click here ^_^

Labels

riang selalu ^_^

Monday, 18 November 2013

Dipotong tangan kerana memberi sedekah



Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Sunday, 17 November 2013

Larangan ketawa




Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Sufyan bin Uyainah berkata: "Nabi Isa a.s. berkata kepada sahabat hawariyyin (yang setia): "Hai garam bumi kamu jangan merosak sebab segala sesuatu jika dirosak dapat diubati dengan garam dan bila garamnya yang rosak tidak dapat diubati dengan apapun, hai para hawariyyin, kamu jangan memungut upah dari orang yang kamu ajar kecuali sebagaimana kamu memberi kepadaku dan ketahuilah bahawa kamu mempunyai dua ciri kebolehan iaitu tertawa tanpa sebab yang mentertawakan dan tiudr pagi tanpa bangun malam."
Garam bumi para ulama yang selalu memberi petunjuk kepada manusia dan memperbaiki akhlak kelakuan manusia dan menunjukkan jalan yang diridhoi Allah s.w.t., maka apabila ulama telah meninggalkan tugasnya maka siapakah yang dapat ditiru oleh orang-orang yang bodoh. Kerana ulama sebagai waris Nabi seharusnya mereka mengikuti jejak Nabi, yakni tidak minta upah atas ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Qul la as'alukum alaihi ajra illal mawaddata filqurba." (Yang bermaksud): "Katakanlah saya tidak minta daripadamu upah, hanya supaya kamu suka pada kaum kerabatku." Sedang upah hanya dari Allah s.w.t. Yang dimaksudkan dengan tertawa ialah bergelak-gelak dan ini makruh kurang baik dan tidur pagi padahal tidak bangun malam tanda kurang sihat akal.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidur waktu pagi itu tanda-tanda ahmaq (degil) dan tengah hari itu baik dan petang hari tanda kebodohan."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, maka Nabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Mati." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNya andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: "Ketika Khidzir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa a.s.: "Berilah nasihat kepadaku." Khidzir berkata: "Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan jangan tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran."

Ja'far bin Auf dari Mas'ud dari Auf bin Abdullah berkata: "Biasa Nabi Muhammad s.a.w. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya." (Yakni tidak suka melerek) Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunnat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak didunia bererti akan banyak menangis diakhirat. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Fal yadh haku qalila wakyabku katsira." (Yang bermaksud): "Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalsan dari amal perbuatan mereka."

Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Alhasan Albashri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa, lalu ditanya: "Hai anak, apakah engkau sedah menyeberang shirath?" Jawabnya: "Belum." "Apakah engkau pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?" Jawabnya: "Belum." "Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?" Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Alhasan meresap benar dalam hatiya sehingga ia bertaubat daripada tertawaan. Demikianlah nasihat dari ulama yang mengamalkan benar ilmunya, sangat berguna ilmunya dan berkesan nasihat-nasihatnya, adapun ulama-ulama sekarang kerana mereka sendiri tidak menjalankan ilmunya maka ajarannya kurang berkesan.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.

Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kesenangannya iaitu:

Memikirkan akhirat

Kesibukan pencarian keperluan hidup

Kerisauan memikirkan dosa

Tibanya musibah bala


Maka seharusnya seorang mukmin sibuk memikirkan semua itu supaya tidak banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu bukan sifat orang mukmin, bahkan Allah s.w.t. telah mencela orang-orang yang tertawaan didalam ayat (Yang berbunyi): "Afa min hadzal haditsi ta'jabun, watadh hukuna wala takbun, wa antum saamiduun." (Yang bermaksud): "Apakah kerana keterangan ajaran ini kamu ajaib, dan tertawa dan tidak menangis, padahal kamu sedang lalai."

Dan Allah s.w.t. memuji orang-orang yang menangis didalam ayat (Yang berbunyi): "Wa yakhirruna lil adzqaani yabkuun." (Yang bermaksud): "Dan mereka menundukkan dagunya sambil menangis."

Maka selayaknya tiap orang memikirkan lima macam iaitu:

Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa-dosa itu tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan atau tidak.

