click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Monday 28 October 2013

Punca individu melakukan maksiat menurut Imam al-Ghazali




Setiap hamba Allah S.W.T yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas dari melakukan dosa sama ada kecil mahupun besar. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah dan mudah tunduk kepada hawa nafsu. Tetapi ini bukanlah alasan kerana orang yang beriman kepada Allah S.W.T akan patuh dan taat kepada perintahnya serta akan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada tuntutan hawa nafsu yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Imam al-Ghazali mengatakan bahawa dosa itu berlaku kerana dorongan pleh empat perkara:-

(a) Sifat Rububiyah ( sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil sifat-sifat tuhan untuk dipakai pada dirinya seperti takbur, suka disanjung dan dipuji. Sifat ini hanya layak bagi Allah S.W.T.

(b) Sifat Syaitaniyah ( sifat syaitan) iaitu apabila seseorang itu ada sifat-sifat hasad dengki, tipu helah, aniaya dan lain-lain kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan menyesatkan.

(c) Sifat Bahimiah (sifat kebinatangan) seperti tamak haloba, memakan harta anak yatim, mencari harta kekayaan semata-mata untuk memuaskan nafsu buas dan lain-lain.

(d) Sifat-sifat Subu'iyah (sifat kebuasan) seperti marah, dendam, mencaci orang, memukul, membunuh, memusnahkan harta benda dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment