click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Monday 28 October 2013

Punca individu melakukan maksiat menurut Imam al-Ghazali




Setiap hamba Allah S.W.T yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas dari melakukan dosa sama ada kecil mahupun besar. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah dan mudah tunduk kepada hawa nafsu. Tetapi ini bukanlah alasan kerana orang yang beriman kepada Allah S.W.T akan patuh dan taat kepada perintahnya serta akan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada tuntutan hawa nafsu yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Imam al-Ghazali mengatakan bahawa dosa itu berlaku kerana dorongan pleh empat perkara:-

(a) Sifat Rububiyah ( sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil sifat-sifat tuhan untuk dipakai pada dirinya seperti takbur, suka disanjung dan dipuji. Sifat ini hanya layak bagi Allah S.W.T.

(b) Sifat Syaitaniyah ( sifat syaitan) iaitu apabila seseorang itu ada sifat-sifat hasad dengki, tipu helah, aniaya dan lain-lain kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan menyesatkan.

(c) Sifat Bahimiah (sifat kebinatangan) seperti tamak haloba, memakan harta anak yatim, mencari harta kekayaan semata-mata untuk memuaskan nafsu buas dan lain-lain.

(d) Sifat-sifat Subu'iyah (sifat kebuasan) seperti marah, dendam, mencaci orang, memukul, membunuh, memusnahkan harta benda dan lain-lain lagi.

Ibadah Puasa untuk Meningkatkan ketaqwaan



Ibadah Puasa untuk Meningkatkan ketaqwaan

Tujuan utama dari ibadah puasa adalah memantapkan keimanan kepada Allah SWT sehingga keimanan itu menjelma menjadi ketaqwaan. Ini dikemukakan Allah dalam firman-Nya pada surat Al-Baqarah ayat 183, yaitu:

“Hai orang-orang yg beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” .

Apabila target dari ibadah puasa ini dapat dicapai, maka ibadah puasa akan membuat kita menjadi orang yang memiliki tiga hal, yaitu:


1-Pertama mencegah diri dari segala bentuk dusta sebab dalam hadits riwayat Bukhari Muslim dan Ahmad yang artinya sebagai berikut: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji dan melakukan kejahatan Allah tidak akan menerima puasanya sekalipun ia telah meninggalkan makan dan minum.” Berarti, dalam hadits tersebut dinyatakan bahwa Allah SWT tidak menerima puasa seseorang yang tidak meninggalkan perkataan dusta.


2-Kedua memiliki benteng pertahanan rohani yang kuat sehingga dia menjadi orang yang mampu menjaga dan mencegah dirinya dari dosa. Rasulullah SAW bersabda yang artinya “Puasa adalah perisai dari api neraka seperti perisainya seseorang di antara kamu dalam perang.” .


3-Ketiga selalu terangsang untuk berbuat baik karena ibadah Ramadhan memang selalu mendidik seseorang untuk melakukan kebaikan, baik terhadap Allah SWT maupun terhadap sesama manusia.


Menurut hal-hal yang telah ditulis di atas, nilai ibadah puasa sangatlah penting karena dengan ibadah puasa kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Sunday 27 October 2013

Kesan pemakanan melampau





Pemakanan secara melampau adalah sesuatu yang dicela di dalam islam. Ini kerana ianya memberikan kesan yang buruk kepada individu tersebut. Antara kesan pemakanan melampau adalah seperti berikut :-

a) Penghadaman tidak sempurna dan terbantut. Penghadaman yang tidak sempurna boleh menghasilkan toksimia yang akan menjadi sebab utama kepada penyakit jasmani.

b) Menzahirkan jenis-jenis penyakit apabila toksin mula di buang oleh badan seperti muntah, cirit-birit dan lain-lain.

c) Sekiranya makanan yang diambil mengandungi banyak logam berat seperti plumbum yang boleh menyerap masuk de dalam tisu yang lembut, ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar terhadap kesihatan badan. Ini akan mengakibatkan timbulnya penyakit seperti berlakunya radang otot dan sendi dengan nama lain rheumatism, sakit buah pinggang, lelah, gout iaiti penyakit yang menyababkan sendi menjadi bengkak, hati tidak dapat membantu penghadaman makanan dan sakit perut disebabkan penghadaman makanan yang tidak sempurna.

d) Menurut Imam al-Ghazali, pengambilan makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan hati sukar menerima sesuatu perkara yang baik iaitu buta mata hati. Ini akan menyebabkan otak menjadi tumpul dan melemahkan kecerdasan berfikir juga akhirnya akan menyebabkan penyakit pelupa.

e) Menurut Dr. Henry Bieler, punca utama penyakit bukannya disebabkan oleh kuman tetapi disebabkan oleh toksimia. Toksimia yang terhasil akan menyebabkan kerosakan sel-sel dan ini menyumbang kepada pembiakan kuman dan serangan badan.

f) Kajian lain yang mendapati mereka yang makan terlalu banyak akan menyebabkan berat badan yang berlebihan dan ini memdorong kearah penyakit artritis, kencing manis, penyakit jantung dan juga kanser.

g) Menurut Dr. Issels dalam kajiannya bahawa binatang yang diberi makanan semahunya mempunyai 5.3 kali ganda lebih besar tumor daripada binatang yang berpuasa pada setiap hari kedua (iaitu hari pertama makan dan hari kedua berpuasa)


rujukan
* Che wan jasimah wan mohamed rezi (2000) , Konsep kesihatan melalui pemakanan, Pendekatan islam dan sains, Kuala lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Saturday 26 October 2013

CABARAN-CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK



 
 

cabaran yang menjadi penghalang dalam pembentukan akhlak ini terdiri daripada cabaran dalaman dan luaran.

 Cabaran dalaman iaitu melalui serangan pemikiran seperti apa yang telah dilakukan oleh orang Barat dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan mengakatakan bahawa tidak ada agama yang berperanan dalam memperbaiki atau mengubah tamadun. Manakala melalui syaitan dan hawa nafsu pula ialah hasutan atau godaan daripada syaitan yang menghalang manusia untuk membentuk akhlak yang mulia dengan menghasut untuk melakukan sebarang bentuk kejahatan. Akhir sekali, lemahnya jiwa merupakan cabaran yang paling besar kerana apabila manusia dilanda kelemahan iman, ia akan mudah terjerumus ke dalam konteks dosa dan melakukan perkara-perkara keji.

Cabaran luaran seperti perancangan penjajah dan salibiah dalam menjatuhkan umat Islam dengan hanya meletakkan segelas arak dengan wanita cantik cukup untuk melalaikan umat Islam. Manakala, adat meletakkan mas kahwin yang tinggi iaitu tidak mengikut cara Nabi telah menyukarkan kembali pihak lelaki dan akibatnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti penzinaan.

 

PENYELESAIAN TERHADAP CABARAN-CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK

Jika seseorang itu beriman, ia dapat memahami siapa penciptanya, tujuan dan peranan ia diciptakan, serta ke mana ia akan pergi. Kepentingan mengenali semua ini adalah untuk memahami tujuan peranan penciptaannya, justeru ia akan tahu menilai dirinya dan menjadikan potensi dirinya untuk melakukan kebaikan bukan kepada dirinya sahaja tetapi terhadap orang lain juga.

Manakala, ibadat pula menjadi banteng pertahanan untuk menangkis godaan syaitan serta hawa nafsu. Ibadah yang sempurna lahir dari iman yang mantap kepada Allah S. W. T.

Akhir sekali, ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak. Anak adalah amanah Allah yang perlu dipikul oleh ibu bapa. Oleh itu, bimbingan dan didikan agama perlu diberikan agar anak-anak dapt menjadi seorang insan yang berjaya dari segi akhlaknya

 

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM


 


Mukaddimah

Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukalah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab.

Tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya.
Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya.

Firman Allah swt. maksudnya: "Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada Ku". (Az-Zaariyaat: 56)
Firman Allah swt. bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebaha-gian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu". (al-An'aam: 165)

Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah.

Allah swt. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwhyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.

Pengertian Ibadah

Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun'. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Ibnu Taimiah pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan kasihi oleh Allah swt.

Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan kepada-Nya.

Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.

Firman Allah swt. maksudnya: "Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu contoh yang paling baik". (al-Ahzab: 21)

Setengah ulamak mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah hendaklah disertai dengan perasaan cinta serta takut kepada Allah swt. dan hati yang sihat dan sejahtera tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok dari kemanisan iman yang lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt. Dengan ini maka akan bertautlah hatinya kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap setiap perintah serta mengharapkan supaya Allah menerima amalan yang dikerjakan dan merasa bimbang serta takut kalau-kalau amalan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah seperti yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "(Ia itu) Oran yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat". (Qaf: 33)

Orang yang memperhambakan dirinya (beribadah) kepada Allah mereka akan sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Tuhannya, sama ada dalam perkara yang ia suka atau yang ia tidak suka dan mereka mencintai dan mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari yang lain-lainnya. Mereka mengasihi makhluk yang lain hanyalah kerana Allah semata-mata, tidak kerana yang lain Kasihkan kepada Rasulullah saw. pula kerana ia membawa Risalah Islam, cintakan kepada Rasulullah saw. hendaklah mengikuti sunahnya sebagaimana firman Allah swt. maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutilah aku (pengajaranku) nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa- dosa kamu". (Al-Imran: 31)

Dan andainya kecintaan kamu kepada selain Allah dan Rasul-Nya itu mengatasi dan melebihi dari kencintaan dan kasih kepada yang lain; Allah akan turunkan keseksaan-Nya kepada manusia yang telah meyimpang dari ketentuan-Nya. Firman Allah swt. maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) jika ibu bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, suami isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumahtangga yang kamu sukai itu lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad untuk agama Allah, maka tunggulah (kesiksaan yang akan didatangkan) oleh Allah. Dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang fasik". (At-Taubah: 24)

Ruang lingkup Ibadah dan Hubunganya dengan kehidupan

Sebgaimana yang dijelaskan di atas nyatalah ibadah itu itu bukanlah sesempit apa yang difahami oleh sebahagian dari kalangan manusia yang tidak dapat memahami kesempurnaan Islam itu sendiri di mana pada anggapan mereka Islam itu hanya suatu perbicaraan pasal akhirat (mati) dan melakukan beberapa jenis ibadah persendirian tidak lebih dari itu. Begitu juga bila disebut ibadah apa yang tergambar hanyalah masjid, tikar sembahyang, puasa, surau, tahlil, membaca al-Quran, doa, zikir dan sebagainya iaitu kefahaman sempit disekitar ibadah-ibadah khusus dan ritual sahaja tidak lebih dari itu. Kefahaman seperti ini adalah akibat dari serangan fahaman Sekular yang telah berakar umbi ke dalam jiwa sebahagian dari kalangan orang-orang Islam.

Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.
Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan yang mempunyai paduan yang erat dalam semua lapangan hidup dunia dan akhirat, tidak ada pemisahan antara kerja-kerja mencari kehidupan di muka bumi ini dan hubungannya dengan balasan akhirat. Islam mengajarkan kepada kita setiap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan sama ada pahala atau siksa. Inilah keindahan Islam yang disebut sebagai ad-Deen yang lengkap sebagai suatu sistem hidup yang boleh memberi kesejahteraan hidup penganutnya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak bercanggah dengan syarak jika sekiranya ia memenuhi syarat-syaratnya, seperti dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia atau ingin mendapat pujian dan sanjungan dari manusia; maka amalan-amalan yang demikian akan mejadi ibadah yang diberi pahala di sisi Allah swt di akhirat kelak, insya'-Allah.

Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu orang sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain, memenuhi keperluannya, menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah ibadah.

Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah iabadah.

Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada sesama manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang, membaca al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari ibadah.
Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha' dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang termasuk dalam bidang ibadah.

Kesimpulannya ruanglingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.

Hubungan Iman dan Amal

Iman bukanlah sekadar suatu keyakinan dan pembenaran dalam hati terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. tetapi iman yang hakiki dan sebenar ialah merangkumi pembenaran dan keyakinan di dalam hati, pengucapan di lidah serta melaksanakan amalan dengan anggota badan iaitu melakukan amalan soleh, maka dengan ini dapatlah difahami iman itu bukanlah sekadar ucapan lidah dan keyakinan dalam hati sahaja tetapi amalan merupakan sebagai bukti kesempurnaan, keteguhan dan kemantapan iman seseorang.

Imam al-Ghazali menjelaskan dalam hubungan ini dengan katanya: "Iman itu ialah akidah, perkataan dan perbuatan". Dengan makna akidah itu sebagai membenarkan dan mepercayai dengan hati kepada segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. (perkara yang mudah (dharuri) dari agama). Perkataan adalah sebagai ikrar dan pengakuan dengan lisan dan perbuatan adalah sebagai beramal melaksanakan segala perintah Allah dengan anggota (badan yang lahir).

Hadis Rasulullah saw. menguatkan adanya hubungan yang sangat erat di antara iman dan amal. dengan sabdanya sebagai berikut: Sabda Rasulullah saw. maksudnya: "Iman itu lebih dari enam puluh cabang; yang paling tingginya La-Ilaaha-Illallaah dan dan yang paling rendahnya membuang sampah dari tengah jalan". (H.R.Bukhari)
Hadis ini menyatakan dengan jelas perbuatan membuang sampah sebagai sebahagian dari iman. Ini bermkna iman itu jelas bukan sekadar keyakinan dan kepercayaan dalam hati tetapi ia juga merangkumi amal atau perbuatan manusia.

Pembahagian Ibadah

Untuk memudahkan bahasan dan perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut:

1. Ibadah khusus
2. Ibadah Umum

Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji.

Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya
3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt. tidak riak, ujub dan
sum'ah.
4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya
5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti sembahyang dan sebagainya.

Firman Allah swt. maksudnya: "Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang". (An-Nur: 37)

Amalan-Amalan yang Tidak Menjadi Ibadah

Dilihat dari syarat-syarat di atas, nampaklah kepada kita bahawa sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang begitu sukar sekali untuk mencapai kesempurnaan dalam makna ibadah dengan ertikata yang sebenar-benarnya mengikut syarat-syarat dan ketentuan tersebut di atas, oleh itu kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita supaya dapat mencapai matlamat ibadah yang sempurna dengan menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

Dan kita hendaklah sentiasa meneliti dan memperhatikan dengan sungguh-sungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri; dengan menyangka kita telah banyak melaksanakan amal ibadah dengan sempurna tetapi pada hakikatnya tidak demikian, kita takut akan tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu dan sia-sia amalan kita dan apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah. Ini kerana kita melakukan amalan dan kerja-kerja kebajikan itu tidak menepati dan tidak selari dengan ketentuan dan syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehandkki itu.

Dari itu disamping kita melaksanakan segala amalan zahir dengan sempurna mengikut petunjuk dari Rasulullah saw. apa yang lebih penting lagi ialah kita membetulkan amalan batin iaitu amalan hati supaya betul iaitu niat dengan ikhlas, amalan itu semata-mata kerana Allah tidak kerana yang lain dari-Nya. Dan kita juga hendaklah sentiasa menjaga keikhlasan hati kita ini dari penyakit-penyakit yang boleh merusakannya seperti riak, ujub, sum'ah, takabur dan sebagainya.

Kesimpulan secara mudah ialah seorang lelaki yang memakai pakaian untuk menutup aurat dari kain sutra, dan perempuan yang berpakaian meliputi badannya tetapi masih menampakan susuk badannya masih lagi tidak dinamakan ibadah, atau seorang menderma dengan tujuan supaya dipuji dan digelar sebagai dermawan atau seorang yang rajin bersembahyang dengan niat tujuan supaya digelar sebagai ahli ibadah oleh manusia; itu semua tidak termasuk dalam makna ibadah yang diterima oleh Allah swt.
Dengan demikian jelaslah kepada kita segala amalan yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas itu tidak dikira sebagai ibadah. Niat dan tujuan serta matlamat adalah sangat penting dalam sesuatu amalan di samping amalan tersebut tidak bercanggah serta diakui sah oleh syariat Islam.

Matalamat dan Tujuan Ibadah

Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini tidak lain melainkan untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah Yang Maha Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.

Dan di sini timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah matlamat ibadah itu ? Apakah ada faedah untuk-Nya atau apa faedah yang boleh didapati oleh seseorang hamba yang menyembah-Nya ?

Jawapannya ialah bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mendapat sebarang faedah dari ketaatan orang yang menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat sedikitpun dari keengganan orang yang menentang dan engkar kepada perintah-Nya.
Begitu juga tidak menambahkan kuasa keagungan pemerintahan-Nya oleh puji-pujian orang yang memuji-Nya dan tidak mengurangi keagungan kekuasaan-Nya oleh keengkaran orang-orang yang mengengkari perintah-Nya.

Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada di alam ini menjadi milik-Nya belaka sedangkan kita manusia adalah satu dari makhluk Allah yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin, serba kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya.

Allah, Dialah Tuhan Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Penyayang serta bersifat Maha Memberi kepada semua makhuk-Nya dan Dia tidak menyuruh kita mengerjakan sesuatu melainkan perkara itu mendatangkan kebaikan bagi makhluk itu sendiri.
Firman Allah swt. maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia bersyukur dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungghnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji". (Luqman: 12)

Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt. kepada kita semua yang mana sekiranya kita hendak menghitugnya sudah tentu kita tidak mampu untuk berbuat demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada kita semua sebagai makhluk-Nya.

Kelazatan Bermunajat dan Mentaati Allah

Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah saw. para sahabat, tabi'in dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah swt. ini semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada
Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. B begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Firman Allah swt. maksudnya:"Demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan maka hendaklah engkau bertasbih memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan orang-orang yang sujud beribadah dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepadmu perkara yang tetap (iaitu mati)". (al-Hijr: 97-99)

Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt. maksudnya: "Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat". (an-Nasr: 1-4)

Ibadah Hanya Untuk Allah

Pada hakikatnya pengabdian terhadap Allah swt. merupakan suatu kebebasan yang hakiki, jalan bagi mencapai kepada ketuannan yang sejati, kerana Allahlah yang boleh membebaskan hati nurani manusia dari perhambaan kepada sebarang makhluk dan memerdekakannya dari perhambaan dan kehinaan serta tunduk kepada yang lain dari Allah seperti tunduk kepada Tuhan-Tuhan palsu, berhala, manusia yang selalunya memperhamba dan mengongkong keyakinan manusia dengan sekuat-kuatnya miskipun pada lahirnya mereka bertindak seperti tuan yang bebas dan merdeka.

Perhambaan diri kepada Allah itu membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kerana dalam hati manusia ada keperluan sejati kepada Allah, kepada Tuhan yang disembah yang mana dia bergantung kepadanya dan berusaha serta bekerja untuk mencapai keredaan-Nya. Jika yang disembah itu bukan Allah Yang Maha Esa tentulah manusia akan meraba-raba meyembah bermacam-macam Tuhan dari setiap objek benda dan khayalan yang ada dalam pemikiran dan yang berada di sekeliling mereka.

Tidak ada sesuatu pekerjaan yang paling mulia bagi manusia yang berakal selain dari beribadah menyembah Allah yang menciptanya dan menjadikan dirinya dengan sebaik-baiknya dan perkerjaan yang seburuk-buruknya kepada seorang manusia itu pula ialah menafi dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka menyembah dan mengabdikan diri mereka kepada Tuhan yang lain dari Allah swt.

Seorang hamba abdi yang taat kepada tuannya tentulah akan merasa senang dan gembira kerana ia tahu apa yang disukai oleh tuannya lalu disempurnakannya suruhan itu dengan segala senang hati dan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Manakala seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan selalu bertelingkah antara sesama mereka; yang satu menyuruh hamba itu melakukan sesuatu yang ditegah oleh yang lain, maka alangkah susah dan deritanya hamba tersebu itu untuk melakukan perintah-perintah Tuhan yang saling bertentangan perintahnya antara satu Tuhan dengan Tuhan yang lain.

Kalau orang yang menyembah selain dari Allah menjadi musyrik (kafir di- sebabkan ia melakukan perbuatan syirik), maka begitulah juga orang yang takabur menjadi musyrik (orang syirik), sebagaimana Firaun kerana kesombongan dan takaburnya, sebagaimana firman Allah swt. bermaksudnya: "Nabi Musa as. berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhan kamu daripada perbuatan orang yang takabur yang tidak percaya hari Perhitungan", demikianlah Allah meterikan setiap hati orang yang takabur lagi bermaharajalela". (al-A'raf: 27)

Kajian menunjukan bahawa semakin besar keangkuhan seseorang yang enggan tunduk dan patuh beribadah (mengabdi diri) kepada Allah, semakin besar kesyirikannya dengan Allah, Kerana menurut kebiasaannya semakin banyak takabur tidak mahu menyembah Allah semakin bertambahlah pergantungan manusia itu terhadap makhluk yang dicintainya yang menjadi pujaan utama bagi hatinya; yang demikian mereka akan menjadi musyrik dengan sebab menjadikan dirinya hamba (menyembah) kepada selain dari Allah swt.

Hati atau keyakinan manusia tidak akan terlepas dari perhambaan kepada makhluk kecuali mereka menjadikan Allah sebagai Tuhannya yang sebenar dan sejati, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, tiada tempat bergantung dan meminta pertolongan melainkan dari-Nya, Tidak merasa gembira melainkan dengan apa yang disukai dan diredai-Nya, Tidak ia benci melainkan apa yang dibenci oleh Allah, tidak ia memusuhi kecuali orang yang Allah memusuhinya, tidak ia kasih melainkan kepada orang yang di kasihi oleh Allah, tidak ia memberi kecuali kerana Allah dan tidak ia melarang kecuali kerana Allah.

Semakin tulus keikhlasa seseorang itu kepada Allah maka semakin sempurnalah ubudiyahnya (perhambaanya) kepada Allah dan terlepas dari pergantungannya kepada sesama makhluk, dengan sempurna ubudiyahnya kepada Allah maka sempurnalah kesuciannya dari sifat syirik.

Tidak Harus Kepentingan Dunia Dijadikan Tujuan Ibadah

Samasekali tidak sesuai dengan tujuan Islam yang suci di mana tujuan atau kepentingan dunia menjadi matlamat dalam amalan atau ibadah seseorang, ataupun kepentingan dunia atau faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk melakukan printah ibadah kepada Allah swt.

Begitu juga kalau tujuan beramal dan beribadah kepada Allah swt. untuk mendapatkan kesucian jiwa dan dengan itu dapat mengembara ke alam arwah dan dapat melihat malaikat serta dapat melakukan sesuatu yang luar biasa, mendapat keramat (kemuliaan) dan ilmu ladunni.

Semuanya ini disangkal oleh para ulamak dengan katanya: "Yang demikian adalah terkeluar daripada jalan ibadah, Ia merupakan ramalan kepada ilmu atau perkara ghaib, malah akan menjadi ibadah kepada Allah itu sebagai jalan menuju ke arah demikian yang mana pada akhirnya lebih hampir kepada meninggal ibadah."Orang-orang yang beribadah dengan maksud yang demikian termasuk di bawah pengertian ayat al-Quran yang maksudnya: "Sebahagian daripada manusia yang menyembah Allah secara tidak tetap, bila mendapat kebaikan dia teruskan dan bila terkena kesusahan dia berpaling tadah. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata". (al-Hajj: 11)

Begitulah keadaan orang yang beribadah dengan tujuan mendapatkan faedah-faedah dunyawi jika sampai dan berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan kuatlah tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya tidak berhasil dia meninggalkan ibadah itu.
Kesimpulan

Sebagaimana yang telah kita faham sebelum ini runglingkup ibadah itu adalah terlalu luas sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup manusia itu sendiri yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan murni itu, oleh itu bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari adab-adab masuk ketandas mengerjakan qadha' hajat hinggalah sampai kepada bagaimana cara mengurus kewangan dan mentadbir negara.

Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya, menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah.

Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Thursday 24 October 2013

Anda tahu kisah petani buta dan dua biji telur? marilah baca^_^




Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kita merasa nikmat yang diberikan didunia..selawat dan salam kehadrat junjungan besar nabi Muhammad SAW..In syaa allah hari ini saya ingin kongsikan sebuah cerita yang sangat simple. Walaupun cerita ini seperti fantasi tetapi mempunyai pengajaran yang sangat bermakna kepada kita. Cerita ini saya dengar daripada mulut guru saya ketika belajar di kelas..

         Cerita ini adalah bertajuk kisah seorang petani buta dan dua biji telur. Pada satu hari terdapat seorang petani yang buta kedua belah matanya. Petani tersebut merupakan orang yang sangat rajin di dalam melakukan pekerjaannya. Pada suatu hari, petani buta telah masuk ke dalam hutan untuk mencari sedikit makanan untuk dia makan. Dengan izin tuhan, petani telah menjumpai dua biji telur yang dalam di dalam keadaan bersama kedua-duanya. Petani telah membawa kedua-dua biji telur tersebut kerumahnya untuk di masak. Apabila sampai di rumahnya, petani tersebut telah berubah fikiran apabila terlintas di fikirannya untuk menetaskan kedua-dua biji telur tersebut.

           Dua biji telur tersebut telah diletakkan di dalam reban agar di ramkan oleh ayam yang berada didalam reban tersebut. Oleh kerana sifat keibuan yang terdapat dalam diri ayam tersebut, Kedua-dua biji telur tersebut di ramkan sehingga menetas. Apabila menetas, lahirlah pasangan kembar yaitu seekor anak itik dan seekor anak buaya. Petani menjaga kedua-dua anak itik dan anak buaya itu dengan penuh kasih sayang. Semasa kecil, anak itik dan anak buaya sangat mesra bersama. Anak itik dan anak buaya saling bermain dan makan bersama-sama.

          Apabila itik dan buaya tersebut telah dewasa, sifat buas telah lahir dalam diri buaya sehingga buaya telah memakan itik tersebut. Kembar yang dari kecil bersama telah di makan oleh buaya tersebut.Apabila mendengar bunyi itik yang sangat kuat kerana di ancam oleh buaya, petani tersebut lantas pergi ke tempat kejadian berikut. Kerana kerisauan terhadap itik tersebut, petani buta itupun meraba-raba menggunakan tangannya. Apabila sibuk meraba-raba, tiba-tiba tangan petani tersebut telah di gigit oleh buaya..petani pun menjerit kesakitan..TAMAT..hehehe

        Okeyh..Pengajaran yang saya dapat ambil ialah, Kita sebagai manusia hendaklah bijak untuk memilih kawan. Tidak mustahil kawan yang kita anggap baik di mata kita tetapi dia sebenarnya  adalah kawan yang ingin tikam kita dari belakang. Bijak memilih kawan adalah sangat penting khususnya ketika belajar dan bekerja. Jadilah kawan yang boleh memberi manfaat kepada sahabatnya.. ^_^. Jika ada pengajaran lain, anda fikirlah sendiri ye..hehehe..

Pembahagian Ibadah.



Pembahagian ibadah banyak telah dibincangkan oleh para ilmuwan dan para ulamak. Di antaranya membahagikan ibadah itu kepada tiga bahagian:

i. Ibadah-ibadah asas.
ii. Ibadah-ibadah furuk atau ibadah cabang
iii. Ibadah-ibadah fardhailuamal atau ibadah-ibadah amalan utama.

