click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Wednesday 23 October 2013

How to brainwash people in 23 steps




1. The key to truly effective brainwashing is to work at people’s most fundamental awareness. Shape them at the neurological level so they develop the faculties to take your input and call it “thinking for myself.” Enable them to stop thinking.

2. Limit any and all faculties for self-awareness and self-sensing. Destroy instinct and intuition. Actively and endlessly encourage external awareness. Make people dependent on your external input for as many decisions as possible.

3. Speed up messages so that the pace and rhythm of information is disorienting and visually biased.

4. Condition people to being bombarded with hundreds of thousands of signals a day. Teach them to attend to this stream of information and to call it Reality. Never let them ask what “reality” is.

5. Framing is everything. Decide what you want people to believe and make sure that any choices you give them are within a framework which assures you of your result. This is called the Illusion of Choice. “Do you want to sweep the floor before or after dinner?” Repeat this formula for economic systems, politicians, news stories, competing product brands and entertainment.

6. Appeal to the lowest common denominator. Make sure that all shows model conflict resolution of people with an emotional and intellectual maturity no greater than that of a six year old. Make it funny so no one notices.

7. Keep people passive. Encourage the Couch Potato Alpha Wave Escape Plan as the healing elixir for all that ails.

8. Don’t make people think. Their days are hard enough as is. Bypass the need for opinion making by giving people ready-made opinions. Do it as though you don’t have a conscience – they are probably too stupid to make their own decisions anyway.

9. Ensure that there are no ongoing storylines with meaning or purpose beyond immediate sensory stimulation. Avoid universal themes as much as possible. Make absolutely certain there is no cultural, societal or global story or mythology present that conflicts with the myths of comfort and consumption.

10. Never encourage responsibility, or so much as suggest that humans could be involved in co-creating their future and the realities in which they reside.

11. Encourage group-sanctioned individuality only. By making ‘individuality” the new conformity you are generating a powerful illusion of free choice.

12. Sensationalize the superficial.

13. Keep information bytes infinitesimally small. Promote Attention Deficit Disorder. Several decades of television have already set this in motion.

14. Repetition is key. Repeat important messages as often as possible.

15. Repetition is key.

16. Repetition is key.

17. Bypass rationality by any means possible. People don’t need logic to accept information. Belief is emotional. Always remember: WAR=PEACE.

18. Remember –- two half-truths make up a whole truth.

19. Demonize self-knowledge technology of all kinds. Throw around words like “cult” and “brainwashing.” Marginalize anyone involved in such pursuits.

20. Keep old models of consciousness alive and well. If you can get away with referring to people’s states as being phlegmatic or sanguine instead of programmable and intentional, do it.

21. Keep people’s attention on what really matters. Emphasize what’s wrong as much as possible.

22. Always give the impression that Everything Is Under Control – but just barely so – hammer into the populace the idea that their greatest fear could strike at any moment.

23. Teach people that they are their thoughts and emotions. Reinforce this by teaching them to feel bad about their ideas, and to feel bad about feeling bad. Remember: Identify, identify, identify –- this will widen the empty void inside of them that only shopping can cure.

By sticking to these simple premises you should be able to produce entire societies capable of ending world hunger, but too selfish to care. You will be able to bring about massive consumer mindsets and buying habits so powerful that logic and reason become superfluous in making the sale. You will be the new face of media. Good luck!


