Sunday, 10 November 2013
Apakah motif sebenar Rasulullah s.a.w berpoligami??
Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kita merasa nikmat yang diberikan didunia..selawat dan salam kehadrat junjungan besar nabi Muhammad SAW..In syaa allah hari ini saya ingin kongsikan beberapa motif poligami Rasulullah s.a.w.
1) Al-hikmah al-Ta'limiyah (hikmah bersifat pengajaran). Oleh kerana kaum wanita merupakan sebahagian daripada masyarakat, Rasulullah memerlukan kaum wanita untuk berperanan sebagai guru pendidik dalam bidang syariah yang khusus kepada kaum wanita terutama sekali dalam masalah yang berkaitan dengan Fiqh al-Nisa' (fiqh dalam perihal masalah kaum wanita). Lantaran itu, isteri-isterinya Aisyah dan Ummu Salamah lebih berperanan sebagai perawi hadis dalam merungkai permasalahan hukum syarak khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita seperti haid,nifas,janabah,urusan perkahwinan dan lain-lain lagi.
2) Al-hikmah al-Tasyri'iyah (hikmah perundangan syarak). Ini bererti Rasulullah berpoligami kerana menghormati peruntukan quota yang diperuntukan oleh syariat Allah Taala ke atas diri beliau. Malah sebelum Muhammad dilantik sebagai Rasul, masyarakat Arab dan umat terdahulu sudah biasa dengan kehidupan berpoligami. Selain ituia juga merupakan satu contoh langkah yang baik untuk mengawal nafsu syahwat bagi umat islam daripada terjerumus ke lembah penzinaan.
3) Al-hikmah al-Ijtimaiyah (hikmah kemasyarakatan). Kemasyarakatan yang dimaksudkan ialah menjalin silatulrahim sesama masyarakat terutama sekali hubungan rapat sesama para sahabat beliau. Lantaran itu, Rasulullah mengahwini anak perempuan sahabatnya, Abu bakar al-siddiq (Aisyah). Kemudian disusuli pula pernikahannya dengan nak perempuan Umar al-Khattab (Hafsah). Pertalian yang wujud hasil daripada semua perkahwinan ini mampu mengeratkan hubungan sesama mereka yang berperanan penting dalam penyebaran agama islam di peringkat permulaan. Kebanyakan wanita-wanita yang kahwini beliau adalah janda demi menjaga kebajikan mereka yang telah ketiadaan suami kecuali Siti Aisyah r.a yang dikahwini semasa dia berusia 6 tahun.
4) Al-hikmah al-Siyasiyah (hikmah politik). Perkahwinan Rasulullah juga bermotifkan politik demi untuk kebaikan sejagat. Lantaran ini, beliau mengahwini Juwairiah binti al-Harith, anak perempuan ketua Bani Mustolaq dan juga seorang wanita berbangsa Yahudi, Sofia binti Huyyai, anak perempuan ketua Bani Nadhir. Begitu juga perkahwinan beliau dengan Ummu Habibah (Ramlah binti Abu Sufian), iaitu anak perempuan salah seorang tokoh politik berpengaruh di kota Mekah pada masa itu dan Mariah al-Qibtiyah( berbangsa Qibti dari Mesir)
Saturday, 9 November 2013
Mengapa nabi kahwin lebih dari satu??
Sekiranya kita ikuti secara teliti sejarah dan suasana Nabi Muhammad s.a.w. serta faktor-faktor baginda mengahwini wanita-wanitanya, nescaya akan didapati beberapa hakikat seperti berikut:
Pertama: Bahawa orang-orang arab sebelum kedatangan agama islam boleh dan harus berkahwin beberapa banyak wanita yang mereka sukai. Keadaan yang serupa menjadi tradisi juga kepada masyarakat lain di waktu itu. Oleh yang demikian poligami bukanlah merupakan satu hal yang luar biasa bagi kebanyakan tempat di muka bumi ini, terutamanya di negara Arab. Jadi tidaklah ada alasan sama sekali untuk dianggap ganjil dan cela perbuatan itu.
Kedua: Bahawa agama islam mengambil jalan tengah terhadap isu poligami iaitu penyatuan diantara memenuhi seruan fikiran dan tabiat semula jadi dengan melaksanakan kepentingan perasaan dan syahwat menurut ketentuan yang berpatutan. Itulah sebabnya islam mengharuskan poligami, asal sahaja poligami yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan-tujuan yang mulia dan suci. Apalagi pogami dalam islam telah ditentukan batasannya seramai empat orang. Syariat begini tentulah dapat melaksanakan sikap yang pertengahan dan adil sehingga tidaklah tersekat kalau ada perkara-perkara yang membolehkan atau perkara-perkara yang memaksa, seperti sakit atau mandul atau menyelamatkan wanita-wanita yang belum menjadi isteri dari kepayahan hidup atau sebagainya. Tetapi pintu poligami ini tidaklah dibuka begitu luas dan dilepas sehingga orang lelaki boleh membuat menurut sesuka hatinya tanpa batasan atau tanpa memperduli tanggungan moral dan material.
Ketiga: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengahwini wanita-wanita ialah masa sebelum ayat poligami turun pada tahun kelapan hijrah. Nabi tidak menambah lagi walaupun seorang selepas sahaja ayat poligami diturunkan.
Keempat: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di waktu mudanya hanya mempunyai seorang isteri sahaja yang berusia jauh lebih muda daripadanya, iaitu Saidatina Khadijah r.anha. Nabi berkahwin dengannya semasa berusia 25 tahun , iaitu 15 tahun sebelum baginda diutus menjadi Rasul. Saidatina Khadijah pada waktu itu sudah berumur 40 tahun dan sudah dua kali bersuami dan beroleh anak. Kemudian barulah berkahwin dengan Nabi dan berkekalan dalam pimpinan Nabi sehingga akhir hayatnya. Selepas Saidatina Khadijah meninggal dunia Nabi tidak pernah kenal wanita-wanita lain kecuali dalam tahun kedua sesudah hijrah. Dapatkah baginda dituduh pencinta wanita kalau diwaktu mudanya yang berusia diantara dua puluhan hingga lima puluhan hanya memadai seorang isteri sahaja.Ertinya Nabi hidup bersama Saidatina Khadijah dan selepas ditinggalkan Khadijah hampir 30 tahun. Kemudian barulah nabi kahwin dengan Aisyah. Ketika itu Saidatina Aisyah pula masih terlalu kecil kalau dipadankan dengan seorang lelaki yang telah berusia 55 tahun. Itulah sebabnya ada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Nabi berkahwin dengan Aisyah pada tahun kedua hijrah itu tidaklah boleh dikatakan perkahwinan yang sebenar. Cuma sekadar pindah rumah sahaja. Kerana Aisyah belum dapat memikul tugas sebagai seorang isteri yang sebenar.
Kelima: Bahawa perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. selepas Saidatina Khadijah tidak mendapat sebarang keturunan. Dapatlah diambil kesimpulan bahawa perhubungannya dengan isterinya amatlah terbatas. Bahkan mungkin jarang sekali baginda meniduri isteri-isterinya lantaran sibuk dengan urusan agama. Kalau tidak, mengapa baginda tidak memperolehi anak daripada mereka.
Keenam: Bahawa perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. sama sekali tidak pernah memilih seorang gadis yang jelita untuk menjadi isterinya, sedangkan kedudukan dan kekuasaannya pada waktu itu tidaklah susah untuk mendapatkan gadis-gadis Arab yang cantik dan gadis-gadis Rom dan Parsi yang paling jelita yang berapa di semenanjung tanah Arab itu. Kemudian semua isterinya ketika dikahwinkannya adalah janda-janda kecuali Aisyah.
Kenyataan-kenyataan ini dapatlah dipastikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidaklah boleh dituduh sebagai seorang lelaki pemburu wanita sebagaimana yang dikatakan oleh musuh-musuhnya. Sekiranya Nabi bersifat pemburu wanita maka bagaimana baginda boleh hidup 30 tahun dengan hanya mengenal seorang wanita sahaja, itupun yang sudah tua dan masuk kali ketiga berkahwin dengannya. Pada hal baginda ketika itu masih muda dan cukup sihat. Kenyataan-kenyataan ini juga dapat dipastikan bahawa setiap perkahwinan Nabi adalah mengandungi tujuan tujuan tertentu, samada tujuan itu kembali kepada maslahat Islam atau seruannya atau kepada peri kemanusiaan yang luhur atau kepada tujuan syariat Islam dengan perintah Allah S.W.T.
