click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Friday 8 November 2013

Implikasi perpecahan akibat tidak berpegang dengan tali Allah




Sekiranya manusia tidak berpegang dengan tali Allah S.W.T iaitu agama islam, maka ianya akan membawa kepada keburukan dan kemusnahan yang besar dalam hidup mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Antara implikasi yang akan berlaku ialah :-

(a) Membawa kepada pemisahan diri manusia itu dengan agama Allah S.W.T. dan terpisah dengan landasan syariat islam sekaligus menjauhkan diri mereka dari mendapat rahmat Allah S.W.T di dunia mahupun di akhirat.Mereka ini juga boleh juga di anggap sebagai pencetus kepada kemurkaan Allah S.W.T.

(b) Wujudnya perselisihan faham di kalangan manusia kerana tidak mempunyai asas pegangan agama yang kukuh dalam diri. Hidup mereka dipenuhu dengan kemungkaran dan kadang-kadang boleh membawa kepada pergaduhan akibat tidak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

(c) Terjadinya permusuhan akibat tiada lagi nilai kasih sayang dalam diri. Permusuhan yang berlarutan boleh mengakibatkan perpecahan tanpa disedari semua ini membawa keburukan kepada mereka. Mereka yang kurang didikan agama pula terus terjerumus ke kancah kehinaan yang berpanjangan.

(d) Kemungkaran bermaharajalela di muka bumi tanpa mereka sedar semua itu tidak membawa keuntungan atau kesenangan dalam hidup mereka. Mereka sewenang-wenangnya melakukan kemungkaran tanpa memikirkan erti dosa dan pahala yang bakal mereka dapat di akhirat kelak. Sememangnya mereka ini tergolong dalan golongan yang rugi.

(e) Selain itu mereka juga tidak mendapat redha Allah S.W.T. Azab yang diterima oleh golongan tersebut amatlah pedih dan berat sekali yang tidak terdaya mereka pikul mahupun galas yang mana balasan itu akan ditimpa keatas diri mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya mereka bertaubat nescaya Allah S.W.T. akan mengampunkan dosa-dosa mereka tetapi jika sebaliknya maka azab Allah S.W.T. yang akan menunggu mereka.

No comments:

Post a Comment