Ketiga-tiga ketegori ibadah di atas akan merangkumi semua tindakan kita. Ertinya apa sahaja yang kita lakukan boleh diketogorikan dalam bentuk sedemikian.

Ketogori asas merangkumi segala yang berkaitan dengan rukun Islam dan rukun iman yang bersifat fardu ain. Manakala ibadah-ibadah furuk iaitu ibadah-ibadah dalam bentuk fardu kifayah seperti membangunkan ekonomi, pendidikan Islam, kebudayaan Islam, kewangan Islam dan sebagainya hinggalah kepada kenegaraan dan perhubungan antarabangsa menurut Islam. Ibadah yang diketegorikan fardhailulamal atau amalan-amalan utama, ia tennasuk semua amalan sunat, lahir dan batin. la merupakan amalan yang terbanyak dalam ajaran Islam. Misalnya membaca al-Quran, sembahyang sunat, berdoa, berwirid, zikir dan sebagainya.



Ada juga ilmuwan Islam membahagikan ibadah kepada:

i. Ibadah Zahiriyah.
ii. Ibadah Batiniyah (Hakikat).

i. Ibadah Zahiriah.

Ibadah zahiriyah atau juga disebut syariah adalah adalah amalan zahiriyah yang diperintahkan kepada umat Islam samaada ia berupa perkara wajib atau sunat atau juga meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah Taalah. Ibadah ini dengan jelas diatur dalam al-Quran dan Sunnah yang kemudian dibukukan dan dipeqelas dan menjadi satu kajian displin ilmu tersendiri.

Ibadah zahiriyah itu terbahagi menjadi dua bahagian iaitu:

a. Hablum minallah, atau juga disebut ibadah makhdhah, iaitu ibadah yang langsung berhubungkait dengan Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan sebagainya.

b. Hablum minannas, atau disebut sebagai ghairu makhdhah, ialah ibadah zahiriyah berhubungkait dengan perkara muamalah, iaitu perbuatan yang ada hubungan langsung dengan manusia seperti munakahat, sosial, siasah, ekonomijihak dan sebagainya.

Ibadah Batiniyah (Hakikat)
Ibadah batiniyah adalah amalan yang bersifat batiniyah iaitu melakukan apa yang dilakukan dan meninggalkan apa yang dilarang. Amalan yang diperintah disebut mahmudah (amalan terpuji) sedangkan amalan yang dilarang adalah disebut mazmumah (amalan yang tercela). Ibadah batiniyah terbahagi kepada dua iaitu itu:

Pertama akhlak dengan Allah. a. Mengenal Allah dengan yakin.
b. Merasakan kehebatan Allah.
c. Merasa gementar dengan neraka Allah.
d. Merasa sentiasa diawasi Allah.
e. Merasa hina diri dan malu dengan Allah.
f. Merasa redha dengan setiap takdir dan ketentuan Allah Taalah
g. Sabar dengan berbagai ujian Allah.
h. Mensyukuri nikmat pemberian Allah.
i. Mencintai Allah.
j. Merasa takut kepada Allah.
k. Merasa harap pada rahmat Allah.
1. Rindu pada Allah.
m. Sentiasa mengingati Allah.
n. Rindu pada syurga Allah kerana ingin bertemu dengannya.

Kedua adalah akhlak dengan manusia iaitu merangkumi: a. Mengasihinya sebagaimana mengasihi diri sendiri.
b. Merasa gembira apabila mereka bergembira dan merasa dukacita apabila mereka berduka cita.
c. Menginginkan kebahagian untuknya di samping berharap agar musibah menjauhinya.
d. Benci kepada kejahatannya tetapi kasihan kepadanya sehingga timbul perasaan untuk menasihatinya.
e. Pemurah padanya.
f. Mengenangjasa dan berusaha membalasnya kerana Allah.
g. Memaafkan kesalahannya dan sanggup meminta maaf jika bersalah dengannya.
h. Kebaikannya disanjung dan dukuti, kejahatannya dinasihati dan dirahsiakan dan bersifat berlapang dada.
i. Bersikap baik sangka terhadap sesama Islam.
j. Tawadu dengan sesama manusia.

Kedua-duanya penting antara syariat dan hakikat kerana kedua perkara dapat membentuk manusia yang bertaqwa dan dapat menjaga dari sifat munafiq, kufur dan syirik. Ibadah zahiriah dan batiniah sangat berhubung rapat, wajib diamalkan secara bersamaan. Tidak boleh ajaran itu diamalkan sepotong-sepotong kerana ia boleh menghilangkan kesempumaan amal. Kedua-dua sama penting seperti kulit dan isi buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempumaan wujud buah itu sendiri. Tanpa kulit, isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada, sebaliknya tanpa isi kulit menjadi tiada erti apa-apa, sebab buah yang dimakan adalah isinya dan bukan kulitnya.



Sebahagian ulamak telah juga membahagikan ibadah kepada ibadah khusus dan ibadah umum:
i. Ibadah Khusus Formal:

Ibadah khusus atau formal adalah ibadah yang struktur, sistem dan peraturan- peraturan mengenainya telah ditentukan oleh syariat Islam secara yang lengkap dan terperinci serta mesti dipenuhi dengan sempuma. Bentuk ibadah ini tidak boleh direka-reka dan dicipta sendiri oleh manusia mengikut kehendak hati mereka seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Dengan erti kata yang lain ia mestilah ditunaikan mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan tanpa ada pilihan. Ibadah ini juga digelar dengan fardu ain. Ibadah ini sangat penting kepada aqidah dan keimanan seseorang yang juga merupakan medan latihan yang amat berkesan untuk membentuk keperibadian muslim yang sebenamya.

Syarat-syarat ibadah khusus diterima sekira ibadah tersebut mengandungi:
a. Niat ynag ikhlas kerana Allah.
b. Melakukannya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadah itu.


ii. Ibadah umum tidak formal:

Ibadah umum ialah pengabdian diri secara tidak lansung kepada Allah Talah menerusi semua urusan kehidupan duniawi yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan makluk lain yang berlandaskan akidah dan syariat Islam. Antara urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amalan manusia di ladang, di kilang, di pejabat, di rumah dan di mana sahaja ia berada dan padabila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan satu-satu jangka masa tertentu. Syarat sesuatu kerja sebagai ibadah seperti ini telah pun disentuh sebelum ini. Antaranya niat dan ihklas kerana Allah, pekerjaan itu mestilah dibenarkan oleh syarak, tidak menghalang tanggungjawab asasi berkaitan dengan rukun Islam, dilakukan dengan sempuma serta dilakukan dengan rasa syukur kepada Allah dan dilakukan dengan cara yang sederhana


Wednesday 23 October 2013

How to brainwash people in 23 steps




1. The key to truly effective brainwashing is to work at people’s most fundamental awareness. Shape them at the neurological level so they develop the faculties to take your input and call it “thinking for myself.” Enable them to stop thinking.

2. Limit any and all faculties for self-awareness and self-sensing. Destroy instinct and intuition. Actively and endlessly encourage external awareness. Make people dependent on your external input for as many decisions as possible.

3. Speed up messages so that the pace and rhythm of information is disorienting and visually biased.

4. Condition people to being bombarded with hundreds of thousands of signals a day. Teach them to attend to this stream of information and to call it Reality. Never let them ask what “reality” is.

5. Framing is everything. Decide what you want people to believe and make sure that any choices you give them are within a framework which assures you of your result. This is called the Illusion of Choice. “Do you want to sweep the floor before or after dinner?” Repeat this formula for economic systems, politicians, news stories, competing product brands and entertainment.

6. Appeal to the lowest common denominator. Make sure that all shows model conflict resolution of people with an emotional and intellectual maturity no greater than that of a six year old. Make it funny so no one notices.

7. Keep people passive. Encourage the Couch Potato Alpha Wave Escape Plan as the healing elixir for all that ails.

8. Don’t make people think. Their days are hard enough as is. Bypass the need for opinion making by giving people ready-made opinions. Do it as though you don’t have a conscience – they are probably too stupid to make their own decisions anyway.

9. Ensure that there are no ongoing storylines with meaning or purpose beyond immediate sensory stimulation. Avoid universal themes as much as possible. Make absolutely certain there is no cultural, societal or global story or mythology present that conflicts with the myths of comfort and consumption.

10. Never encourage responsibility, or so much as suggest that humans could be involved in co-creating their future and the realities in which they reside.

11. Encourage group-sanctioned individuality only. By making ‘individuality” the new conformity you are generating a powerful illusion of free choice.

12. Sensationalize the superficial.

13. Keep information bytes infinitesimally small. Promote Attention Deficit Disorder. Several decades of television have already set this in motion.

14. Repetition is key. Repeat important messages as often as possible.

15. Repetition is key.

16. Repetition is key.

17. Bypass rationality by any means possible. People don’t need logic to accept information. Belief is emotional. Always remember: WAR=PEACE.

18. Remember –- two half-truths make up a whole truth.

19. Demonize self-knowledge technology of all kinds. Throw around words like “cult” and “brainwashing.” Marginalize anyone involved in such pursuits.

20. Keep old models of consciousness alive and well. If you can get away with referring to people’s states as being phlegmatic or sanguine instead of programmable and intentional, do it.

21. Keep people’s attention on what really matters. Emphasize what’s wrong as much as possible.

22. Always give the impression that Everything Is Under Control – but just barely so – hammer into the populace the idea that their greatest fear could strike at any moment.

