Peranan pemerintah terhadap rakyat menurut islam
Pemerintah
atau ketua negara memainkan peranan
penting dalam urusan pentadbiran Negara . terdapat banyak ayat-ayat al-Quran
yang menyebut tentang pemerintah seperti khalifah , sultan dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Sad ayat 26 :
Wahai Daud,
sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum
di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahikan kepadamu)
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan
menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan
Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka
melupakan (jalan Allah) itu.
Pemerintah
mempunyai peranan atau tugas penting dalam mentadbir negara. Kewajipan dan
tugas-tugas penting pemimpin atau pemerintah adalah mewujudkan negara
sebagaimana yang dijelaskan sejumlah besar ulama dan pemikir islam yang
berkisar kepada dua perkara iaitu agama dan dunia sebagaimana yang dikatakan
al-Mawardi “melindung agama dan mengatur dunia dengan agama”. Ibnu khaldun
mendefinisikan “al-khalifah” sebagai menggantikan pemilik hukum (allah s.w.t)
dalam melindungi agama dan mengatur dunia dengannya.
Antara adap pemerintah dalam sesebuah negara terhadap rakyat
ialah:
a)
Menunaikan hukum-hukum
Allah S.W.T dan syariat-syariatnya dengan menegakkan keadilan dan mencegah
kezaliman, menghukum orang yang membuat kejahatan serta melanggar hak-hak Allah
s.w.t dan menusia, menjamin hak-hak
orang miskin dan sebagainya.
b)
Berlaku adil terhadap rakyatnya yang
diperintah. Berlaku adil terhadap semuanya. Pemerintah juga hendaklah menjauhi
segala perbuatan keji seperli menyeleweng penggunaan kuasa, rasuah dan
sebagainya . pemerintah hendaklah adik apabila meletakkan sesuatu hukum dan jangan
berlaku zalim.
c)
Menbersihkan negara atau
menjauhi sifat-sifat keji seperti riba,rasuah dan sebagainya dan memastikan
masyarakat sentiasa terpelihara daripada perbuatan tersebut. Pemimpin hendaklah
bersifa tegas sekiranya berlaku perkara-perkara keji dan menghukum dengan adil
dan menbuat keputusan dengan betul.
d)
Membangunkan negara dengan
menyediakan kehidupan yang selesa kepada rakyat jelata. Ini termasuklah
penbangunan ekonomi,infrastruktur dan sebagainya.
e)
Merupakan tanggunjawab
pemerintah untuk menjamin tersedianya keperluan-keperluan dasar kehidupan
seperti makanan,pakaian,perumahan,hospital,sekolah,pendidikan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment