click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Tuesday 22 October 2013

Persediaan menghadapi peperiksaan


Persediaan menghadapi peperiksaan.

 

      Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan inayahnya dapat bersama-sama kita menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Inn sya allah di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips berkaitan persediaan menghadapi peperiksaan.
 
Persediaan yang dilakukan secara berterusan dengan doa dan harapan kepada Allah akan menghasilkan natijah yang baik. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika hampir peperiksaan. Antaranya:

1. Mohon ketenangan

   Semakin hampir peperiksaan, perasaan semakin tertekan, emosi menjadi tidak stabil. Fikiran serabut. Banyak perkara yang perlu difahami bersungguh-sungguh. Segalanya serba tak kena. Bersabarlah dan bawa bertenang. Ingatlah Allah. Bacalah doa ini berulangkali sehingga Allah mencampakkan ketenangan dalam hati.

لاَ حوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
 
2. Perbanyakkan salawat dan membaca yasin
 
     Saat-saat begini kita teramat mengharapkan rahmat dan pertolongan dari Allah. Bacalah apa jua salawat dengan niat untuk memuliakan Rasulullah seperti:
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
3. Solat taubat
 
    Lakukanlah solat taubat dan mohonlah keampunan dari Allah. Ditakuti dosa-dosa  yang kita lakukan akan menghalang daripada sampainya sampainya rahmat dan pertolongan Allah kepada kita. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha dan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
 
a) Tinggalkan maksiat yang dilakukan
b) Menyesal diatas perlakuan maksiat yang dilakukan
c) Berazam tidak akan mengulangi lagi maksiat tersebut
 
4. Solat hajat
 
     Setelah bertaubat dan bersih diri, Lakukanlah solat hajat. Inilah bentuk munajat seorang hamba kepada penciptanya. Tiada yang lebih di harapkan kecuali kepadanya. Apabila meminta, maka kepadanya dimohon segala permintaan.
 
5. Mohon doa ayah ibu
 
     Doa mereka amat dimakbulkan oleh Allah kerana doa mereka amat suci dan ikhlas. Selain itu mohonlah keredaan dan keampunan daripada mereka. Di takuti kemurkaan mereka akan menghalang sampainya rahmat dan pertolongan Allah kepada kita.
 
6. Mohon restu guru
 
     Jumpalah guru, mohon mereka mendoakan kejayaan yang cemerlang. Mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Doakan keampunan tuhan kepada guru-guru. Moga mendapat ilmu yang berkat.
 
7. Jaga kesihatan
 
    Jangan belajar sampai menjejaskan kesihatan. Badan yang tidak sihat akan mengganggu ketika menduduki peperiksaan. Oleh itu, teruskan bersenam, tetapi bersenam dengan ringan. Jangan bersenam yang berat . Memadai dengan senaman ringan yang boleh melegakan otot. Bersenamlah kerana otak yang baik berada pada badan yang sihat. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kerana kecederaan memberi kesan yang besar terhadap peperiksaan.
 
  
Itu sahajalah tips yang dapat saya kongsikan. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan. Semoga hasil usaha kita memperoleh kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Selamat menduduki peperiksaan ^_^
 
 
 

No comments:

Post a Comment