23. Teach people that they are their thoughts and emotions. Reinforce this by teaching them to feel bad about their ideas, and to feel bad about feeling bad. Remember: Identify, identify, identify –- this will widen the empty void inside of them that only shopping can cure.

By sticking to these simple premises you should be able to produce entire societies capable of ending world hunger, but too selfish to care. You will be able to bring about massive consumer mindsets and buying habits so powerful that logic and reason become superfluous in making the sale. You will be the new face of media. Good luck!


Tuntutan Menghayati Sunnah Rasul SAW



1. Pendahuluan


Rasulullah S.A.W. adalah seorang manusia yang dipilih oleh Allah untuk
menyampaikan risalah-Nya kepada manusia sezaman dengannya dan menjadi warisan kepada generasi-generasi kemudiannya hingga ke akhir zaman. Untuk menjadikan risalah yang disampaikan olehnya itu lebih bermakna dan berkesan, maka Rasulullah S.A.W. sendiri dijadikan manusia contoh dalam mengamalkan kehendak risalah yang di bawa olehnya. Kehidupan Rasulullah S.A.W sendiri menepati kehendak berkenaan. Sejak dari mudanya lagi sikap dan cara hidup Rasulullah telah memperlihatkan keserasiannya dengan keperluan untuk berperanan sebagai manusia pilihan, menjadi contoh dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini.
Sunnah atau cara hidup Rasulullah S.A.W. sepanjang hayatnya menjadi piawai hidup yang mesti dicontohi oleh manusia muslim. Tidak ada sesiapa lagi yang dapat dijadikan contoh terbaik oleh orang Islam selain Rasulullah S.A.W Namun kerana Baginda seorang manusia istimewa, cara hidupnya bukan sahaja dapat dicontoh dan dimanfaati oleh orang-orang Islam tetapi sebahagiannya, khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan boleh diambil manfaat oleh orang-orang bukan Islam juga. Kertas ini akan membicarakan tentang pengertian sunnah, sebab-sebab sunnah iaitu tata kelakuan atau cara hidup Rasulullah S.A.W. mesti diikuti; dalil-dalil dari al-Quran, hadith dan ijma yang menghendaki umat Islam mengambil sunnah sebagai hujjah atau sumber ajaran Islam; kepentingan sunnah dari sudut perundangan Islam serta pembahagian sunnah kepada wajib dan tidak wajib diikuti oleh orang orang Islam.

1. Pengertian Sunnah



Sunnah dari segi bahasanya ialah cara, peraturan, tata-tata kelakuan, cara hidup atau kebiasaan.( I. Doi, 1995: 62) Di sisi fuqaha’ pula sunnah ialah sesuatu yang bukan wajib dalam ibadah. Manakala dari segi istilah ahli Usul al-Fiqh sunnah ialah setiap perkara yang terbit daripada Rasulullah S.A.W. berupa dalil-dalil syar’iyah yang bukan al-Quran dan bukan mu’jizat. Dalam ungkapan yang lain sunnah diistilahkan sebagai perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah S.A.W. (Zuhayli, 1986 : 450).


 
i. Sunnah perkataan atau sunnah qawliyah ialah sabda Rasulullah S.A.W yang di sampaikan dalam berbagai tujuan dan kejadian. Misalnya sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Tidak ada kemudaratan dan tidak pula memudaratkan (Riwayat Malik). Ini adalah suatu pesanan Rasulullah kepada manusia supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan dirinya sendiri dan orang lain. Demikian juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : ia suci airnya lagi halal bangkainya. (rawahu al-khamsah). Sunnah qawliyah ini menjelaskan tentang kesucian air laut serta halalnya ikan-ikan yang mati didalamnya walaupun tanpa disembelih.



ii. Sunnah fi’liyah ialah segala perbuatan yang berupa tindakan Rasulullah S.A.W. sebagai rasul. Misalnya perbuatan Rasulullah mengerjakan sembahyang lima waktu dengan menyempurnakan cara-cara, syarat-syarat dan rukun-rukunnya, melakukan ibadah haji, memutuskan sesuatu kes berdasarkan saksi dan pengakuan.



iii. Sunnah taqririyah pula ialah perkataan atau perbuatan sahabat yang dipersetujui oleh Rasulullah melalui perkataannya atau dengan cara Rasulullah mendiamkan diri terhadap sesuatu tindakan atau perbuatan sahabatnya. Persetujuan beliau terhadap sahabat itu dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan olehnya sendiri. Contoh tindakan Rasulullah mempersetujui pendapat atau kenyataan lisan seorang sahabat iaitu Mu’az bin Jabal semasa baginda Rasulullah mengutusnya ke negeri Yaman untuk mengetuai umat Islam di sana. Sebelum Mu’az berangkat ke Yaman Rasulullah terlebih dahulu bertanya kepada Mu’az dengan apakah kamu akan memutuskan masalah umat Islam di Yaman” Mu’az menjawab “dengan al-quran”. Rasulullah mengiakan pandangan Mu’az kemudian Rasulullah bertanya lagi “bagaimana jika kamu tidak menemuinya dalam al-Quran” Mu’az menjawab “saya akan melakukannya dengan berpandukan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah.” Rasulullah membenarkan kata-kata Mu’az itu. Rasulullah bertanya lagi bagaimana jika tidak temui penyelesaiannya dalam al-Quran dan hadith.” Mu’az menjawab “saya akan banding-banding perkara berkenaan dengan apa yang telah ada hukumnya dan menyamakan hukumnya jika didapati keduanya mempunyai persamaan” Rasulullah mengiakan pandangan Mu’az itu. Contoh lain ialah sikap Rasulullah yang memperkenankan hukum seorang “qaif” (pakar) bahawa tapak kaki Usamah daripada tapak kaki Zaid dengan sabdanya: Inna hadhihi al-aqdam ba’duha min ba’d. Rasulullah memperakui bahawa kepakaran boleh dijadikan Hujjah dalam mensabitkan nasab. Ini adalah dua contoh sunnah taqririyah yang berlaku dengan pengakuan Rasulullah secara lisan. Manakala contoh sunnah taqririyah yang mana Rasulullah mendiamkan diri tanpa sebarang teguran kepada tindakan sahabatnya ialah dalam kes Khalid bin al-Walid yang menghidangkan biawak pasir untuk makanan para tetamunya termasuk Rasulullah. Sahabat-sahabat Rasulullah memakannya tetapi Rasulullah sendiri tidak. Namun beliau hanya mendiamkan diri tanpa melarang mereka memakannya.

3. Sebab –sebab Sunnah Perlu diikuti.



Oleh kerana rasulullah adalah manusia contoh dalam melaksanakan segala kehendak syari’at yang diturunkan oleh Allah. Dalam syari’at itu Allah menghendaki manusia supaya menerima apa yang dibawanya dan mengikut apa yang ditunjukkan olehnya. Kerana itu selain al-Quran, sunnah rasul juga perlu diambil untuk kesempurnaan penghayatan syari’at Allah itu. Ulama’ sepakat bahawa sunnah adalah sumber pengambilan hukum syara’ berasaskan dalil daripada al-Quran, sunnah,ijma sahabah dan logik akal:



i. Dalam al-Quran Allah telah memfardhukan ke atas orang-orang yang beriman supaya ta’at kepada nabi dan mengikut jejak langkahnya. Ta’at kepada Rasulullah adalah dikira sebagai ta’at kepada Allah. (al-Nisa’(4): 80) Al-Quran juga menyuruh orang-orang Islam supaya menyelesaikan pertikaian mereka dengan merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya; ( al-Nisa’ (4) : 59) tidak membenarkan orang beriman membuat pilihan terhadap sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. (al-Ahzab(33) : 35).



ii. Dalam hadith Rasulullah juga terdapat banyak pesanan supaya orang Islam berpegang dengan sunnah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitulah kitab Allah dan sunnah nabi Nya; (Malik, t.th : 502) juga sabda Rasulullah yang bermaksud : hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ al-Rashidin. Gigitlah sunnah dengan taring, jauhilah daripada mengada-ngadakan sesuatu, sebab perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat dalam neraka (masuk neraka). ( Rw. Ahmad dll)



iii. Ijma sahabah. Sahabat-sahabat Rasulullah sepakat baik semasa hidup atau selepas wafatnya Rasulullah tentang kewajiban mengikut sunnah. Sepanjang masa hayat Rasulullah, mereka berpegang kepada hukum-hukum yang ditetapkan oleh Rasulullah dan mereka sentiasa mematuhi segala perintah dan larangannya. Mereka memisahkan antara hukum daripada al-Quran dan hukum yang diperolehi daripada hadith dari segi kewajiban mengikutnya dengan mendahulukan al-Quran dalam mencari penyelesaian hukum sebagaimana yang dicontohkan oleh Mu’az bin Jabal.



iv. Logik akal. Allah menyuruh Rasulullah S.A.W menyampaikan risalah-Nya kepada umat manusia. Risalah dari Allah itu terkandung dalam al-Quran. Ia mengandungi beberapa bebanan dan tanggungjawab kepada manusia. Bebanan dan tanggungjawab itu berbentuk umum tidak diperinci dengan jelas baik mengenai cara melaksanakannya ataupun mengenai syarat-syarat dalam melaksanakannya. Misalnya dalam memerintahkan manusia melakukan sembahyang, puasa, zakat dan haji, al-Quran tidak menerangkan bagaimana cara melaksanakannya. Rasulullah menjelaskan keumuman itu dengan sunnah qawlaiyah dan fi’liyahnya. Rasulullah telah dianugerah oleh Allah kewibawaan untuk menjelaskan kehendak al-Quran. Firman Allah bermaksud : kami telah menurunkan kepadamu al-quran agar kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka. (al-Nahl(16) : 44).