Tuntutan Menghayati Sunnah Rasul SAW



1. Pendahuluan


Rasulullah S.A.W. adalah seorang manusia yang dipilih oleh Allah untuk
menyampaikan risalah-Nya kepada manusia sezaman dengannya dan menjadi warisan kepada generasi-generasi kemudiannya hingga ke akhir zaman. Untuk menjadikan risalah yang disampaikan olehnya itu lebih bermakna dan berkesan, maka Rasulullah S.A.W. sendiri dijadikan manusia contoh dalam mengamalkan kehendak risalah yang di bawa olehnya. Kehidupan Rasulullah S.A.W sendiri menepati kehendak berkenaan. Sejak dari mudanya lagi sikap dan cara hidup Rasulullah telah memperlihatkan keserasiannya dengan keperluan untuk berperanan sebagai manusia pilihan, menjadi contoh dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini.
Sunnah atau cara hidup Rasulullah S.A.W. sepanjang hayatnya menjadi piawai hidup yang mesti dicontohi oleh manusia muslim. Tidak ada sesiapa lagi yang dapat dijadikan contoh terbaik oleh orang Islam selain Rasulullah S.A.W Namun kerana Baginda seorang manusia istimewa, cara hidupnya bukan sahaja dapat dicontoh dan dimanfaati oleh orang-orang Islam tetapi sebahagiannya, khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan boleh diambil manfaat oleh orang-orang bukan Islam juga. Kertas ini akan membicarakan tentang pengertian sunnah, sebab-sebab sunnah iaitu tata kelakuan atau cara hidup Rasulullah S.A.W. mesti diikuti; dalil-dalil dari al-Quran, hadith dan ijma yang menghendaki umat Islam mengambil sunnah sebagai hujjah atau sumber ajaran Islam; kepentingan sunnah dari sudut perundangan Islam serta pembahagian sunnah kepada wajib dan tidak wajib diikuti oleh orang orang Islam.

1. Pengertian Sunnah



Sunnah dari segi bahasanya ialah cara, peraturan, tata-tata kelakuan, cara hidup atau kebiasaan.( I. Doi, 1995: 62) Di sisi fuqaha’ pula sunnah ialah sesuatu yang bukan wajib dalam ibadah. Manakala dari segi istilah ahli Usul al-Fiqh sunnah ialah setiap perkara yang terbit daripada Rasulullah S.A.W. berupa dalil-dalil syar’iyah yang bukan al-Quran dan bukan mu’jizat. Dalam ungkapan yang lain sunnah diistilahkan sebagai perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah S.A.W. (Zuhayli, 1986 : 450).


 
i. Sunnah perkataan atau sunnah qawliyah ialah sabda Rasulullah S.A.W yang di sampaikan dalam berbagai tujuan dan kejadian. Misalnya sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Tidak ada kemudaratan dan tidak pula memudaratkan (Riwayat Malik). Ini adalah suatu pesanan Rasulullah kepada manusia supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan dirinya sendiri dan orang lain. Demikian juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : ia suci airnya lagi halal bangkainya. (rawahu al-khamsah). Sunnah qawliyah ini menjelaskan tentang kesucian air laut serta halalnya ikan-ikan yang mati didalamnya walaupun tanpa disembelih.



ii. Sunnah fi’liyah ialah segala perbuatan yang berupa tindakan Rasulullah S.A.W. sebagai rasul. Misalnya perbuatan Rasulullah mengerjakan sembahyang lima waktu dengan menyempurnakan cara-cara, syarat-syarat dan rukun-rukunnya, melakukan ibadah haji, memutuskan sesuatu kes berdasarkan saksi dan pengakuan.



iii. Sunnah taqririyah pula ialah perkataan atau perbuatan sahabat yang dipersetujui oleh Rasulullah melalui perkataannya atau dengan cara Rasulullah mendiamkan diri terhadap sesuatu tindakan atau perbuatan sahabatnya. Persetujuan beliau terhadap sahabat itu dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan olehnya sendiri. Contoh tindakan Rasulullah mempersetujui pendapat atau kenyataan lisan seorang sahabat iaitu Mu’az bin Jabal semasa baginda Rasulullah mengutusnya ke negeri Yaman untuk mengetuai umat Islam di sana. Sebelum Mu’az berangkat ke Yaman Rasulullah terlebih dahulu bertanya kepada Mu’az dengan apakah kamu akan memutuskan masalah umat Islam di Yaman” Mu’az menjawab “dengan al-quran”. Rasulullah mengiakan pandangan Mu’az kemudian Rasulullah bertanya lagi “bagaimana jika kamu tidak menemuinya dalam al-Quran” Mu’az menjawab “saya akan melakukannya dengan berpandukan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah.” Rasulullah membenarkan kata-kata Mu’az itu. Rasulullah bertanya lagi bagaimana jika tidak temui penyelesaiannya dalam al-Quran dan hadith.” Mu’az menjawab “saya akan banding-banding perkara berkenaan dengan apa yang telah ada hukumnya dan menyamakan hukumnya jika didapati keduanya mempunyai persamaan” Rasulullah mengiakan pandangan Mu’az itu. Contoh lain ialah sikap Rasulullah yang memperkenankan hukum seorang “qaif” (pakar) bahawa tapak kaki Usamah daripada tapak kaki Zaid dengan sabdanya: Inna hadhihi al-aqdam ba’duha min ba’d. Rasulullah memperakui bahawa kepakaran boleh dijadikan Hujjah dalam mensabitkan nasab. Ini adalah dua contoh sunnah taqririyah yang berlaku dengan pengakuan Rasulullah secara lisan. Manakala contoh sunnah taqririyah yang mana Rasulullah mendiamkan diri tanpa sebarang teguran kepada tindakan sahabatnya ialah dalam kes Khalid bin al-Walid yang menghidangkan biawak pasir untuk makanan para tetamunya termasuk Rasulullah. Sahabat-sahabat Rasulullah memakannya tetapi Rasulullah sendiri tidak. Namun beliau hanya mendiamkan diri tanpa melarang mereka memakannya.