Dia telah berbuat amal kebaikan tetapi belum mengetahui apakah diterima atau tidak

Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengtahui bagaimana kesudahannya

Dia telah mengetahui bahawa Allah s.w.t. membuat tempat maka ditempat yang mana ia akan masuk

Dia tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. ridho kepadanya atau murka


Maka siapa yang tidak memperhatikan lima macam ini dimasa hidup, ia akan menerima lima macam sesudah mati iaitu:

Menyesal terhadap apa yang ia tinggalkan kepada ahli waris yang akan menjadi musuhnya

Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya

Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga minta izin kembali untuk taubat dan tidak diizinkan

Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal

Allah s.w.t. murka kepadanya dan tidak ada jalan untuk minta ridhoNya

Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar kedataran tinggi menjerit-jerit kepada Tuhan menangis dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang ditempat tidurmu. Dan saya ingin andaikan ketika Allah s.w.t. menjadikan aku dijadikan pohon yang ditebang orang."

Yunus meriwayatkan dari Alhasan Albashri berkata: "Seorang mukmin tiap pagi dan petang ia sedih memikirkan hari kemudian." Dan Alhasan sendiri selalu tampak bagaikan orang baru menguburkan ibunya. Al-auza'i ketika menafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Maa lihaadzal kitabi la yughaadiru soghirotan walaa kabiratan illa ahshaha." (Yang bermaksud): "Mengapakah suratan amal ini tidak meninggalkan yang kecil maupun yang besar melainkan dicatatnya?." Tafsiran yang kecil itu senyum dan yang besar itu gelak ketawa.

Abdullah bin Amar bin Al-ash r.a. berkata: "Andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui tentu kamu sedikit tertawa dan banyak menangis, dan nadaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya akan sujud salah satu kamu hingga putus punggungnya dan akan menjerit sehabis suaranya, menangislah kamu kepada Allah s.w.t. jika tidak dapat menangis maka tangis-tangiskanlah sehingga menyerupai orang-orang yang menangis."

Sufyan bin Muhammad bin Ajlan menerangkan hadis yang menerangkan: "Tiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga iaitu:

Mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.

Mata yang dipejamkan dari apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Mata yang jaga malam dalam jihad fisabilillah

Abu Hanifah berkata: "Saya pernah tertawa satu kali dan saya sangat menyesal atas kejadian itu, iaitu ketika saya berdebat dengan Amr bin Ubaid Alqadari (Orang bermadzhab qodariyah yang tidak percaya pada takdir Allah s.w.t. yang sudah selesai), ketika saya merasa menang lalu tertawa, maka ia berkata: "Engkau bicara tentang ilmu dan tertawa, maka saya tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selamanya" maka saya sangat menyesal, sebab andaikan saya tidak tertawa nescaya akan dapat menundukkannya kefahamanku sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Muhammad bin Abdullah Al-abid berkata: "Siapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, ia mendapat taufiq untuk khusyu' dan siapa meninggalkan sombong diberi taufiq untuk bertawadhuk dan siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting maka ia mendapat hikmat dan siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan maka diberi taufiq untuk merasakan lazatnya ibadat, dan siapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka dicinta, dan siapa yang tidak menyelidiki hal orang, maka ia diberi taufiq untuk menyelidiki kesalahan diri sendiri, dan siapa yang meninggalkan ragu terhadap sifat-sifat Allah s.w.t. maka selamat dari nifaq."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda mengenai firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa kaana tahtahu kanzullalhumma." Dibawahnya ada lembaran mas yang tertulis lima garis iaitu:

Saya hairan pada orang yang yakin akan mati, bagaimana ia dapat bergembira

Saya hairan terhadap orang yang yakin adanya neraka, bagaimana ia dapat tertawa

Saya hairan pada orang yang yakin pada takdir, bagaimana ia susah (berdukacita)

Saya hairan pada orang yang yakin pada perubahan dunia, bagaimana ia merasa senang

Laa ilaha illallah, Muhammad rasulullah

Tsabit Albunani berkata: "Diceritakan bahawa tertawanya seorang mukmin itu kerana lupa kepada urusan akhirat, andaikan ia tidak lupa maka tidak akan ketawa."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Carilah kesenangan yang tidak ada susahnya, dengan bersusah yang tidak ada senangnya." Yakni kesenangan akhirat yang abadi tidak dapat dicapai tanpa mengendalikan hawa nafsu syahwat, sehingga terasa selalu susah kerana harus menelan liur, kerana menahan keinginan hawa nafsu syahwat."

