Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Monday, 11 November 2013
Wanita dan kerjaya
Jika dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai 'kerja dan jaya'. Jika kaum adam empunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu juga kaum hawa, mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan dan tugas yang perlu dilakukan.
Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang ditentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar'ie, tetapi secara amnya, Islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syarak telah memberi peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Antaranya:-
i. Kebanyakan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan.
ii. Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan. Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan.
iii. Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.
Saturday, 26 October 2013
CABARAN-CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
cabaran yang
menjadi penghalang dalam pembentukan akhlak ini terdiri daripada cabaran
dalaman dan luaran.
Cabaran
dalaman iaitu melalui serangan pemikiran seperti apa yang telah dilakukan oleh
orang Barat dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan mengakatakan bahawa
tidak ada agama yang berperanan dalam memperbaiki atau mengubah tamadun.
Manakala melalui syaitan dan hawa nafsu pula ialah hasutan atau godaan daripada
syaitan yang menghalang manusia untuk membentuk akhlak yang mulia dengan
menghasut untuk melakukan sebarang bentuk kejahatan. Akhir sekali, lemahnya
jiwa merupakan cabaran yang paling besar kerana apabila manusia dilanda
kelemahan iman, ia akan mudah terjerumus ke dalam konteks dosa dan melakukan perkara-perkara
keji.
Cabaran luaran
seperti perancangan penjajah dan salibiah dalam menjatuhkan umat Islam dengan
hanya meletakkan segelas arak dengan wanita cantik cukup untuk melalaikan umat
Islam. Manakala, adat meletakkan mas kahwin yang tinggi iaitu tidak mengikut
cara Nabi telah menyukarkan kembali pihak lelaki dan akibatnya berlakulah
perkara-perkara yang tidak diingini seperti penzinaan.
PENYELESAIAN
TERHADAP CABARAN-CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
Jika seseorang itu
beriman, ia dapat memahami siapa penciptanya, tujuan dan peranan ia diciptakan,
serta ke mana ia akan pergi. Kepentingan mengenali semua ini adalah untuk
memahami tujuan peranan penciptaannya, justeru ia akan tahu menilai dirinya dan
menjadikan potensi dirinya untuk melakukan kebaikan bukan kepada dirinya sahaja
tetapi terhadap orang lain juga.
Manakala, ibadat
pula menjadi banteng pertahanan untuk menangkis godaan syaitan serta hawa
nafsu. Ibadah yang sempurna lahir dari iman yang mantap kepada Allah S. W. T.
Akhir sekali, ibu
bapa adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak. Anak adalah
amanah Allah yang perlu dipikul oleh ibu bapa. Oleh itu, bimbingan dan didikan
agama perlu diberikan agar anak-anak dapt menjadi seorang insan yang berjaya
dari segi akhlaknya
Subscribe to:
Posts (Atom)