3. Sebab –sebab Sunnah Perlu diikuti.



Oleh kerana rasulullah adalah manusia contoh dalam melaksanakan segala kehendak syari’at yang diturunkan oleh Allah. Dalam syari’at itu Allah menghendaki manusia supaya menerima apa yang dibawanya dan mengikut apa yang ditunjukkan olehnya. Kerana itu selain al-Quran, sunnah rasul juga perlu diambil untuk kesempurnaan penghayatan syari’at Allah itu. Ulama’ sepakat bahawa sunnah adalah sumber pengambilan hukum syara’ berasaskan dalil daripada al-Quran, sunnah,ijma sahabah dan logik akal:



i. Dalam al-Quran Allah telah memfardhukan ke atas orang-orang yang beriman supaya ta’at kepada nabi dan mengikut jejak langkahnya. Ta’at kepada Rasulullah adalah dikira sebagai ta’at kepada Allah. (al-Nisa’(4): 80) Al-Quran juga menyuruh orang-orang Islam supaya menyelesaikan pertikaian mereka dengan merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya; ( al-Nisa’ (4) : 59) tidak membenarkan orang beriman membuat pilihan terhadap sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. (al-Ahzab(33) : 35).



ii. Dalam hadith Rasulullah juga terdapat banyak pesanan supaya orang Islam berpegang dengan sunnah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitulah kitab Allah dan sunnah nabi Nya; (Malik, t.th : 502) juga sabda Rasulullah yang bermaksud : hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ al-Rashidin. Gigitlah sunnah dengan taring, jauhilah daripada mengada-ngadakan sesuatu, sebab perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat dalam neraka (masuk neraka). ( Rw. Ahmad dll)



iii. Ijma sahabah. Sahabat-sahabat Rasulullah sepakat baik semasa hidup atau selepas wafatnya Rasulullah tentang kewajiban mengikut sunnah. Sepanjang masa hayat Rasulullah, mereka berpegang kepada hukum-hukum yang ditetapkan oleh Rasulullah dan mereka sentiasa mematuhi segala perintah dan larangannya. Mereka memisahkan antara hukum daripada al-Quran dan hukum yang diperolehi daripada hadith dari segi kewajiban mengikutnya dengan mendahulukan al-Quran dalam mencari penyelesaian hukum sebagaimana yang dicontohkan oleh Mu’az bin Jabal.



iv. Logik akal. Allah menyuruh Rasulullah S.A.W menyampaikan risalah-Nya kepada umat manusia. Risalah dari Allah itu terkandung dalam al-Quran. Ia mengandungi beberapa bebanan dan tanggungjawab kepada manusia. Bebanan dan tanggungjawab itu berbentuk umum tidak diperinci dengan jelas baik mengenai cara melaksanakannya ataupun mengenai syarat-syarat dalam melaksanakannya. Misalnya dalam memerintahkan manusia melakukan sembahyang, puasa, zakat dan haji, al-Quran tidak menerangkan bagaimana cara melaksanakannya. Rasulullah menjelaskan keumuman itu dengan sunnah qawlaiyah dan fi’liyahnya. Rasulullah telah dianugerah oleh Allah kewibawaan untuk menjelaskan kehendak al-Quran. Firman Allah bermaksud : kami telah menurunkan kepadamu al-quran agar kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka. (al-Nahl(16) : 44).

Sekiranya sunnah bukan merupakan hujjah bagi kaum muslimin dan
undang-undang yang perlu dipatuhi, sudah tentu mereka tidak akan dapat melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Kerana itu nyatalah bahawa sunnah adalah sumber hukum yang mesti diguna pakai selepas al-Quran.

4. Perbuatan-perbuatan Rasulullah Yang Wajib dan Tidak Wajib Diikut.

Mengenai apakah sesuatu perbuatan Rasulullah itu wajib diikuti oleh orang Islam
atau tidak ianya adalah tertakluk kepada jenis perbuatan Rasulullah itu sendiri.
Perbuatan Rasulullah dapat di pecahkan kepada tiga jenis :

i. Perbuatan yang berupa kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah sebagai seorang manusia seperti berdiri, duduk, makan, minum berbaring, memilih warna pakaian dan sebagainya. Sumber perbuatan ini bukan dari beliau sebagai rasul. Perlakuan jenis ini tidak ada pertikaian dikalangan ahli ilmu tentang keharusannya kepada Rasulullah dan kepada umatnya. Kita tidak wajib mencontohi perbuatan ini. Ini adalah pendapat mejoriti ulama’. Namun ada juga yang berpendapat perbuatan seperti itu sunat diikuti. Antara sahabat Rasulullah yang suka mengikut apa sahaja perbuatan Rasulullah sekalipun perbuatan itu adalah berupa adat kebiasaan.



ii. Perbuatan yang keluar dripada Rasulullah semata-mata sebagai suatu kebijaksanaan dalam masalah keduniaan. Misalnya tindakan Rasulullah ketika menghadapi perang Badar menempatkan tentera Islam di kawasan terdekat dengan perairan Badar. Al-Habab bin Muzir selaku pakar ketenteraan bertanya kepada Rasulullah, apakah tempat penempatan tentera itu suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah sehingga tidak boleh ke hadapan atau ke belakang selangkah pun?. Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategik dan teknik. Jawab Rasulullah : Ianya adalah strategik dan taktik semata-mata. Mendengar jawapan Rasulullah sedemikian al-Habab mencadangkan kepada rasulullah supaya memindahkan penempatan tentera ke kawasan yang lebih sesuai. Oleh kerana penempatan itu suatu ijtihad Rasulullah sendiri sahaja, dimana Baginda kurang arif tentang kawasan itu jika dibandingkan dengan al-Habab yang telah benar-benar memahami liku-liku kawasan berkenaan. Cadangan al-Habab itu diterima oleh Rasulullah dan dipindahkanlah pasukan tentera Islam ke tempat yang dicadangkan oleh al-Habab itu. (al-Mubarakfuri, 2000 : 354) Contoh lain perbuatan Rasulullah yang tidak mesti diikuti kerana tidak mempunyai kesan keagamaan selain dari kesan keduniaan semata-mata ialah peristiwa larangan yang dikenakan oleh Rasulullah kepada penduduk Madinah daripada melakukan pendebungan terhadap tanaman kurma mereka. Setelah mereka menghentikannya didapati hasil pengeluaran mereka amat merosot. Mengetahui hal itu Rasulullah bersabda kepada mereka dengan katanya:
Teruskan melakukan pendebungan lagi. Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu. (Mukhtar Yahya dan Fatchur Rahman, 1986: 57-58)



iii. Perbuatan Rasulullah itu thabit dan khusus untuk dirinya sendiri seperti
keharusan berpuasa wisal, kewajiban sembahyang duha, qurban, withir, tahajjud, keharusan nikah lebih dari empat orang dan keharusan mengahwini wanita tanpa mahar. Perkara-perkara ini hanya khusus untuk Rasul Allah dan tidak boleh diikut oleh umatnya, (Zuhayli :478)



iv. Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah kerana di syari’atkan
sedemikian. Perbuatan-perbuatan itu wajib dicontohi atau diikuti. Cuma sifat syar’iyah yang ada pada perbuatan itu berbeza-beza dari segi wajib, sunat atau harus. Penentuan sifat-sifat ini dapat dikenal pasti melalui kriteria berikut (Ibid. hal. 479-480)

a. Jika perbuatan Rasulullah itu bertujuan menjelaskan yang mujmal,
mentaqyidkan yang mutlaq atau mentakhsiskan yang umum, maka hukumnya adalah sama seperti perkara yang dijelaskan itu dari segi wajib atau sunat. Penjelasan Rasulullah itu ada kalanya dilakukan dengan disertakan dengan perkataan sekali seperti sabda Rasulullah yang bermaksud : Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersembahyang dan ambillah daripada aku haji kamu. Adakalanya perbuatan Rasulullah tidak disertakan dengan hadith qawliyah seperti memotong tangan pencuri dipergelangan sebagai penjelasan kepada ayat al-Quran yang menghendaki tangan pencuri dipotong. Demikian juga dengan tayammum yang dilakukan oleh Rasulullah hingga ke siku sebagai penjelasan kepada firman Allah yang bermaksud: Maka sapulah muka dan tangan kamu. (al-Maidah(5):6) Dalam perkara ini perbuatan Rasulullah yang berfungsi sebagai penjelasan kepada ayat-ayat al-Quran itu hukumnya adalah sama seperti hukum yang dibawa oleh ayat al-Quran itu sendiri. Jika ayat al-Quran itu membawa perintah yang wajib, maka penjelasan Rasulullah itu wajib diikut.

b. Jika tidak nyata kedudukan perbuatan Rasulullah itu sebagai penjelas
kepada mana-mana ayat al-Quran, sebaliknya dia berlaku dalam bentuk ibtida’ (permulaan). Perkara ini tertakluk kepada sama ada diketahui atau tidak sifat shar’iyahnya. Jika diketahui sama ada wajib , sunat atau harus, maka umat islam yang ikut melakukan perbuatan itu sama hukumnya seperti perbuatan Rasulullah itu sendiri. Menurut al-Shawkani pendapat ini adalah benar kerana ia ada dalil daripada al-Quran dan perbuatan sahabat mengenainya. Firman Allah bermaksud:



Apa yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang oleh Rasulullah hendaklah kamu hindari. (al-Hasr (59) :7) Sahabat-sahabat juga merujuk kepada Rasulullah sebagai hujjah dan ikutan dalam banyak kes antaranya perbuatan Umar bin al-Khattab mengucup Hajar al-Aswad dan berkata: “jika tidak kerana aku melihat Rasul Allah mengucup kamu aku tidak akan mengucup kamu” (al-Syawkani, 5:.40)
Jika tidak diketahui sifat perbuatan Rasulullah itu dari segi kesyari’atanya,
Maka perlu diperhatikan kepada kedudkan perbuatan berkenaan :
(al-Zuhayli :480)

a. Jika ternyata perbuatan itu bermaksud taqarrub kepada Allah seperti
sembahyang dua raka’at tanpa dilakukan secara muwazabah (berterusan), maka menunjukkan ianya adalah sunat kerana dengan ternyatanya maksud taqarrub adalah menjadi dalil kepada bahawa perbuatan itu adalah dituntut.

b. Jika tidak ternyata adanya maksud taqarrub dalam perbuatan itu seperti berjual beli dan muzaraa’ah. Dalam perkara ini al-Imam Malik berpendapat ianya adalah harus. Manakala al-Shaf’I berpendapat bahawa perbuatan itu menunjukkan kepada sunat, kerana sesuatu perbuatan Rasulullah itu sekalipun tidak ternyata adanya maksud taqarrub kepada Allah ia tetap dianggap sebagai taqarrub. Paling rendah darjat taqarrub ialah sunat.

5. Kedudukan Sunnah Di Samping al-Quran.

Sumber paling utama bagi agama Islam ialah al-Quran dan hadith. Al-Quran adalah firman Allah untuk semua orang Islam. Ayat-ayat Quran diturunkan kepada rasulullah sebagai mana ayat itu dibaca sekarang. Walaupun al-Quran memberi panduan utama kehidupan kepada orang Islam, namun banyak perkara yang memerlukan panduan kearah kehidupan yang praktis, tetapi tidak disebut dalam al-Quran. Dalam kes ini apa yang jelas patut diikut ialah sunnah Rasulullah. Ini bererti sunnah amat penting dan berkedudukan pada tempat kedua selepas al-Quran sebagai panduan hidup manusia muslim. Ulama’ Usul Fiqh membahagikan peranan sunnah disamping al-Quran kepada empat jenis.



