click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Sunday 10 November 2013

Apakah motif sebenar Rasulullah s.a.w berpoligami??



Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kita merasa nikmat yang diberikan didunia..selawat dan salam kehadrat junjungan besar nabi Muhammad SAW..In syaa allah hari ini saya ingin kongsikan beberapa motif poligami Rasulullah s.a.w.

1) Al-hikmah al-Ta'limiyah (hikmah bersifat pengajaran). Oleh kerana kaum wanita merupakan sebahagian daripada masyarakat, Rasulullah memerlukan kaum wanita untuk berperanan sebagai guru pendidik dalam bidang syariah yang khusus kepada kaum wanita terutama sekali dalam masalah yang berkaitan dengan Fiqh al-Nisa' (fiqh dalam perihal masalah kaum wanita). Lantaran itu, isteri-isterinya Aisyah dan Ummu Salamah lebih berperanan sebagai perawi hadis dalam merungkai permasalahan hukum syarak khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita seperti haid,nifas,janabah,urusan perkahwinan dan lain-lain lagi.

2) Al-hikmah al-Tasyri'iyah (hikmah perundangan syarak). Ini bererti Rasulullah berpoligami kerana menghormati peruntukan quota yang diperuntukan oleh syariat Allah Taala ke atas diri beliau. Malah sebelum Muhammad dilantik sebagai Rasul, masyarakat Arab dan umat terdahulu sudah biasa dengan kehidupan berpoligami. Selain ituia juga merupakan satu contoh langkah yang baik untuk mengawal nafsu syahwat bagi umat islam daripada terjerumus ke lembah penzinaan.

3) Al-hikmah al-Ijtimaiyah (hikmah kemasyarakatan). Kemasyarakatan yang dimaksudkan ialah menjalin silatulrahim sesama masyarakat terutama sekali hubungan rapat sesama para sahabat beliau. Lantaran itu, Rasulullah mengahwini anak perempuan sahabatnya, Abu bakar al-siddiq (Aisyah). Kemudian disusuli pula pernikahannya dengan nak perempuan Umar al-Khattab (Hafsah). Pertalian yang wujud hasil daripada semua perkahwinan ini mampu mengeratkan hubungan sesama mereka yang berperanan penting dalam penyebaran agama islam di peringkat permulaan. Kebanyakan wanita-wanita yang kahwini beliau adalah  janda demi menjaga kebajikan mereka yang telah ketiadaan suami kecuali Siti Aisyah r.a yang dikahwini semasa dia berusia 6 tahun.

4) Al-hikmah al-Siyasiyah (hikmah politik). Perkahwinan Rasulullah juga bermotifkan politik demi untuk kebaikan sejagat. Lantaran ini, beliau mengahwini Juwairiah binti al-Harith, anak perempuan ketua Bani Mustolaq dan juga seorang wanita berbangsa Yahudi, Sofia binti Huyyai, anak perempuan ketua Bani Nadhir. Begitu juga perkahwinan beliau dengan Ummu Habibah (Ramlah binti Abu Sufian), iaitu anak perempuan salah seorang tokoh politik berpengaruh di kota Mekah pada masa itu dan Mariah al-Qibtiyah( berbangsa Qibti dari Mesir)

No comments:

Post a Comment