Pemuda: Allahuakbar!

Islam tetap dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.

Lihat sahaja beberapa insan ternama dan tersohor di Malaysia yang bertemu ‘jodoh’ dengan insan yang tidak perlu ‘diwar – warkan ‘ tentang bila, berapa lama tempoh perkenalan atau tempoh percintaan mereka, tetapi mempunyai ‘matlamat’ hidup yang sama untuk bersatu.

Pasangan seperti Perdana Menteri, Raja Nazrin, Ina Naim dan Erra Fazira misalnya mungkin boleh dikatakan pasangan yang mempunyai banyak pengalaman hidup.Mereka ini boleh dianggap ‘bertuah’ kerana tanpa publisiti meluas tentang ‘percintaan’ mereka dengan pasangan masing – masing, tetapi kerana ‘ Jodoh dan takdir’ mereka telah dipertemukan dengan insan – insan yang benar – benar ‘serasi’ dan memahami mereka.

Tidak ada lagi ‘persoalan’ dan persepsi yang perlu dijawab dan bermain – main difikiran kita.Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.

Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.”

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…