i. menguatkan hukum sesuatu peristiwa yang telah ditetapkan hukumnya oleh al-Quran. Dengan demikian hukum peristiwa tersebut ditentukan oleh sumber iaitu al-Quran sebagai sumber menetapkan hukumnya dan al-Sunnah sebagai penguatnya. Misalnya sembahyang dan zakat yang telah ditetapkan kefardhuan dalam al-Quran dikuatkan lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya ketika berdialog dengan malaikat. Bermaksud : Malaikat Jibril bertanya “Hai Muhammad terang padaku tentang Islam!” jawab Muhammad “ Islam itu ialah persaksianmu bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mambayar zakat, mengerjakan haji ke Baitullah bila kamu mampu melaksanakan perjalanan ke tempat itu.” ( Hadith riwayat Muslim ) Contoh lain ialah pengharaman menyekutukan Allah, menyakiti hati kedua orang tua dan bersaksi palsu, dimana semua hukum perkara ini telah ditentukan oleh al-Quran. Kemudian larangan-larangan itu dikuatkan lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud. “Perhatikanlah ! saya akan menerangkan kepada kamu sebesar-besar dosa “diucapkan tiga kali” baiklah hai Rasulullah,” sahut kami semua. “Mempersekutukan Allah, mendurhakai kedua ibu-bapa. Rasulullah pada ketika itu sedang bersandar, lalu duduk dan bersabda: ingat, perkataan dan persaksian palsu. Rasulullah mengulang-ulanginya sampai kami meminta semoga beliau diam.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

ii. Memberi penjelasan kepada ayat-ayat al-Quran. Dalam memberikan penjelasan ke atas ayat-ayat al-Quran oleh hadith ini didapati ada tiga bahagian yang berkaitan dengannya.

a. Memberi perincian ke atas ayat-ayat yang mujmal.

 Misalnya ayat mengenai perintah sembahyang dalam al-Quran yang bermaksud : Maka dirikan S.A.W. sesungguhnya sembahyang itu bagi orang mu’min adalah kewajiban yang sudah ditentukan waktunya. (al-Nisa’(4):103). Ayat ini tidak terperinci, masih mujmal. Kemudian Rasulullah S.A.W. menerangkan waktu-waktu sembahyang, jumlah raka’atnya, syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan melakukan perbuatan sembahyang dan seterusnya meminta umat Islam melakukan sembahyang sepertimana yang dilakukan olehnya. Demikian juga dengan zakat dan haji, ayat-ayat al-Quran mengenainya juga adalah Mujmal. Ia diperincikan oleh hadith dengan menjelaskan jenis harta yang dikenakan zakat dan kadarnya dan menjelaskan cara-cara melakukan ibadah haji.



b. Membatasi kemutlakan al-Quran.

Misalnya al-Quran membolehkan kepada orang yang meninggal dunia membuat wasiat ke atas harta miliknya tanpa ada batasan maksimumnya, dalam firman Allah bermaksud : sesudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau sesudah membayarkan hutangnya. (al-Nisa’(4) :12) Di dalam hadithnya Rasulullah membataskan kadar maksima wasiat kepada 1/3 sahaja.



c. Mengkhususkan yang umum.

 Misalnya Firman Allah berkenaan dengan pengharaman memakan bangkai binatang dan darah dalam ayat al-Quran yang bermaksud : Diharamkan bagi kamu memakan bangkai, darah dan daging babi. (al-Maidah (5) : 3). Kemudian Rasulullah mengkhususkannya dengan memberikan pengecualian kepada bangkai ikan, belalang, hati dan limpa dalam sabdanya yang bermaksud : Dihalalkan bagi kita dua macam bangkai dan dua macam darah. Dua bangkai itu ialah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua darah itu ialah hati dan limpa. ( Riwayat Ibn Majah dan Hakim)