Sekiranya sunnah bukan merupakan hujjah bagi kaum muslimin dan
undang-undang yang perlu dipatuhi, sudah tentu mereka tidak akan dapat melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Kerana itu nyatalah bahawa sunnah adalah sumber hukum yang mesti diguna pakai selepas al-Quran.

4. Perbuatan-perbuatan Rasulullah Yang Wajib dan Tidak Wajib Diikut.

Mengenai apakah sesuatu perbuatan Rasulullah itu wajib diikuti oleh orang Islam
atau tidak ianya adalah tertakluk kepada jenis perbuatan Rasulullah itu sendiri.
Perbuatan Rasulullah dapat di pecahkan kepada tiga jenis :

i. Perbuatan yang berupa kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah sebagai seorang manusia seperti berdiri, duduk, makan, minum berbaring, memilih warna pakaian dan sebagainya. Sumber perbuatan ini bukan dari beliau sebagai rasul. Perlakuan jenis ini tidak ada pertikaian dikalangan ahli ilmu tentang keharusannya kepada Rasulullah dan kepada umatnya. Kita tidak wajib mencontohi perbuatan ini. Ini adalah pendapat mejoriti ulama’. Namun ada juga yang berpendapat perbuatan seperti itu sunat diikuti. Antara sahabat Rasulullah yang suka mengikut apa sahaja perbuatan Rasulullah sekalipun perbuatan itu adalah berupa adat kebiasaan.



ii. Perbuatan yang keluar dripada Rasulullah semata-mata sebagai suatu kebijaksanaan dalam masalah keduniaan. Misalnya tindakan Rasulullah ketika menghadapi perang Badar menempatkan tentera Islam di kawasan terdekat dengan perairan Badar. Al-Habab bin Muzir selaku pakar ketenteraan bertanya kepada Rasulullah, apakah tempat penempatan tentera itu suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah sehingga tidak boleh ke hadapan atau ke belakang selangkah pun?. Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategik dan teknik. Jawab Rasulullah : Ianya adalah strategik dan taktik semata-mata. Mendengar jawapan Rasulullah sedemikian al-Habab mencadangkan kepada rasulullah supaya memindahkan penempatan tentera ke kawasan yang lebih sesuai. Oleh kerana penempatan itu suatu ijtihad Rasulullah sendiri sahaja, dimana Baginda kurang arif tentang kawasan itu jika dibandingkan dengan al-Habab yang telah benar-benar memahami liku-liku kawasan berkenaan. Cadangan al-Habab itu diterima oleh Rasulullah dan dipindahkanlah pasukan tentera Islam ke tempat yang dicadangkan oleh al-Habab itu. (al-Mubarakfuri, 2000 : 354) Contoh lain perbuatan Rasulullah yang tidak mesti diikuti kerana tidak mempunyai kesan keagamaan selain dari kesan keduniaan semata-mata ialah peristiwa larangan yang dikenakan oleh Rasulullah kepada penduduk Madinah daripada melakukan pendebungan terhadap tanaman kurma mereka. Setelah mereka menghentikannya didapati hasil pengeluaran mereka amat merosot. Mengetahui hal itu Rasulullah bersabda kepada mereka dengan katanya:
Teruskan melakukan pendebungan lagi. Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu. (Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, 1986: 57-58)



iii. Perbuatan Rasulullah itu thabit dan khusus untuk dirinya sendiri seperti
keharusan berpuasa wisal, kewajiban sembahyang duha, qurban, withir, tahajjud, keharusan nikah lebih dari empat orang dan keharusan mengahwini wanita tanpa mahar. Perkara-perkara ini hanya khusus untuk Rasul Allah dan tidak boleh diikut oleh umatnya, (Zuhayli :478)



iv. Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah kerana di syari’atkan
sedemikian. Perbuatan-perbuatan itu wajib dicontohi atau diikuti. Cuma sifat syar’iyah yang ada pada perbuatan itu berbeza-beza dari segi wajib, sunat atau harus. Penentuan sifat-sifat ini dapat dikenal pasti melalui kriteria berikut (Ibid. hal. 479-480)

a. Jika perbuatan Rasulullah itu bertujuan menjelaskan yang mujmal,
mentaqyidkan yang mutlaq atau mentakhsiskan yang umum, maka hukumnya adalah sama seperti perkara yang dijelaskan itu dari segi wajib atau sunat. Penjelasan Rasulullah itu ada kalanya dilakukan dengan disertakan dengan perkataan sekali seperti sabda Rasulullah yang bermaksud : Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersembahyang dan ambillah daripada aku haji kamu. Adakalanya perbuatan Rasulullah tidak disertakan dengan hadith qawliyah seperti memotong tangan pencuri dipergelangan sebagai penjelasan kepada ayat al-Quran yang menghendaki tangan pencuri dipotong. Demikian juga dengan tayammum yang dilakukan oleh Rasulullah hingga ke siku sebagai penjelasan kepada firman Allah yang bermaksud: Maka sapulah muka dan tangan kamu. (al-Maidah(5):6) Dalam perkara ini perbuatan Rasulullah yang berfungsi sebagai penjelasan kepada ayat-ayat al-Quran itu hukumnya adalah sama seperti hukum yang dibawa oleh ayat al-Quran itu sendiri. Jika ayat al-Quran itu membawa perintah yang wajib, maka penjelasan Rasulullah itu wajib diikut.

b. Jika tidak nyata kedudukan perbuatan Rasulullah itu sebagai penjelas
kepada mana-mana ayat al-Quran, sebaliknya dia berlaku dalam bentuk ibtida’ (permulaan). Perkara ini tertakluk kepada sama ada diketahui atau tidak sifat shar’iyahnya. Jika diketahui sama ada wajib , sunat atau harus, maka umat islam yang ikut melakukan perbuatan itu sama hukumnya seperti perbuatan Rasulullah itu sendiri. Menurut al-Shawkani pendapat ini adalah benar kerana ia ada dalil daripada al-Quran dan perbuatan sahabat mengenainya. Firman Allah bermaksud:



Apa yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang oleh Rasulullah hendaklah kamu hindari. (al-Hasr (59) :7) Sahabat-sahabat juga merujuk kepada Rasulullah sebagai hujjah dan ikutan dalam banyak kes antaranya perbuatan Umar bin al-Khattab mengucup Hajar al-Aswad dan berkata: “jika tidak kerana aku melihat Rasul Allah mengucup kamu aku tidak akan mengucup kamu” (al-Syawkani, 5:.40)
Jika tidak diketahui sifat perbuatan Rasulullah itu dari segi kesyari’atanya,
Maka perlu diperhatikan kepada kedudkan perbuatan berkenaan :
(al-Zuhayli :480)

a. Jika ternyata perbuatan itu bermaksud taqarrub kepada Allah seperti
sembahyang dua raka’at tanpa dilakukan secara muwazabah (berterusan), maka menunjukkan ianya adalah sunat kerana dengan ternyatanya maksud taqarrub adalah menjadi dalil kepada bahawa perbuatan itu adalah dituntut.

b. Jika tidak ternyata adanya maksud taqarrub dalam perbuatan itu seperti berjual beli dan muzaraa’ah. Dalam perkara ini al-Imam Malik berpendapat ianya adalah harus. Manakala al-Shaf’I berpendapat bahawa perbuatan itu menunjukkan kepada sunat, kerana sesuatu perbuatan Rasulullah itu sekalipun tidak ternyata adanya maksud taqarrub kepada Allah ia tetap dianggap sebagai taqarrub. Paling rendah darjat taqarrub ialah sunat.