Friday, 8 November 2013
Implikasi perpecahan akibat tidak berpegang dengan tali Allah
Sekiranya manusia tidak berpegang dengan tali Allah S.W.T iaitu agama islam, maka ianya akan membawa kepada keburukan dan kemusnahan yang besar dalam hidup mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Antara implikasi yang akan berlaku ialah :-
(a) Membawa kepada pemisahan diri manusia itu dengan agama Allah S.W.T. dan terpisah dengan landasan syariat islam sekaligus menjauhkan diri mereka dari mendapat rahmat Allah S.W.T di dunia mahupun di akhirat.Mereka ini juga boleh juga di anggap sebagai pencetus kepada kemurkaan Allah S.W.T.
(b) Wujudnya perselisihan faham di kalangan manusia kerana tidak mempunyai asas pegangan agama yang kukuh dalam diri. Hidup mereka dipenuhu dengan kemungkaran dan kadang-kadang boleh membawa kepada pergaduhan akibat tidak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.
(c) Terjadinya permusuhan akibat tiada lagi nilai kasih sayang dalam diri. Permusuhan yang berlarutan boleh mengakibatkan perpecahan tanpa disedari semua ini membawa keburukan kepada mereka. Mereka yang kurang didikan agama pula terus terjerumus ke kancah kehinaan yang berpanjangan.
(d) Kemungkaran bermaharajalela di muka bumi tanpa mereka sedar semua itu tidak membawa keuntungan atau kesenangan dalam hidup mereka. Mereka sewenang-wenangnya melakukan kemungkaran tanpa memikirkan erti dosa dan pahala yang bakal mereka dapat di akhirat kelak. Sememangnya mereka ini tergolong dalan golongan yang rugi.
(e) Selain itu mereka juga tidak mendapat redha Allah S.W.T. Azab yang diterima oleh golongan tersebut amatlah pedih dan berat sekali yang tidak terdaya mereka pikul mahupun galas yang mana balasan itu akan ditimpa keatas diri mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya mereka bertaubat nescaya Allah S.W.T. akan mengampunkan dosa-dosa mereka tetapi jika sebaliknya maka azab Allah S.W.T. yang akan menunggu mereka.
Thursday, 7 November 2013
Tanggungjawab seorang muslim
Tanggungjawab muslim sebenarnya telah digariskan dalam oleh Allah Taala dalam sepoting ayat dan kemudian diulangi beberapa kali pada ayat-ayat yang lain dalam al-Quran. Ayat yang menggariskan peranan umat Islam dalam kehidupan ini ialah firman Allah Taala:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dial ah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “Orang-orang Islam” semenjak dahulu dan dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 77-78)
Ungkapan yang cukup jelas, tiada kekeliruan dan tiada kekaburan. Demi Allah, ungkapan ini amat indah dan menarik. Apakah umat Islam tidak pernah mendengarnya atau mereka pernah mendengarnya tetapi hati mereka terkunci? Oleh kerana itu mereka tidak pernah menyedarinya?
Allah memerintahkan umat Islam agar rukuk, sujud dan mendirikan solat yang merupakan induk ibadah, tiang agama Islam dan imej Islam yang paling ketara. Allah memerintahkan mereka agar menyembah Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Mereka hendaklah melakukan kebaikan menurut kemampuan mereka. Di samping itu Allah juga memerintahkan mereka melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Kebaikan pertama yang perlu dilakukan ialah dengan tidak melakukan kejahatan. Suatu ungkapan yang ringkas dan padat. Setelah itu Allah berikan jaminan bahawa mereka akan memperolehi kejayaan. Inilah tanggungjawab individu bagi setiap muslim yang perlu dilakukannya sendiri samada secara berseorangan atau berkumpulan.