iii. Sunnah Menjelaskan Tentang Nasikh dan Mansukhnya Ayat-ayat al-Quran .
Pemansukhan sesuatu ayat al-Quran yang lain dapat diketahui melalui
sunnah. Misalnya ayat al-Quran berkenaan dengan wasiat kepada dua ibu bapa
dan qarabah iaitu dalam firman Allah yang bermaksud : Di wajibkan ke atas
kamu apabila mati tiba kepada salah seorang dari kamu, jika dia meninggalkan
harta yang banyak supaya dia berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum
kerabat yang lebih hampir dengan baik sebagai suatu hak ke atas orang yang
bertakwa. ( al-Baqarah (2): 180 ) adalah dimansuhkan dengan ayat-ayat
perwarisan. Al-Imam Shafi’I hanya menerima pemansuhan ayat al-Quran oleh
ayat al-Quran juga, tidak boleh berkalu pemansuhan al-Quran oleh hadith.
Tetapi mejoriti fuqaha’ termasuk al-Baydawi dan al-Asnawi daripada mazhab
Shafi’I memperakui bahawa ada juga berlaku pemansuhan al-Quran oleh hadith
seperti hadith yang bermaksud : tiada wasiat kepada ahli waris.
( Malik bin Anas: 418)
Hadith ini memansuhkan ayat mengenai wasiat kepada ahli waris.

iv. Mewujudkan hukum baru yang tidak terdapat dalam al-Quran. Maka jadilah hukum itu thabit dengan sunnah. Misalnya Rasulullah menetapkan haramnya binatang buas yang bertaring kuat dan burung yang berkuku kuat seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : Rasulullah S.A.W. melarang memakan binatang yang bertaring dari golongan binatang buas dan setiap yang berkuku kuat dari kalangan burung ( Hadith riwayat Muslim ). Rasulullah juga mengharamkan lelaki mengahwini wanita yang sepersusuan, kerana ianya sama dengan mengahwini wanita yang sama keturunan (nasab). Sabda Rasulullah bermaksud : Sesungguhnya Allah mengharamkan mengahwini wanita sepersusuan, sebagaimana Allah mengharamkan mengahwini wanita kerana nasab. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ). Misal yang lain seperti hadith yang mengenakan hukuman rejam kepada penzina muhsan dan pengharaman memakai sutera ke atas orang lelaki. Demikian juga dengan zakat fitrah, pengharaman memakan daging himar ahli dan pembebasan tawanan.



6. Kesimpulan

Rasulullah S.A.W adalah orang yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan syari’atnya kepada manusia. Syari’at menghendaki manusia melakukan perkara-perkara tertentu yang berupa ibadah kepada Allah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan sesama manusia. Oleh kerana al-Quran yang merupakan kitab di mana termaktubnya syari’at berkenaan menyentuh berbagai aspek untuk menjadi panduan manusia. Tetapi kebanyakkan wujud dalam bentuk yang umum tidak terperinci. Disinilah peranan sunnah menjadi perlu untuk memperjelaskan apa yang dikehendaki oleh al-Quran kepada manusia. Manusia wajib mengikut Rasulullah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid, ibadah dan akhlak. Rasulullah menyeluruh dalam berbagai perkara. Ada yang bersumberkan syari’ah dan ada yang bersumberkan kepada kebiasaan atau ‘adat. Rasulullah S.A.W. adalah orang Arab, dalam beberapa hal beliau terikat dengan ‘adat Arab dalam kehidupan hariannya, maka kerana itu sunnah dapat dibahagikan kepada dua iaitu sunnah syri’iyah dan sunnah ‘urfiyah. Sunnah syri’iyah adalah suatu yang dikehendaki supaya diikut oleh umat Islam. Dari segi hukumnya sama ada wajib, sunat, haram atau makruh bergantung kepada kehendak tasyri’ itu sendiri. Manakala sunnah ‘urfiyah adalah sunnah yang boleh dipilih oleh umat Islam sama ada mahu mengikutnya atau tidak. Dalam pada itu ada juga dikalangan para sahabat yang berterusan mengamalkan sunnah rasulullah sekalipun sunnah itu bersumberkan ‘adat (sunnah urfiyah ) namun mencemuh sunnah ‘urfiyah sama ertinya dengan mencemuh Rasulullah.


 

Kedudukan dan keistimewaan manusia



Kedudukan dan Keistimewaan Manusia
 
 

Manusia mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan makhluk yang lain seperti malaikat, jin,dan haiwan.

