Islam sebagai Al-Din
DEFINASI ISLAM
·
Islam bukan
ciptaan manusia. Namanya diberikan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam
Surah Ali-Imran ayat 19, ayat 85, Surah al-Maidah ayat 3, Surah al-Taubah ayat
33 dll.
·
Dari Sudut
Bahasa:
Bahasa
Arab : Salima – aslama – yuslimu
o
ASLAMA
iaitu memelihara dalam keadaan selamat sentosa.
o
YUSLIMA
iaitu menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu.
Firman
Allah SWT (al-Baqarah : 131):
“Ketika
Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku
telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini”
Dari Sudut Istilah/Syara’ :
·
Islam
bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan penuh kesedaran dan
kerelaan tanpa paksaan.
·
Islam
adalah peraturan hidup [way of life], peraturan yang bersifat integral, menjadi
dasar kepada akhlak mulia, disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh
manusia. Peraturan
hidup ini sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran [yang dihayati oleh
baginda SAW].
·
Islam
sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW apabila ditanya oleh
Jibril, iaitu:
“Kau
mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasulullah,
mendirikan solat, mengeluar- kan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan berhaji
ke Baitul’Lah jika engkau berkuasa”.
o
Dalam hadis
ini Rasulullah SAW telah menerangkan dasar/asas penting Islam iaitu :
§ SISTEM KEROHANIAN (Aqidah – kepercayaan) yang terbit
dalam bentuk ucapan syahadah.
§ Di atas sistem Kerohanian terbina SISTEM PERUNDANGAN
yang luas skopnya: individu dan masyarakat.
§ Berasaskan sistem Kerohanian dan sistem Perundangan
yang mantap lahir SISTEM AKHLAK yang menyeluruh sifatnya.
Pelaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak
lahirlah IBADAH dalam bentuk yang menyeluruh.
“Tidak Aku
jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengibadikan (beribadah) kepada-Ku”
(Az-Zariyat:
56)
KESIMPULAN
·
Islam
adalah sistem hidup yang lengkap diwahyu oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya
Muhammad SAW untuk manusia sejagat.
·
Sebagai
sistem dari Allah SWT, ia mengatur hubungan:
o
Manusia
dengan Allah SWT
o
Manusia
dengan makhluk
MAKSUD AD-DIN
·
“Din”
(nakirah) bererti pasrah, tunduk, patuh, menyerah, perhitungan dan lain-lain.
·
“Ad-Din”
(makrifah) bererti cara hidup yang ditetapkan oleh Allah SWT.
·
“Din” juga
diertikan sebagai agama atau religion.
·
Agama
pelbagai:
o
Agama Palsu
o
Agama Benar
(Dinulhaq).
·
? : Apakah maksud agama yang difahami oleh Melayu
Muslim
·
Istilah
“din” dalam al-Quran menggambar-kan seluruh aspek hidup manusia. Ia terdiri
daripada empat bahagian utama:
i.
Kekuasaan
yang Maha Mutlak (Allah SWT).
ii.
Penyerahan
diri lahir dan batin kepada Allah SWT.
iii.
Iman dan
amalan di bawah pengawasan Allah SWT.
iv.
Ganjaran:
dosa atau pahala dari Yang Maha Berkuasa.
·
Keempat-empat
bahagian tersebut sesuai dengan istilah “dinulhaq” yang memiliki tiga ciri
utama, iaitu:
i.
Iman kepada
Allah SWT secara mutlak.
ii.
Iman kepada
hari Akhirat.
iii.
Mengamalkan
perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
ISLAM SEBAGAI SISTEM UMUM DAN KHUSUS
·
Sistem umum
bermaksud Islam adalah cara hidup untuk semua makhluk Allah SWT.
·
Semua
makhluk hidup berasaskan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT sesuai
dengan kejadian mereka (lihat surah al-Furqan: 2).
·
Hukum umum
ini dikenali sebagai SUNNATULLAH (Law of Nature – Undang-Undang Semulajadi).
·
Ia bersifat
pasti, objektif dan tetap (lihat firman Allah dalam surah al-Fath: 23).
·
“.. dan
kepada-Nya menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka
mahupun terpaksa..”
(al-Ra’d:
15)
·
Islam
sebagai suatu sistem khusus bermaksud:
“Islam
sebagai ad-Din yang datang dari Allah SWT, merupakan peraturan hidup yang
mengatur hidup manusia, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT
dalam konteks yang sebenar”.
·
Ia
berkaitan dengan akidah yang menjadi pilihan bukannya paksaan. Islam diterima
dengan penuh kerelaan.
·
Manusia
bertanggungjawab di atas pilihan yang mereka lakukan.
·
Melalui
pilihan ini manusia akan dinilai dan dibalas serta memberi implikasi; baik @
buruk, pahala @ dosa; syurga @ neraka.
·
Allah SWT
membentangkan kepada manusia dua jalan hidup: KEBENARAN dan KESESATAN.
·
Memilih
kebenaran bererti memilih keberuntungan dalam hidup dunia dan akhirat. Memilih
keserasian hidup antara system umum dan system khusus.
KANDUNGAN ISLAM
Islam
meliputi tiga perkara utama, iaitu:
1.
Asas/Dasar:
i.
Aqidah
ii.
Syariat
iii.
Ibadah
iv.
Akhlak
2.
Sistem Hidup (pelaksanaan hidup yang berteraskan asas Islam)
iaitu:
i.
Politik
ii.
Ekonomi
iii.
Sosial
iv.
Ilmu
v.
Seni
vi.
Falsafah
vii.
Teknologi
viii.
Lain-lain
3.
Penguat dan Penyokong (Amr Ma’ruf Nahi Munkar)
i.
Dakwah
ii.
Jihad
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
i.
Rabbaniah
ii.
Syamil dan
Kamil
iii.
Universal
(Alami @ Sejagat)
iv.
Selaras
Dengan Fitrah Manusia
v.
Tetap dan
Anjal
vi.
Wasati
vii.
Waqi’e @
Praktikal
TUJUAN ISLAM
Menjaga
Keselamtan:
i.
Agama
ii.
Nyawa
(Jiwa)
iii.
Akal
iv.
Kehormatan
v.
Hartabenda
No comments:
Post a Comment