Tiga macam hal yang dapat mengeraskan hati iaitu:

Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan (ajaib)

Makan tanpa rasa lapar

Bicara yang tidak penting (perlu)

Bahz bin Hakiem dari ayahnya dari neneknya berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ancaman celaka bagi orang yang dusta untuk mentertawakan orang, ancaman bahaya baginya ancaman celaka baginya."

Ibrahim Annakha'i berkata: "Adakalanya seorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang disekitarnya, maka Allah s.w.t. murka padanya lalu murka Allah s.w.t. itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya. Dan adakalanya seorang berkata kalimat yang diridhoi Allah s.w.t., maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah s.w.t. itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya."

Watsilah bin Al-asqa' dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Abuhurairah, jadilah engkau seorang warak (menghindari semua yang haram dan syubhat) nescaya engkau menjadi sebaik-baik manusia ibadatnya, dan jadilah engkau orang yang qana'ah (teriman), nescaya menjadi manusia yang sangat bersyukur, dan sukailah untuk lain orang apa yang kau suka untuk dirimu sendiri nescaya engkau menjadi orang mukmin, dan perbaikilah ketetanggaan kepada tetanggamu nescaya engkau menjadi orang muslim dan kurangilah tertawa sebab banyak tertawa itu mematikan hati."

Malik bin Dinar dari Al-ahnaf bin Qays berkata: "Umar berkata kepadaku: "Siapa yang banyak tertawa kurang wabawanya dan siapa yang suka bergurau diremehkan orang dan siapa yang membiasakan sesuatu terkenal dengan kebiasaannya itu dan siapa yang banyak bicara banyak salahnya dan siapa yang kurang waraknya (hati-hatinya) dan siapa yang kurang wara'nya mati hatinya dan siapa yang mati hatinya maka neraka lebih layak baginya."

Abul Laits berkata: "Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:

Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal

Memberanikan orang bodoh kepadanya

Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.

Melupakan dosa-dosa yang lampau

Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu

Melupakan mati dan akhirat

Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu

Tertwa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat


Abu Dzar menafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Fal yadh haku qalila, walyabku katsira, jazaaan bima kaanu yaksibun." (Yang bermaksud): "Hendaklah mereka ketawa sedikit, sebab didunia ini sedikit dan mereka akan menangis banyak, kerana akhirat itu abadi sebagai pembalasan terhadap apa yang mereka perbuat."

Tuesday, 12 November 2013

Duduk seperti kucing, lompat seperti harimau




Kucing adalah binatang peliharaan yang jinak. Duduk seekor kucing ialah bertertib dan penuh sopan. Manakala harimau pula dikategorikan sebagai binatang liar yang tangkas dan garang.

Maksud pepatah duduk seperti kucing, Melompat seperti harimau ialah seorang yang pendiam tetapi pantas dan tangkas dalam melakukan pekerjaan.

  Seorang pelajar harus mempunyai sikap-sikap berikut bagi menjamin kejayaannya:-

1. Memberi penumpuan semasa dalam kelas
2. Diam dalam kelas kecuali bertanya dan berbincang
3. Membuat kerja sekolah
4. Cuba memahami istilah-istilah baharu
5. Mengingati, memahami dan menghafal perkara-perkara yang perlu
6. perlu banyak berfikir.

Sifat peramah dan suka menolong orang  dapat menjadikan seorang pelajar itu dihormati dan disanjungi. Sifat seperti ini memudahkan seseorang pelajar itu untuk berinteraksi serta mendapat maklumat untuk kemajuan dirinya sendiri.

Rumusan:
   Tidak ada gunanya kita menunjukkan kehebatan yang ada dalam diri kita. Hakikatnya, kita mempunyai ilmu yang sedikit sahaja. Kita tidak aka rugi sekiranya kita merendah diri. Dalam kebanyakan situasi, diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

     Seseorang yang berilmu mempunyai sikap yang terpuji iaiti rendah diri. Dia berusaha untuk menjauhi sifat bangga diri dan riak dengan ilmu dan kehebatan yang dikehendaki.