Antara kelebihan tersebut ialah:

(i) Kesempurnaan kejadian manusia - unsur jasmani dan rohani
Allah S.W.T. yang mencipta manusia, maka Dialah yang mengetahui asal kejadiannya, kelemahan dan kekurangannya, tugas dan kedudukannya serta matlamat dari kewujudan dan falsafah hidupnya. Bagi memikul tugas yang berat di bumi ini, Allah S.W.T. telah menjadikan manusia sebaik-baik dan seindah-indah kejadian yang mengandungi kedua-dua unsur; unsur kebendaan dan kerohanian (surah at-Tin: 4).
Kesempurnaan dan keindahan manusia dapat dilihat dari bentuk dan susunan anggotanya yang amat sesuai untuk berfungsi, di samping itu manusia juga dikurniakan sifat-sifat rohani seperti akal, hati dan jiwa. Kombinasi dari sifat tabii dan rohani yang ada pada manusia akan melahirkan sifat-sifat, sikap, geraklaku dan amalan yang positif dan bernilai.

(ii) Akal Fikiran

Satu keistimewaan yang besar dan amat berharga yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia ialah akal fikiran. Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan akal, peranan dan kewibawaannya di dalam kehidupan manusia, bahkan harus diakui bahawa akal itu bukan sahaja sebagai kurniaan daripada Allah yang teragung kepada manusia tetapi Allah menjadikan akal itu sebagai dasar utama bagi manusia untuk menerima tanggungjawab (taklif) serta menjadi alat dan petunjuk kebenaran. Begitu juga dengan masalah-masalah lain yang ada hubungkait dengan kehidupan manusia,ilmu pengetahuan, penyelidikan dan penilaian, akal menjadi asas untuk merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti dengan betul dan berkesan.
Kemampuan untuk menggunakan akal fikiran dengan baik tidak ada pada makhluk yang lain. Oleh itu manusia mestilah menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Kesimpulannya, akal secara fitrahnya sentiasa memandu manusia kepada kebenaran dan kebaikan, namun begitu ia hendaklah dipandu oleh wahyu kerana tabiat semulajadi akal boleh berubah dan dipengaruhi oleh unsur-unsur yang lain.

(iii) Ilmu Pengetahuan

Firman Allah SWT Bermaksud:
"Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar"
(Surah al-Baqarah: 31)

Dari maksud ayat tersebut, ianya mendedahkan bahawa rahsia pemilihan jawatan khalifah kepada Nabi Adam A.S. dan keistimewaan yang berhak manusia menerima pemilihan tersebut ialah rahsia ilmu. Yang dimaksudkan dengan nama-nama dalam ayat tersebut ialah ilmu. Kerana setiap nama pasti ada benda / sesuatu yang dinamakan dan untuk memberi nama pada sesuatu itu ialah setelah diketahui tentang sifat dan tabiatnya. Kalimah ilmu di sini ialah ilmu tentang alam tabii dan ilmu tentang alam ghaib (metafisik). Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara melalui pencarian/menuntut ilmu. Menerusi pemilikan ilmu pengetahuan sama ada ilmu Fardu Ain mahupun Fardu kifayah akan melahirkan manusia yang beriman, berakhlak mulia dan mampu memakmurkan bumi sebagai "khalifah fil ard".

(iv) Kemudahan alam
Selain dari Allah mencipta alam seperti langit, bumi, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain untuk menjadi tanda kewujudan dan lain-lain untuk menjadi tanda kewujudan dan kebesaran-Nya, allah juga menjadikan semuanya itu untuk kepentingan dan kemudahan manusia.
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit kemudian mengeluarkan dari air hujan itu berbagai buah-buahan, menjadi rezeki kamu dan Dia menyediakan bahtera bagi kamu supaya bahtera belayar di lautan dengan kehendak-Nya dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai (semuanya untuk kepentingan manusia)”. (Surah Ibrahim: 32)

Jelasnya, semua makhluk yang terdapat di darat, di laut dan di langit pada umumnya adalah dijadikan oleh Allah untuk kemudahan dan kepentingan manusia, sebagai bahan bagi mewujudkan pembangunan dan tamadun di bumi. Penggunaan ini akan bermanfaat selama ianya digunakan mengikut norma-norma yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

(v) Rasul - pembimbing manusia

(vi) kitab - panduan hidup