Setelah itu Allah perintahkan mereka supaya berjuang di jalan Allah dengan bersungguh-sungguh demi mengembangkan dakwah ini kepada seluruh manusia dengan hujah yang mantap. Jika manusia enggan menerima sebaliknya membalasnya dengan tindakan kejam dan zalim barulah digunakan kekuatan senjata:
“Tika manusia menzalimi kebenaran dan engkar
Perang adalah jalan utama di dunia ini bukan lagi keamanan”
Alangkah tepat sekali kata hikmah yang menyebut: Kekuatan adalah cara paling selamat untuk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan dan kebenaran berjalan seiringan.”
Jihad bagi mengembangkan dakwah Islam terutama bagi memelihara kesucian Islam adalah suatu kawajipan yang diletakkan oleh Allah ke bahu umat Islam sama sepertimana Allah mewajibkan mereka solat, puasa, zakat, haji, membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Allah mewajibkan dan juga menggalakkan mereka memiliki kekuatan dan kemampuan. Ayat yang menyebut perintah ini datang dengan amaran yang cukup keras dan suatu nasihat yang perlu diberikan perhatian.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (at-Taubah: 41)
Allah telah mendedahkan rahsia di sebalik segala perintah dalam kewajipan ini kepada umat Islam. Allah jelaskan bahawa Dia memilih mereka supaya menjadi peneraju manusia, pemelihara syariat-Nya, menjadi wakil-Nya di bumi ini dan sebagai pewaris Rasulullah s.a.w. memikul dakwah baginda. Allah telah bentangkan kepada mereka agama ini. Allah telah memantapkan syariat-Nya, memudahkan segala hokum-hakam-Nya dan menjadikan hokum-hakam ini sesuai untuk semua zaman dan tempat supaya ia boleh diterima oleh seluruh manusia. Melalui syariat ini manusia akan meletakkan segala harapan dan impian yang mereka nantikan.
Inilah tanggungjawan sosial yang telah diserahaln oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Mereka hendaklah berada dalam satu barisan, satu ketumbukan dan satu kekuatan. Mereka hendaklah menjadi tentera penyelamat yang akan menyelamatkan seluruh manusia dan membimbing mereka ke arah jalan yang betul.
Selepas itu Allah Taala menjelaskan hubungan antara perintah solat dan puasa dengan perintah social tadi di mana perintah pertama adalah sebagai langkah awal untuk perintah kedua. Akidah yang sahih pula adalah asas untuk kedua-dua perintah. Tujuannya, supaya manusia tidak menjadi perintah tadi sebagai alasan untuk tidak melakukan kewajipan individu mereka dengan alasan mereka telah beramal untuk semua manusia. Dalam masa yang sama ia tidak menjadi alasan kepada manusia lain untuk tidak berbakti kepada semua manusia dengan alasan mereka sibuk dengan ibadah mereka dan menghabiskan sepenuh masa menghadap Tuhan. Bukankah ayat ini tepat dan bijaksana.
Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (an-Nisa’: 87)
Wahai umat islam, mengabdikan diri kepada Tuhan kamu dan berjihad demi memartabatkan agama dan syariat kamu adalah tanggungjawab kau dalam hidup ini. Jika kamu telah menunaikan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh, kamu adalah golongan yang beroleh kejayaan. Jika kamu hanya laksanakan separuh atau kamu abaikannya sama sekali perhatikanlah firman Allah Taala:
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam; tidaj ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arasy yang mulia (Al-Mukminun: 115-116)
Saturday, 2 November 2013
Hubungan Antara Iman dengan Ibadah
Iman
adalah membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan serta mengamalkan
dengan perbuatan. Yang dimaksud membenarkan dengan hati yaitu mempercayai dan
menyakini segala yang dibawa oleh Rasulullah. Yang dimaksud dengan mengikrarkan
dengan lisan adalah mengucap dengan dua kalimah syahadat. Sedangkan maksud dari
mengamalkan dengan perbuatan yaitu hatimengamalkan dalam bentuk keyakinan dan
badan mengamalkan dalam bentuk ibadah. Jika syarat-syarat diatas terpenuhi maka
seseorang akan dikatakan mukmin.
Ibadah berasal dari kata ‘abd secara bahasa berarti “hamba sahaya”. Pengertian tersebut mengisyaratkan bahwa ibadah mengandung ciri-ciri kekokohan dan kelemah lembutan, maksudnya pelaksanaan ibadah harus diiringi oleh kesetiaan yang kuat dan kehalusan. Secara bahasa ibadah diartikan sebagai penyembahan, pengabdian, dan ketaatan.