5. Kedudukan Sunnah Di Samping al-Quran.

Sumber paling utama bagi agama Islam ialah al-Quran dan hadith. Al-Quran adalah firman Allah untuk semua orang Islam. Ayat-ayat Quran diturunkan kepada rasulullah sebagai mana ayat itu dibaca sekarang. Walaupun al-Quran memberi panduan utama kehidupan kepada orang Islam, namun banyak perkara yang memerlukan panduan kearah kehidupan yang praktis, tetapi tidak disebut dalam al-Quran. Dalam kes ini apa yang jelas patut diikut ialah sunnah Rasulullah. Ini bererti sunnah amat penting dan berkedudukan pada tempat kedua selepas al-Quran sebagai panduan hidup manusia muslim. Ulama’ Usul Fiqh membahagikan peranan sunnah disamping al-Quran kepada empat jenis.



i. menguatkan hukum sesuatu peristiwa yang telah ditetapkan hukumnya oleh al-Quran. Dengan demikian hukum peristiwa tersebut ditentukan oleh sumber iaitu al-Quran sebagai sumber menetapkan hukumnya dan al-Sunnah sebagai penguatnya. Misalnya sembahyang dan zakat yang telah ditetapkan kefardhuan dalam al-Quran dikuatkan lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya ketika berdialog dengan malaikat. Bermaksud : Malaikat Jibril bertanya “Hai Muhammad terang padaku tentang Islam!” jawab Muhammad “ Islam itu ialah persaksianmu bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mambayar zakat, mengerjakan haji ke Baitullah bila kamu mampu melaksanakan perjalanan ke tempat itu.” ( Hadith riwayat Muslim ) Contoh lain ialah pengharaman menyekutukan Allah, menyakiti hati kedua orang tua dan bersaksi palsu, dimana semua hukum perkara ini telah ditentukan oleh al-Quran. Kemudian larangan-larangan itu dikuatkan lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud. “Perhatikanlah ! saya akan menerangkan kepada kamu sebesar-besar dosa “diucapkan tiga kali” baiklah hai Rasulullah,” sahut kami semua. “Mempersekutukan Allah, mendurhakai kedua ibu-bapa. Rasulullah pada ketika itu sedang bersandar, lalu duduk dan bersabda: ingat, perkataan dan persaksian palsu. Rasulullah mengulang-ulanginya sampai kami meminta semoga beliau diam.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

ii. Memberi penjelasan kepada ayat-ayat al-Quran. Dalam memberikan penjelasan ke atas ayat-ayat al-Quran oleh hadith ini didapati ada tiga bahagian yang berkaitan dengannya.

a. Memberi perincian ke atas ayat-ayat yang mujmal.

 Misalnya ayat mengenai perintah sembahyang dalam al-Quran yang bermaksud : Maka dirikan S.A.W. sesungguhnya sembahyang itu bagi orang mu’min adalah kewajiban yang sudah ditentukan waktunya. (al-Nisa’(4):103). Ayat ini tidak terperinci, masih mujmal. Kemudian Rasulullah S.A.W. menerangkan waktu-waktu sembahyang, jumlah raka’atnya, syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan melakukan perbuatan sembahyang dan seterusnya meminta umat Islam melakukan sembahyang sepertimana yang dilakukan olehnya. Demikian juga dengan zakat dan haji, ayat-ayat al-Quran mengenainya juga adalah Mujmal. Ia diperincikan oleh hadith dengan menjelaskan jenis harta yang dikenakan zakat dan kadarnya dan menjelaskan cara-cara melakukan ibadah haji.



b. Membatasi kemutlakan al-Quran.

Misalnya al-Quran membolehkan kepada orang yang meninggal dunia membuat wasiat ke atas harta miliknya tanpa ada batasan maksimumnya, dalam firman Allah bermaksud : sesudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau sesudah membayarkan hutangnya. (al-Nisa’(4) :12) Di dalam hadithnya Rasulullah membataskan kadar maksima wasiat kepada 1/3 sahaja.



c. Mengkhususkan yang umum.

 Misalnya Firman Allah berkenaan dengan pengharaman memakan bangkai binatang dan darah dalam ayat al-Quran yang bermaksud : Diharamkan bagi kamu memakan bangkai, darah dan daging babi. (al-Maidah (5) : 3). Kemudian Rasulullah mengkhususkannya dengan memberikan pengecualian kepada bangkai ikan, belalang, hati dan limpa dalam sabdanya yang bermaksud : Dihalalkan bagi kita dua macam bangkai dan dua macam darah. Dua bangkai itu ialah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua darah itu ialah hati dan limpa. ( Riwayat Ibn Majah dan Hakim)

iii. Sunnah Menjelaskan Tentang Nasikh dan Mansukhnya Ayat-ayat al-Quran .
Pemansukhan sesuatu ayat al-Quran yang lain dapat diketahui melalui
sunnah. Misalnya ayat al-Quran berkenaan dengan wasiat kepada dua ibu bapa
dan qarabah iaitu dalam firman Allah yang bermaksud : Di wajibkan ke atas
kamu apabila mati tiba kepada salah seorang dari kamu, jika dia meninggalkan
harta yang banyak supaya dia berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum
kerabat yang lebih hampir dengan baik sebagai suatu hak ke atas orang yang
bertakwa. ( al-Baqarah (2): 180 ) adalah dimansuhkan dengan ayat-ayat
perwarisan. Al-Imam Shafi’I hanya menerima pemansuhan ayat al-Quran oleh
ayat al-Quran juga, tidak boleh berkalu pemansuhan al-Quran oleh hadith.
Tetapi mejoriti fuqaha’ termasuk al-Baydawi dan al-Asnawi daripada mazhab
Shafi’I memperakui bahawa ada juga berlaku pemansuhan al-Quran oleh hadith
seperti hadith yang bermaksud : tiada wasiat kepada ahli waris.
( Malik bin Anas: 418)
Hadith ini memansuhkan ayat mengenai wasiat kepada ahli waris.

iv. Mewujudkan hukum baru yang tidak terdapat dalam al-Quran. Maka jadilah hukum itu thabit dengan sunnah. Misalnya Rasulullah menetapkan haramnya binatang buas yang bertaring kuat dan burung yang berkuku kuat seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : Rasulullah S.A.W. melarang memakan binatang yang bertaring dari golongan binatang buas dan setiap yang berkuku kuat dari kalangan burung ( Hadith riwayat Muslim ). Rasulullah juga mengharamkan lelaki mengahwini wanita yang sepersusuan, kerana ianya sama dengan mengahwini wanita yang sama keturunan (nasab). Sabda Rasulullah bermaksud : Sesungguhnya Allah mengharamkan mengahwini wanita sepersusuan, sebagaimana Allah mengharamkan mengahwini wanita kerana nasab. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ). Misal yang lain seperti hadith yang mengenakan hukuman rejam kepada penzina muhsan dan pengharaman memakai sutera ke atas orang lelaki. Demikian juga dengan zakat fitrah, pengharaman memakan daging himar ahli dan pembebasan tawanan.



6. Kesimpulan

Rasulullah S.A.W adalah orang yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan syari’atnya kepada manusia. Syari’at menghendaki manusia melakukan perkara-perkara tertentu yang berupa ibadah kepada Allah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan sesama manusia. Oleh kerana al-Quran yang merupakan kitab di mana termaktubnya syari’at berkenaan menyentuh berbagai aspek untuk menjadi panduan manusia. Tetapi kebanyakkan wujud dalam bentuk yang umum tidak terperinci. Disinilah peranan sunnah menjadi perlu untuk memperjelaskan apa yang dikehendaki oleh al-Quran kepada manusia. Manusia wajib mengikut Rasulullah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid, ibadah dan akhlak. Rasulullah menyeluruh dalam berbagai perkara. Ada yang bersumberkan syari’ah dan ada yang bersumberkan kepada kebiasaan atau ‘adat. Rasulullah S.A.W. adalah orang Arab, dalam beberapa hal beliau terikat dengan ‘adat Arab dalam kehidupan hariannya, maka kerana itu sunnah dapat dibahagikan kepada dua iaitu sunnah syri’iyah dan sunnah ‘urfiyah. Sunnah syri’iyah adalah suatu yang dikehendaki supaya diikut oleh umat Islam. Dari segi hukumnya sama ada wajib, sunat, haram atau makruh bergantung kepada kehendak tasyri’ itu sendiri. Manakala sunnah ‘urfiyah adalah sunnah yang boleh dipilih oleh umat Islam sama ada mahu mengikutnya atau tidak. Dalam pada itu ada juga dikalangan para sahabat yang berterusan mengamalkan sunnah rasulullah sekalipun sunnah itu bersumberkan ‘adat (sunnah urfiyah ) namun mencemuh sunnah ‘urfiyah sama ertinya dengan mencemuh Rasulullah.


 

Kedudukan dan keistimewaan manusia



Kedudukan dan Keistimewaan Manusia
 
 

Manusia mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan makhluk yang lain seperti malaikat, jin,dan haiwan.

Antara kelebihan tersebut ialah:

(i) Kesempurnaan kejadian manusia - unsur jasmani dan rohani
Allah S.W.T. yang mencipta manusia, maka Dialah yang mengetahui asal kejadiannya, kelemahan dan kekurangannya, tugas dan kedudukannya serta matlamat dari kewujudan dan falsafah hidupnya. Bagi memikul tugas yang berat di bumi ini, Allah S.W.T. telah menjadikan manusia sebaik-baik dan seindah-indah kejadian yang mengandungi kedua-dua unsur; unsur kebendaan dan kerohanian (surah at-Tin: 4).
Kesempurnaan dan keindahan manusia dapat dilihat dari bentuk dan susunan anggotanya yang amat sesuai untuk berfungsi, di samping itu manusia juga dikurniakan sifat-sifat rohani seperti akal, hati dan jiwa. Kombinasi dari sifat tabii dan rohani yang ada pada manusia akan melahirkan sifat-sifat, sikap, geraklaku dan amalan yang positif dan bernilai.

