click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Monday 21 October 2013

sifat peniaga yang tidak jujur dalam urusan muamalat mereka


Sifat peniaga yang tidak jujur dalam urusan muamalat mereka
 
 

Perniagaan merupakan satu usaha bagi memenuhi keperluan individu dan masyarakat terutamanya masyarakat islam. Dengan perniagaan, umat islam tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan keperluan, sebaliknya orang lain yang memerlukan bahan-bahan keperluan mereka daripada umat islam. Menyedari kepentingan perniagaan, Islam mengambil berat hal ehwal muamalat di kalangan umatnya dan menghalang keras perbuatan-perbuatan yang tidak jujur dalam perniagaan. Antara contoh perbuatan peniaga yang tidak jujur adalah seperti berikut :-

(a) Harga yang terlalu tinggi ; Penjual yang meletakkan harga yang terlalu tinggi adalah dikira menindas kerana islam menggalakkan tolak ansur dan timbang rasa . Oleh itu, islam mengharamkan menyimpan barang untuk menaikkan harga , dan lelong dengan tujuan menaikkan harga.

(b) Penipuan ; Sebarang jenis penipuan sama ada berkaitan dengan jenis barang, kualiti barang, spesifikasi barang yang dijual atau tentang penyerahan barang adalah haram. Maka penipuan dilarang sama sekali dalam jual beli atau dalam perkongsian.

(c) Paksaan ; Sebarang unsur paksaan yang berlaku dalam kontrak jual beli adalah salah dan menjadikan kontrak jual beli itu tidak sah. Seseorang itu tidak boleh dipaksa menjual atau membeli sesuatu kecuali jika dia berhutang dan hakim memutuskan supaya hartanya di jual demi untuk menjelaskan hutangnya. Maka bagi mengelak berlakinya unsur paksaan, Islam telah meletakkan "kerelaan" sebagai salah satu rukun jual beli.

(d) Mengenakan tanggungan ke atas pembeli ; Pada masa sekarang, pembeli kadang kala dikenakan bayaran tertentu di luar harga barang yang tidak sepatutnya di tanggung olehnya seperti kesemua kos pengangkutan barang atau pengurusan. Sepatutnya, pembeli hanya akan di kenakan kos pengangkutan jika ingin menerima serahan barang dari tempat yang di persetujui dalam kontrak.

(e) Monopoli ; Monopoli barang dengan tujuan menaikkan harga adalah haram. Sebarang jenis jual beli yang mengandungi unsur ini adalah haram. Jual beli pada masa kini yang boleh di masukkan ke dalam kategori ini ialah "jualan langsung yang mengenakan harga yang tinggi".

(f) Tidak menyatakan keadaan barang yang sebenar ; Perkara ini kerap berlaku dalam keadaan penjual tidak mahu memberitahu kecacatan barang. Pembeli teraniaya kerana tidak memperolehi barang seperti yang di janjikan.