Hubungan iman dan ibadah adalah sejauh mana keimanan dapat mempengaruhi ibadah dan etika atau moral dan sebaliknya. Keimanan atau akidah adalah fondasi dari semua ajaran islam, yaitu akidah, syariah dan akhlak.
Seseorang yang telah beriman atau berakidah harus mengimplentasikan keimanannya dengan syariah yaitu beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan sesama manusia dan alam sekitar.
Akidah diwujudkan dalam pengucapan dua kalimat syahadat, diimani, diyakini, dan dibenarkan dalam hatinya. Sebagai wujud keimanannya kepada Allah, dia harus melaksanakan syariah berupa ibadah madhah dan ibadah muamalah ghairu madhah. Yang mana ibadah nadhah artinya penghambaan yang murni merupakan hubunga antara hamba dengan Allah secara langsung seperti : menjalankan ibadah sholat. Sedangkan ibadah muamalah ghairu madhah artinya segala amaln yang diizinkan oleh Allah, misalnya ibadah ghairu madhah ialah belajar, dzikir, dakwah, tolong menolong dan lain sebagainya.
Orang yang beriman disebut mukmin. Sedangkan seorang mukmin yang telah melakukan ibadah dan melakukan muamalah disebut muslim. Seorang mukmin belum dikatakan muslim apabila dia belum melaksanakan ibadah, baik ibadah mahdah maupun ibadah ghairu mahdah. Keimanan dan keislaman seseorang harus dilengkapi dengan ibadah dalam rukun islam yaitu syahadat, sholat, zakat, puasa, dan haji (bagi yang mampu).
Iman dengan ibadah juga memiliki hubungan kasualitas (sebab-akibat). Kualitas iman seseorang ditentukan oleh kualitas dan kuantitas ibadah orang tersebut. Makin tinggi kualitas ibadah seseorang(misal : shalat makin khusu’, mengurangi atau menghilangkan syirik kepada Allah ). Dan kuantitasnya (misal : menambah shalat wajib dengan dan shalt sunnah, banyak bershadaqah) akan menambah dan mempertebal iman seseorang, makin mengurangi dan mempertipis, bahkan dapat menghilangkan kualitas seseorang kepada Allah Swt.
Pelaksanaan ibadah yang yang di landasi iman yang kuat memberikan impak yang postif terhadap sikap dan perilaku seorang muslim.
Allah berfirman :
Artinya:
“bacalah apa yang telah di wahyukan kepadamu yaitu alkitab(al-qur’an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut 45)
Dari ayat diatas dapat kita ketahui bahwa shalat itu mengandung dua hikmah, yaitu dapat pencegah diri dari perbuatan keji dan perbuatan mungkar. Maksudnya dapat menjadi pengekang diri dari kebiasaan melakukan kedua perbuatan tersebut dan dan mendorong pelakunya untuk dapat menghindarinya. Dengan keimanan seseorang akan tunduk dan patuh pada aturan-aturan Allah Swt.
Dengan demikian sesungguhnya sangat
erat hubungan dan saling mempengaruhi antara iman dengan ibadah kepada Allah
Swt.
Adapun contoh-contoh amalan hubungan antara iman dengan ibadah :
a) Dzikir
Dzikir menurut bahasa arab (bahasa yang digunakan dalam al-qur’an) berarti mengingat/menyebut. Dzikir sendiri terbagi menjadi dua yaitu dzikir lisan dan dzikir dalam hati. Firman Allah :
Artinya:
“Maka makanlah apa yang ditangkap untukmu dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sngat cepat perhitungan-Nya. (Al-Maidah : 4)
b) Tawakal
Sebagai seorang muslim hendaknya hendaknya selalu berserah diri kepada Allah (berkhojtawakal).
Firman Allah pada surat Yunus : 84
Yang artinya :
“Dan Musa berkata :wahai kaumku apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepada-Nya, jika kamu benar-benar orang muslim.
