click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Tuesday 12 November 2013

Duduk seperti kucing, lompat seperti harimau




Kucing adalah binatang peliharaan yang jinak. Duduk seekor kucing ialah bertertib dan penuh sopan. Manakala harimau pula dikategorikan sebagai binatang liar yang tangkas dan garang.

Maksud pepatah duduk seperti kucing, Melompat seperti harimau ialah seorang yang pendiam tetapi pantas dan tangkas dalam melakukan pekerjaan.

  Seorang pelajar harus mempunyai sikap-sikap berikut bagi menjamin kejayaannya:-

1. Memberi penumpuan semasa dalam kelas
2. Diam dalam kelas kecuali bertanya dan berbincang
3. Membuat kerja sekolah
4. Cuba memahami istilah-istilah baharu
5. Mengingati, memahami dan menghafal perkara-perkara yang perlu
6. perlu banyak berfikir.

Sifat peramah dan suka menolong orang  dapat menjadikan seorang pelajar itu dihormati dan disanjungi. Sifat seperti ini memudahkan seseorang pelajar itu untuk berinteraksi serta mendapat maklumat untuk kemajuan dirinya sendiri.

Rumusan:
   Tidak ada gunanya kita menunjukkan kehebatan yang ada dalam diri kita. Hakikatnya, kita mempunyai ilmu yang sedikit sahaja. Kita tidak aka rugi sekiranya kita merendah diri. Dalam kebanyakan situasi, diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

     Seseorang yang berilmu mempunyai sikap yang terpuji iaiti rendah diri. Dia berusaha untuk menjauhi sifat bangga diri dan riak dengan ilmu dan kehebatan yang dikehendaki.

Ayat 63 surah al-Furqan
Mari kita sama-sama tadabbur ayat al Quran berikut :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا و إذا خاطبهم الجهلون قالوا سلما ( 63 )

سورة الفرقان

Dan hamba-hamba ( Allah ) ar Rahman , ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

Kesimpulannya:
      Akhlak ialah cermin bagi diri seseorang. Usaha dengan gigih untuk menjadi anak yang sangat membanggakan ibu dan ayah serta gigihkan usaha dengan penuh keazaman untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Hiasi diri dengan akhlak yang indah seperti rendah diri, hormat menghormati, menghargai dan sebagainya, Nescaya kita akan dikasihi manusia dan diredai Allah S.W.T.