click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Wednesday 23 October 2013

Kedudukan dan keistimewaan manusia



Kedudukan dan Keistimewaan Manusia
 
 

Manusia mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan makhluk yang lain seperti malaikat, jin,dan haiwan.

Antara kelebihan tersebut ialah:

(i) Kesempurnaan kejadian manusia - unsur jasmani dan rohani
Allah S.W.T. yang mencipta manusia, maka Dialah yang mengetahui asal kejadiannya, kelemahan dan kekurangannya, tugas dan kedudukannya serta matlamat dari kewujudan dan falsafah hidupnya. Bagi memikul tugas yang berat di bumi ini, Allah S.W.T. telah menjadikan manusia sebaik-baik dan seindah-indah kejadian yang mengandungi kedua-dua unsur; unsur kebendaan dan kerohanian (surah at-Tin: 4).
Kesempurnaan dan keindahan manusia dapat dilihat dari bentuk dan susunan anggotanya yang amat sesuai untuk berfungsi, di samping itu manusia juga dikurniakan sifat-sifat rohani seperti akal, hati dan jiwa. Kombinasi dari sifat tabii dan rohani yang ada pada manusia akan melahirkan sifat-sifat, sikap, geraklaku dan amalan yang positif dan bernilai.

(ii) Akal Fikiran

Satu keistimewaan yang besar dan amat berharga yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia ialah akal fikiran. Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan akal, peranan dan kewibawaannya di dalam kehidupan manusia, bahkan harus diakui bahawa akal itu bukan sahaja sebagai kurniaan daripada Allah yang teragung kepada manusia tetapi Allah menjadikan akal itu sebagai dasar utama bagi manusia untuk menerima tanggungjawab (taklif) serta menjadi alat dan petunjuk kebenaran. Begitu juga dengan masalah-masalah lain yang ada hubungkait dengan kehidupan manusia,ilmu pengetahuan, penyelidikan dan penilaian, akal menjadi asas untuk merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti dengan betul dan berkesan.
Kemampuan untuk menggunakan akal fikiran dengan baik tidak ada pada makhluk yang lain. Oleh itu manusia mestilah menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Kesimpulannya, akal secara fitrahnya sentiasa memandu manusia kepada kebenaran dan kebaikan, namun begitu ia hendaklah dipandu oleh wahyu kerana tabiat semulajadi akal boleh berubah dan dipengaruhi oleh unsur-unsur yang lain.

(iii) Ilmu Pengetahuan

Firman Allah SWT Bermaksud:
"Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar"
(Surah al-Baqarah: 31)

Dari maksud ayat tersebut, ianya mendedahkan bahawa rahsia pemilihan jawatan khalifah kepada Nabi Adam A.S. dan keistimewaan yang berhak manusia menerima pemilihan tersebut ialah rahsia ilmu. Yang dimaksudkan dengan nama-nama dalam ayat tersebut ialah ilmu. Kerana setiap nama pasti ada benda / sesuatu yang dinamakan dan untuk memberi nama pada sesuatu itu ialah setelah diketahui tentang sifat dan tabiatnya. Kalimah ilmu di sini ialah ilmu tentang alam tabii dan ilmu tentang alam ghaib (metafisik). Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara melalui pencarian/menuntut ilmu. Menerusi pemilikan ilmu pengetahuan sama ada ilmu Fardu Ain mahupun Fardu kifayah akan melahirkan manusia yang beriman, berakhlak mulia dan mampu memakmurkan bumi sebagai "khalifah fil ard".

(iv) Kemudahan alam
Selain dari Allah mencipta alam seperti langit, bumi, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain untuk menjadi tanda kewujudan dan lain-lain untuk menjadi tanda kewujudan dan kebesaran-Nya, allah juga menjadikan semuanya itu untuk kepentingan dan kemudahan manusia.
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit kemudian mengeluarkan dari air hujan itu berbagai buah-buahan, menjadi rezeki kamu dan Dia menyediakan bahtera bagi kamu supaya bahtera belayar di lautan dengan kehendak-Nya dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai (semuanya untuk kepentingan manusia)”. (Surah Ibrahim: 32)

Jelasnya, semua makhluk yang terdapat di darat, di laut dan di langit pada umumnya adalah dijadikan oleh Allah untuk kemudahan dan kepentingan manusia, sebagai bahan bagi mewujudkan pembangunan dan tamadun di bumi. Penggunaan ini akan bermanfaat selama ianya digunakan mengikut norma-norma yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

(v) Rasul - pembimbing manusia

(vi) kitab - panduan hidup

No comments:

Post a Comment