click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Thursday 24 October 2013

Pembahagian Ibadah.



Pembahagian ibadah banyak telah dibincangkan oleh para ilmuwan dan para ulamak. Di antaranya membahagikan ibadah itu kepada tiga bahagian:

i. Ibadah-ibadah asas.
ii. Ibadah-ibadah furuk atau ibadah cabang
iii. Ibadah-ibadah fardhailuamal atau ibadah-ibadah amalan utama.

Ketiga-tiga ketegori ibadah di atas akan merangkumi semua tindakan kita. Ertinya apa sahaja yang kita lakukan boleh diketogorikan dalam bentuk sedemikian.

Ketogori asas merangkumi segala yang berkaitan dengan rukun Islam dan rukun iman yang bersifat fardu ain. Manakala ibadah-ibadah furuk iaitu ibadah-ibadah dalam bentuk fardu kifayah seperti membangunkan ekonomi, pendidikan Islam, kebudayaan Islam, kewangan Islam dan sebagainya hinggalah kepada kenegaraan dan perhubungan antarabangsa menurut Islam. Ibadah yang diketegorikan fardhailulamal atau amalan-amalan utama, ia tennasuk semua amalan sunat, lahir dan batin. la merupakan amalan yang terbanyak dalam ajaran Islam. Misalnya membaca al-Quran, sembahyang sunat, berdoa, berwirid, zikir dan sebagainya.



Ada juga ilmuwan Islam membahagikan ibadah kepada:

i. Ibadah Zahiriyah.
ii. Ibadah Batiniyah (Hakikat).

i. Ibadah Zahiriah.

Ibadah zahiriyah atau juga disebut syariah adalah adalah amalan zahiriyah yang diperintahkan kepada umat Islam samaada ia berupa perkara wajib atau sunat atau juga meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah Taalah. Ibadah ini dengan jelas diatur dalam al-Quran dan Sunnah yang kemudian dibukukan dan dipeqelas dan menjadi satu kajian displin ilmu tersendiri.

Ibadah zahiriyah itu terbahagi menjadi dua bahagian iaitu:

a. Hablum minallah, atau juga disebut ibadah makhdhah, iaitu ibadah yang langsung berhubungkait dengan Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan sebagainya.

b. Hablum minannas, atau disebut sebagai ghairu makhdhah, ialah ibadah zahiriyah berhubungkait dengan perkara muamalah, iaitu perbuatan yang ada hubungan langsung dengan manusia seperti munakahat, sosial, siasah, ekonomijihak dan sebagainya.

Ibadah Batiniyah (Hakikat)
Ibadah batiniyah adalah amalan yang bersifat batiniyah iaitu melakukan apa yang dilakukan dan meninggalkan apa yang dilarang. Amalan yang diperintah disebut mahmudah (amalan terpuji) sedangkan amalan yang dilarang adalah disebut mazmumah (amalan yang tercela). Ibadah batiniyah terbahagi kepada dua iaitu itu:

Pertama akhlak dengan Allah. a. Mengenal Allah dengan yakin.
b. Merasakan kehebatan Allah.
c. Merasa gementar dengan neraka Allah.
d. Merasa sentiasa diawasi Allah.
e. Merasa hina diri dan malu dengan Allah.
f. Merasa redha dengan setiap takdir dan ketentuan Allah Taalah
g. Sabar dengan berbagai ujian Allah.
h. Mensyukuri nikmat pemberian Allah.
i. Mencintai Allah.
j. Merasa takut kepada Allah.
k. Merasa harap pada rahmat Allah.
1. Rindu pada Allah.
m. Sentiasa mengingati Allah.
n. Rindu pada syurga Allah kerana ingin bertemu dengannya.

Kedua adalah akhlak dengan manusia iaitu merangkumi: a. Mengasihinya sebagaimana mengasihi diri sendiri.
b. Merasa gembira apabila mereka bergembira dan merasa dukacita apabila mereka berduka cita.
c. Menginginkan kebahagian untuknya di samping berharap agar musibah menjauhinya.
d. Benci kepada kejahatannya tetapi kasihan kepadanya sehingga timbul perasaan untuk menasihatinya.
e. Pemurah padanya.
f. Mengenangjasa dan berusaha membalasnya kerana Allah.
g. Memaafkan kesalahannya dan sanggup meminta maaf jika bersalah dengannya.
h. Kebaikannya disanjung dan dukuti, kejahatannya dinasihati dan dirahsiakan dan bersifat berlapang dada.
i. Bersikap baik sangka terhadap sesama Islam.
j. Tawadu dengan sesama manusia.

Kedua-duanya penting antara syariat dan hakikat kerana kedua perkara dapat membentuk manusia yang bertaqwa dan dapat menjaga dari sifat munafiq, kufur dan syirik. Ibadah zahiriah dan batiniah sangat berhubung rapat, wajib diamalkan secara bersamaan. Tidak boleh ajaran itu diamalkan sepotong-sepotong kerana ia boleh menghilangkan kesempumaan amal. Kedua-dua sama penting seperti kulit dan isi buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempumaan wujud buah itu sendiri. Tanpa kulit, isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada, sebaliknya tanpa isi kulit menjadi tiada erti apa-apa, sebab buah yang dimakan adalah isinya dan bukan kulitnya.



Sebahagian ulamak telah juga membahagikan ibadah kepada ibadah khusus dan ibadah umum:
i. Ibadah Khusus Formal:

Ibadah khusus atau formal adalah ibadah yang struktur, sistem dan peraturan- peraturan mengenainya telah ditentukan oleh syariat Islam secara yang lengkap dan terperinci serta mesti dipenuhi dengan sempuma. Bentuk ibadah ini tidak boleh direka-reka dan dicipta sendiri oleh manusia mengikut kehendak hati mereka seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Dengan erti kata yang lain ia mestilah ditunaikan mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan tanpa ada pilihan. Ibadah ini juga digelar dengan fardu ain. Ibadah ini sangat penting kepada aqidah dan keimanan seseorang yang juga merupakan medan latihan yang amat berkesan untuk membentuk keperibadian muslim yang sebenamya.

Syarat-syarat ibadah khusus diterima sekira ibadah tersebut mengandungi:
a. Niat ynag ikhlas kerana Allah.
b. Melakukannya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadah itu.


ii. Ibadah umum tidak formal:

Ibadah umum ialah pengabdian diri secara tidak lansung kepada Allah Talah menerusi semua urusan kehidupan duniawi yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan makluk lain yang berlandaskan akidah dan syariat Islam. Antara urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amalan manusia di ladang, di kilang, di pejabat, di rumah dan di mana sahaja ia berada dan padabila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan satu-satu jangka masa tertentu. Syarat sesuatu kerja sebagai ibadah seperti ini telah pun disentuh sebelum ini. Antaranya niat dan ihklas kerana Allah, pekerjaan itu mestilah dibenarkan oleh syarak, tidak menghalang tanggungjawab asasi berkaitan dengan rukun Islam, dilakukan dengan sempuma serta dilakukan dengan rasa syukur kepada Allah dan dilakukan dengan cara yang sederhana


No comments:

Post a Comment