Ayat 63 surah al-Furqan
Mari kita sama-sama tadabbur ayat al Quran berikut :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا و إذا خاطبهم الجهلون قالوا سلما ( 63 )

سورة الفرقان

Dan hamba-hamba ( Allah ) ar Rahman , ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

Kesimpulannya:
      Akhlak ialah cermin bagi diri seseorang. Usaha dengan gigih untuk menjadi anak yang sangat membanggakan ibu dan ayah serta gigihkan usaha dengan penuh keazaman untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Hiasi diri dengan akhlak yang indah seperti rendah diri, hormat menghormati, menghargai dan sebagainya, Nescaya kita akan dikasihi manusia dan diredai Allah S.W.T.  

Monday, 11 November 2013

Jangan mendahulukan adat dan membelakangkan sunnah!



 
Saya tertarik untuk berkongsi kata-kata kakak saya di status facebooknya..semoga bermanfaat^_^
 
JANGAN mendahulukan adat dan membelakangkan sunnah ! JANGAN mendepankan trend sampai membelakangkan syar'iyah Islam.

"Namun usaha untuk menjernihkan antara agama dan adat, jauh lebih sukar dari yang dijangka. Walaupun nyata bersalahan dengan agama, mencabut adat yang asing dari Islam, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain. Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri. Mencabutnya dengan tergesa-gesa hanya mengundang luka. Khususnya adat yang bersangkut dengan maruah keluarga." (Saiful Islam, 2007)

"Atas prinsip proaktif, fokuslah pada apa yang kita mampu mengawal dan mengubahnya. Maafkan percanggahan yang ada. Maafkanlah kebiasaan yang ada dan cubalah untuk minimumkan apa-apa yang agama tidak suka."(Saiful Islam, 2007)...

p/s: keterujaan kita bertunang, bernikah, kenduri kendara terkadang ada tersasar atau SENGAJA menyasarkan diri untuk melakukan pelbagai tindakan yang tak sepatutnya pada sisi syar'iyah (cth semasa yang biasa orang buat: bergambar berdua dengan tunang tanpa mak ayah atau org lain).

cth solusi: Elok takde pelamin bagai atau kamera canggih sbb boleh mencegah hal-hal syubhah dari berlaku.

Saya bersyukur mak dan abah saya tak terlalu memberatkan hal-hal sebegitu. ambil yang ringan dan memudahkan. yang paling utama berada dilandasan syar'iyah.

 saya-anti: 

 1)pembaziran dalam majlis-->sbb kenduri pakai duit sendiri. sakit nak kumpul duit, rezeki ko la bapak ko sponsor kan? heh!->membazir tu sahabat syaiton,
2)outdoor/indoor photoshoot->kadang2 jauh naik kereta datang nak jumpa pengantin, tapi depa dah hilang pi putrajaya la, pantai la, kebun bunga la, terkilan sbb kirim pada mak ayah depa je. photoshoot esok pagi lepas kenduri tak leh ea?
3)pelamin utk tatapan umum->secara pribadinya, sy dipelamin duduk melangut ber make up bagai, kejap2 org dtg amik gambo, tgk tetamu yang hadir makan sambil pandang2 kita, uuuuuihhh! malu seyh. takpe la, tak de pun tak kisah. harga pelamin boleh buat bayar road tax kete 2,3 kali tau. uhuhu~
4)buat kenduri terpaksa berhutang->ikut kemampuan sudah. kalau dlm masa 3bulan sblm kenduri boleh kumpul 4,5 ribu shj, panggil la jemputan bawah 500 orang. jiran setempat, saudara mara n shbt rapat. dah cukup kan.
5) baju pengantin menonjol ya amat->kalau menyewa rugi. jahit tempah pun rugi sebab berani pakai sekali waktu kawen tu je.ini depend la, majlis masing-masing. kalau saya ni biasa pakai baju jubah gedabak kaler kusam/ baju kuliah semedang, tetiba pakai baku kaler cerah kain kilat2 ade selendang, dah cukup cun dah tu utk jd pengantin.

Wanita dan kerjaya




Jika dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai 'kerja dan jaya'. Jika kaum adam empunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu juga kaum hawa, mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan dan tugas yang perlu dilakukan.

    Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang ditentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar'ie, tetapi secara amnya, Islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syarak telah memberi peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Antaranya:-

i.     Kebanyakan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan.

ii.    Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan. Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan.

iii.   Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.

Sunday, 10 November 2013

Apakah motif sebenar Rasulullah s.a.w berpoligami??



Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kita merasa nikmat yang diberikan didunia..selawat dan salam kehadrat junjungan besar nabi Muhammad SAW..In syaa allah hari ini saya ingin kongsikan beberapa motif poligami Rasulullah s.a.w.

1) Al-hikmah al-Ta'limiyah (hikmah bersifat pengajaran). Oleh kerana kaum wanita merupakan sebahagian daripada masyarakat, Rasulullah memerlukan kaum wanita untuk berperanan sebagai guru pendidik dalam bidang syariah yang khusus kepada kaum wanita terutama sekali dalam masalah yang berkaitan dengan Fiqh al-Nisa' (fiqh dalam perihal masalah kaum wanita). Lantaran itu, isteri-isterinya Aisyah dan Ummu Salamah lebih berperanan sebagai perawi hadis dalam merungkai permasalahan hukum syarak khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita seperti haid,nifas,janabah,urusan perkahwinan dan lain-lain lagi.

2) Al-hikmah al-Tasyri'iyah (hikmah perundangan syarak). Ini bererti Rasulullah berpoligami kerana menghormati peruntukan quota yang diperuntukan oleh syariat Allah Taala ke atas diri beliau. Malah sebelum Muhammad dilantik sebagai Rasul, masyarakat Arab dan umat terdahulu sudah biasa dengan kehidupan berpoligami. Selain ituia juga merupakan satu contoh langkah yang baik untuk mengawal nafsu syahwat bagi umat islam daripada terjerumus ke lembah penzinaan.

3) Al-hikmah al-Ijtimaiyah (hikmah kemasyarakatan). Kemasyarakatan yang dimaksudkan ialah menjalin silatulrahim sesama masyarakat terutama sekali hubungan rapat sesama para sahabat beliau. Lantaran itu, Rasulullah mengahwini anak perempuan sahabatnya, Abu bakar al-siddiq (Aisyah). Kemudian disusuli pula pernikahannya dengan nak perempuan Umar al-Khattab (Hafsah). Pertalian yang wujud hasil daripada semua perkahwinan ini mampu mengeratkan hubungan sesama mereka yang berperanan penting dalam penyebaran agama islam di peringkat permulaan. Kebanyakan wanita-wanita yang kahwini beliau adalah  janda demi menjaga kebajikan mereka yang telah ketiadaan suami kecuali Siti Aisyah r.a yang dikahwini semasa dia berusia 6 tahun.

4) Al-hikmah al-Siyasiyah (hikmah politik). Perkahwinan Rasulullah juga bermotifkan politik demi untuk kebaikan sejagat. Lantaran ini, beliau mengahwini Juwairiah binti al-Harith, anak perempuan ketua Bani Mustolaq dan juga seorang wanita berbangsa Yahudi, Sofia binti Huyyai, anak perempuan ketua Bani Nadhir. Begitu juga perkahwinan beliau dengan Ummu Habibah (Ramlah binti Abu Sufian), iaitu anak perempuan salah seorang tokoh politik berpengaruh di kota Mekah pada masa itu dan Mariah al-Qibtiyah( berbangsa Qibti dari Mesir)

Saturday, 9 November 2013

Mengapa nabi kahwin lebih dari satu??



Sekiranya kita ikuti secara teliti sejarah dan suasana Nabi Muhammad s.a.w. serta faktor-faktor baginda mengahwini wanita-wanitanya, nescaya akan didapati beberapa hakikat seperti berikut:

Pertama: Bahawa orang-orang arab sebelum kedatangan agama islam boleh dan harus berkahwin beberapa banyak wanita yang mereka sukai. Keadaan yang serupa menjadi tradisi juga kepada masyarakat lain di waktu itu. Oleh yang demikian poligami bukanlah merupakan satu hal yang luar biasa bagi kebanyakan tempat di muka bumi ini, terutamanya di negara Arab. Jadi tidaklah ada alasan sama sekali untuk dianggap ganjil dan cela perbuatan itu.

Kedua: Bahawa agama islam mengambil jalan tengah terhadap isu poligami iaitu penyatuan diantara memenuhi seruan fikiran dan tabiat semula jadi dengan melaksanakan kepentingan perasaan dan syahwat menurut ketentuan yang berpatutan. Itulah sebabnya islam mengharuskan poligami, asal sahaja poligami yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan-tujuan yang mulia dan suci. Apalagi pogami dalam islam telah ditentukan batasannya seramai empat orang. Syariat begini tentulah dapat melaksanakan sikap yang pertengahan dan adil sehingga tidaklah tersekat kalau ada perkara-perkara yang membolehkan atau perkara-perkara yang memaksa, seperti sakit atau mandul atau menyelamatkan wanita-wanita yang belum menjadi isteri dari kepayahan hidup atau sebagainya. Tetapi pintu poligami ini tidaklah dibuka begitu luas dan dilepas sehingga orang lelaki boleh membuat menurut sesuka hatinya tanpa batasan atau tanpa memperduli tanggungan moral dan material.

Ketiga: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengahwini wanita-wanita ialah masa sebelum ayat poligami turun pada tahun kelapan hijrah. Nabi tidak menambah lagi walaupun seorang selepas sahaja ayat poligami diturunkan.

Keempat: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di waktu mudanya hanya mempunyai seorang isteri sahaja yang berusia jauh lebih muda daripadanya, iaitu Saidatina Khadijah r.anha. Nabi berkahwin dengannya semasa berusia 25 tahun , iaitu 15 tahun sebelum baginda diutus menjadi Rasul. Saidatina Khadijah pada waktu itu sudah berumur 40 tahun dan sudah dua kali bersuami dan beroleh anak. Kemudian barulah berkahwin dengan Nabi dan berkekalan dalam pimpinan Nabi sehingga akhir hayatnya. Selepas Saidatina Khadijah meninggal dunia Nabi tidak pernah kenal wanita-wanita lain kecuali dalam tahun kedua sesudah hijrah. Dapatkah baginda dituduh pencinta wanita kalau diwaktu mudanya yang berusia diantara dua puluhan hingga lima puluhan hanya memadai seorang isteri sahaja.Ertinya Nabi hidup bersama Saidatina Khadijah dan selepas ditinggalkan Khadijah hampir 30 tahun. Kemudian barulah nabi kahwin dengan Aisyah. Ketika itu Saidatina Aisyah pula masih terlalu kecil kalau dipadankan dengan seorang lelaki yang telah berusia 55 tahun. Itulah sebabnya ada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Nabi berkahwin dengan Aisyah pada tahun kedua hijrah itu tidaklah boleh dikatakan perkahwinan yang sebenar. Cuma sekadar pindah rumah sahaja. Kerana Aisyah belum dapat memikul tugas sebagai seorang isteri yang sebenar.

Kelima: Bahawa perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. selepas Saidatina Khadijah tidak mendapat sebarang keturunan. Dapatlah diambil kesimpulan bahawa perhubungannya dengan isterinya amatlah terbatas. Bahkan mungkin jarang sekali baginda meniduri isteri-isterinya lantaran sibuk dengan urusan agama. Kalau tidak, mengapa baginda tidak memperolehi anak daripada mereka.

Keenam: Bahawa perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. sama sekali tidak pernah memilih seorang gadis yang jelita untuk menjadi isterinya, sedangkan kedudukan dan kekuasaannya pada waktu itu tidaklah susah untuk mendapatkan gadis-gadis Arab yang cantik dan gadis-gadis Rom dan Parsi yang paling jelita yang berapa di semenanjung tanah Arab itu. Kemudian semua isterinya ketika dikahwinkannya adalah janda-janda kecuali Aisyah.

Kenyataan-kenyataan ini dapatlah dipastikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidaklah boleh dituduh sebagai seorang lelaki pemburu wanita sebagaimana yang dikatakan oleh musuh-musuhnya. Sekiranya Nabi bersifat pemburu wanita maka bagaimana baginda boleh hidup 30 tahun dengan hanya mengenal  seorang wanita sahaja, itupun yang sudah tua dan masuk kali ketiga berkahwin dengannya. Pada hal baginda ketika itu masih muda dan cukup sihat. Kenyataan-kenyataan ini juga dapat dipastikan bahawa setiap perkahwinan Nabi adalah mengandungi tujuan tujuan tertentu, samada tujuan itu kembali kepada maslahat Islam atau seruannya atau kepada peri kemanusiaan yang luhur atau kepada tujuan syariat Islam dengan perintah Allah S.W.T.