(ii) Akal Fikiran

Satu keistimewaan yang besar dan amat berharga yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia ialah akal fikiran. Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan akal, peranan dan kewibawaannya di dalam kehidupan manusia, bahkan harus diakui bahawa akal itu bukan sahaja sebagai kurniaan daripada Allah yang teragung kepada manusia tetapi Allah menjadikan akal itu sebagai dasar utama bagi manusia untuk menerima tanggungjawab (taklif) serta menjadi alat dan petunjuk kebenaran. Begitu juga dengan masalah-masalah lain yang ada hubungkait dengan kehidupan manusia,ilmu pengetahuan, penyelidikan dan penilaian, akal menjadi asas untuk merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti dengan betul dan berkesan.
Kemampuan untuk menggunakan akal fikiran dengan baik tidak ada pada makhluk yang lain. Oleh itu manusia mestilah menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Kesimpulannya, akal secara fitrahnya sentiasa memandu manusia kepada kebenaran dan kebaikan, namun begitu ia hendaklah dipandu oleh wahyu kerana tabiat semulajadi akal boleh berubah dan dipengaruhi oleh unsur-unsur yang lain.

(iii) Ilmu Pengetahuan

Firman Allah SWT Bermaksud:
"Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar"
(Surah al-Baqarah: 31)

Dari maksud ayat tersebut, ianya mendedahkan bahawa rahsia pemilihan jawatan khalifah kepada Nabi Adam A.S. dan keistimewaan yang berhak manusia menerima pemilihan tersebut ialah rahsia ilmu. Yang dimaksudkan dengan nama-nama dalam ayat tersebut ialah ilmu. Kerana setiap nama pasti ada benda / sesuatu yang dinamakan dan untuk memberi nama pada sesuatu itu ialah setelah diketahui tentang sifat dan tabiatnya. Kalimah ilmu di sini ialah ilmu tentang alam tabii dan ilmu tentang alam ghaib (metafisik). Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara melalui pencarian/menuntut ilmu. Menerusi pemilikan ilmu pengetahuan sama ada ilmu Fardu Ain mahupun Fardu kifayah akan melahirkan manusia yang beriman, berakhlak mulia dan mampu memakmurkan bumi sebagai "khalifah fil ard".

(iv) Kemudahan alam
Selain dari Allah mencipta alam seperti langit, bumi, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain untuk menjadi tanda kewujudan dan lain-lain untuk menjadi tanda kewujudan dan kebesaran-Nya, allah juga menjadikan semuanya itu untuk kepentingan dan kemudahan manusia.
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit kemudian mengeluarkan dari air hujan itu berbagai buah-buahan, menjadi rezeki kamu dan Dia menyediakan bahtera bagi kamu supaya bahtera belayar di lautan dengan kehendak-Nya dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai (semuanya untuk kepentingan manusia)”. (Surah Ibrahim: 32)

Jelasnya, semua makhluk yang terdapat di darat, di laut dan di langit pada umumnya adalah dijadikan oleh Allah untuk kemudahan dan kepentingan manusia, sebagai bahan bagi mewujudkan pembangunan dan tamadun di bumi. Penggunaan ini akan bermanfaat selama ianya digunakan mengikut norma-norma yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

(v) Rasul - pembimbing manusia

(vi) kitab - panduan hidup

Tuesday 22 October 2013

islam sebagai Al-Din


Islam sebagai Al-Din
 
 

DEFINASI ISLAM


 

·                     Islam bukan ciptaan manusia. Namanya diberikan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 19, ayat 85, Surah al-Maidah ayat 3, Surah al-Taubah ayat 33 dll.

 

·                     Dari Sudut Bahasa:

 
Bahasa Arab : Salima – aslama – yuslimu

 
            o        SALIMA iaitu selamat, sentosa dan kedamaian.

 
o        ASLAMA iaitu memelihara dalam keadaan selamat sentosa.


o        YUSLIMA iaitu menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu.           

 

Firman Allah SWT (al-Baqarah : 131):

 

“Ketika Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini”

 

Dari Sudut Istilah/Syara’ :

 

·                     Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.


·                     Islam adalah peraturan hidup [way of life], peraturan yang bersifat integral, menjadi dasar kepada akhlak mulia, disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia. Peraturan hidup ini sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran [yang dihayati oleh baginda SAW].

 

·                     Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Jibril, iaitu:

 
“Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasulullah, mendirikan solat, mengeluar- kan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitul’Lah jika engkau berkuasa”.

 

o        Dalam hadis ini Rasulullah SAW telah menerangkan dasar/asas penting Islam iaitu :


§     SISTEM KEROHANIAN (Aqidah – kepercayaan) yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah.

 

§     Di atas sistem Kerohanian terbina SISTEM PERUNDANGAN yang luas skopnya: individu dan masyarakat.

 

§     Berasaskan sistem Kerohanian dan sistem Perundangan yang mantap lahir SISTEM AKHLAK yang menyeluruh sifatnya.

 

Pelaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak lahirlah IBADAH dalam bentuk yang menyeluruh.

 

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengibadikan (beribadah) kepada-Ku”

 

(Az-Zariyat: 56)

 


KESIMPULAN


 

·                     Islam adalah sistem hidup yang lengkap diwahyu oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya Muhammad SAW untuk manusia sejagat.

 

·                     Sebagai sistem dari Allah SWT, ia mengatur hubungan:

 

o        Manusia dengan  Allah SWT

 

o        Manusia dengan makhluk

 

 

MAKSUD AD-DIN


 

·                        “Din” (nakirah) bererti pasrah, tunduk, patuh, menyerah, perhitungan dan lain-lain.

 

 

·                     “Ad-Din” (makrifah) bererti cara hidup yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 

 

·                     “Din” juga diertikan sebagai agama atau religion.

 

 

·                     Agama pelbagai:

 

o        Agama Palsu

 

o        Agama Benar (Dinulhaq).

 

 

·                     ? :  Apakah maksud agama yang difahami oleh Melayu Muslim 

 

·                     Istilah “din” dalam al-Quran menggambar-kan seluruh aspek hidup manusia. Ia terdiri daripada empat bahagian utama:

 

i.                     Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah SWT).

 

ii.                    Penyerahan diri lahir dan batin kepada Allah SWT.

 

iii.                   Iman dan amalan di bawah pengawasan Allah SWT.

 

iv.                   Ganjaran: dosa atau pahala dari Yang Maha Berkuasa.

 

 

·                     Keempat-empat bahagian tersebut sesuai dengan istilah “dinulhaq” yang memiliki tiga ciri utama, iaitu:

 

                     i.                Iman kepada Allah SWT secara mutlak.

 

                    ii.                Iman kepada hari Akhirat.

 

                   iii.                Mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

 

 

ISLAM SEBAGAI SISTEM UMUM DAN KHUSUS


 

·                     Sistem umum bermaksud Islam adalah cara hidup untuk semua makhluk Allah SWT.

 

·                     Semua makhluk hidup berasaskan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT sesuai dengan kejadian mereka (lihat surah al-Furqan: 2).

 

·                     Hukum umum ini dikenali sebagai SUNNATULLAH (Law of Nature – Undang-Undang Semulajadi).

 

·                     Ia bersifat pasti, objektif dan tetap (lihat firman Allah dalam surah al-Fath: 23).

 

·                     “.. dan kepada-Nya menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka mahupun terpaksa..”

 

(al-Ra’d: 15)

 

·                     Islam sebagai suatu sistem khusus bermaksud:

 

“Islam sebagai ad-Din yang datang dari Allah SWT, merupakan peraturan hidup yang mengatur hidup manusia, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam konteks yang sebenar”.

 

·                     Ia berkaitan dengan akidah yang menjadi pilihan bukannya paksaan. Islam diterima dengan penuh kerelaan.

 

·                     Manusia bertanggungjawab di atas pilihan yang mereka lakukan.

 

·                     Melalui pilihan ini manusia akan dinilai dan dibalas serta memberi implikasi; baik @ buruk, pahala @ dosa; syurga @ neraka.

 

·                     Allah SWT membentangkan kepada manusia dua jalan hidup: KEBENARAN dan KESESATAN.

 

·                     Memilih kebenaran bererti memilih keberuntungan dalam hidup dunia dan akhirat. Memilih keserasian hidup antara system umum dan system khusus.

 
 

KANDUNGAN ISLAM

 

Islam meliputi tiga perkara utama, iaitu:

 

 

1.           Asas/Dasar:

 

 

i.             Aqidah

 

ii.            Syariat

 

iii.           Ibadah

 

iv.           Akhlak

 

 

2.            Sistem Hidup       (pelaksanaan hidup yang berteraskan asas Islam) iaitu:

 

i.                     Politik

 

ii.                    Ekonomi

 

iii.                   Sosial

 

iv.                   Ilmu

 

v.                    Seni

 

vi.                   Falsafah

 

vii.                 Teknologi

 

viii.                Lain-lain

 

 

3.            Penguat dan Penyokong      (Amr Ma’ruf Nahi Munkar)

 

i.                     Dakwah

 

ii.                    Jihad

 

 

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

 

 

i.                     Rabbaniah

 

ii.                    Syamil dan Kamil

 

iii.                   Universal (Alami @ Sejagat)

 

iv.                   Selaras Dengan Fitrah Manusia

 

v.                    Tetap dan Anjal

 

vi.                   Wasati

 

vii.                 Waqi’e @ Praktikal

 

 

TUJUAN ISLAM

 

Menjaga Keselamtan:

 

 

i.                     Agama

 

ii.                    Nyawa (Jiwa)

 

iii.                   Akal

 

iv.                   Kehormatan

 

v.                    Hartabenda

 

 

 

 

 

*