click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Sunday 27 October 2013

Kesan pemakanan melampau





Pemakanan secara melampau adalah sesuatu yang dicela di dalam islam. Ini kerana ianya memberikan kesan yang buruk kepada individu tersebut. Antara kesan pemakanan melampau adalah seperti berikut :-

a) Penghadaman tidak sempurna dan terbantut. Penghadaman yang tidak sempurna boleh menghasilkan toksimia yang akan menjadi sebab utama kepada penyakit jasmani.

b) Menzahirkan jenis-jenis penyakit apabila toksin mula di buang oleh badan seperti muntah, cirit-birit dan lain-lain.

c) Sekiranya makanan yang diambil mengandungi banyak logam berat seperti plumbum yang boleh menyerap masuk de dalam tisu yang lembut, ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar terhadap kesihatan badan. Ini akan mengakibatkan timbulnya penyakit seperti berlakunya radang otot dan sendi dengan nama lain rheumatism, sakit buah pinggang, lelah, gout iaiti penyakit yang menyababkan sendi menjadi bengkak, hati tidak dapat membantu penghadaman makanan dan sakit perut disebabkan penghadaman makanan yang tidak sempurna.

d) Menurut Imam al-Ghazali, pengambilan makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan hati sukar menerima sesuatu perkara yang baik iaitu buta mata hati. Ini akan menyebabkan otak menjadi tumpul dan melemahkan kecerdasan berfikir juga akhirnya akan menyebabkan penyakit pelupa.

e) Menurut Dr. Henry Bieler, punca utama penyakit bukannya disebabkan oleh kuman tetapi disebabkan oleh toksimia. Toksimia yang terhasil akan menyebabkan kerosakan sel-sel dan ini menyumbang kepada pembiakan kuman dan serangan badan.

f) Kajian lain yang mendapati mereka yang makan terlalu banyak akan menyebabkan berat badan yang berlebihan dan ini memdorong kearah penyakit artritis, kencing manis, penyakit jantung dan juga kanser.

g) Menurut Dr. Issels dalam kajiannya bahawa binatang yang diberi makanan semahunya mempunyai 5.3 kali ganda lebih besar tumor daripada binatang yang berpuasa pada setiap hari kedua (iaitu hari pertama makan dan hari kedua berpuasa)


rujukan
* Che wan jasimah wan mohamed rezi (2000) , Konsep kesihatan melalui pemakanan, Pendekatan islam dan sains, Kuala lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.