Adapun contoh-contoh amalan hubungan antara iman dengan ibadah :
a) Dzikir
Dzikir menurut bahasa arab (bahasa yang digunakan dalam al-qur’an) berarti mengingat/menyebut. Dzikir sendiri terbagi menjadi dua yaitu dzikir lisan dan dzikir dalam hati. Firman Allah :
Artinya:
“Maka makanlah apa yang ditangkap untukmu dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sngat cepat perhitungan-Nya. (Al-Maidah : 4)
b) Tawakal
Sebagai seorang muslim hendaknya hendaknya selalu berserah diri kepada Allah (berkhojtawakal).
Firman Allah pada surat Yunus : 84
Yang artinya :
“Dan Musa berkata :wahai kaumku apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepada-Nya, jika kamu benar-benar orang muslim.
c) Syukur
Syukur adalah salah satu buah keimanan, bila seseorang hamba allah berbuat baik kepada anda lalu anda tidak berterima kasih kepadanya berarti anda telah bersikap buruk kepadanya. Padahal hamba tersebut hanya perantara, sedangkan pemberian sejati hanyalah Allah.
Firman Allah :
ومن شكر فانما يشكر لنفسه ومن كفر فان ربي غني كريم. ( النمل : ۴)
Artinya :
“Baramg siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa ingkar maka sesungguhnya Allah maha kaya, maha melihat.(An-Naml : 4)
d) Sabar
Seorang muslim berada diantara dua nikmat yaitu bila ia ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka ia akan memperoleh pahala dan apabila ditimpa musibah lalu bersabar maka ia akn memperoleh pahala.
Firman Allah :
ما عندكم ينفدوما عندالله باق ولنجزينالذين صبروا اجرهم بااحسن ما كانوا يعملون (النحل : ۹۶)
Artinya :
“Apa yang disisimu akan lenyap, dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS. An-Nahl :96/)
Syukur adalah salah satu buah keimanan, bila seseorang hamba allah berbuat baik kepada anda lalu anda tidak berterima kasih kepadanya berarti anda telah bersikap buruk kepadanya. Padahal hamba tersebut hanya perantara, sedangkan pemberian sejati hanyalah Allah.
Firman Allah :
ومن شكر فانما يشكر لنفسه ومن كفر فان ربي غني كريم. ( النمل : ۴)
Artinya :
“Baramg siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa ingkar maka sesungguhnya Allah maha kaya, maha melihat.(An-Naml : 4)
d) Sabar
Seorang muslim berada diantara dua nikmat yaitu bila ia ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka ia akan memperoleh pahala dan apabila ditimpa musibah lalu bersabar maka ia akn memperoleh pahala.
Firman Allah :
ما عندكم ينفدوما عندالله باق ولنجزينالذين صبروا اجرهم بااحسن ما كانوا يعملون (النحل : ۹۶)
Artinya :
“Apa yang disisimu akan lenyap, dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS. An-Nahl :96/)
Monday, 28 October 2013
Punca individu melakukan maksiat menurut Imam al-Ghazali
Setiap hamba Allah S.W.T yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas dari melakukan dosa sama ada kecil mahupun besar. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah dan mudah tunduk kepada hawa nafsu. Tetapi ini bukanlah alasan kerana orang yang beriman kepada Allah S.W.T akan patuh dan taat kepada perintahnya serta akan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada tuntutan hawa nafsu yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Imam al-Ghazali mengatakan bahawa dosa itu berlaku kerana dorongan pleh empat perkara:-
(a) Sifat Rububiyah ( sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil sifat-sifat tuhan untuk dipakai pada dirinya seperti takbur, suka disanjung dan dipuji. Sifat ini hanya layak bagi Allah S.W.T.
(b) Sifat Syaitaniyah ( sifat syaitan) iaitu apabila seseorang itu ada sifat-sifat hasad dengki, tipu helah, aniaya dan lain-lain kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan menyesatkan.
(c) Sifat Bahimiah (sifat kebinatangan) seperti tamak haloba, memakan harta anak yatim, mencari harta kekayaan semata-mata untuk memuaskan nafsu buas dan lain-lain.
(d) Sifat-sifat Subu'iyah (sifat kebuasan) seperti marah, dendam, mencaci orang, memukul, membunuh, memusnahkan harta benda dan lain-lain lagi.
Ibadah Puasa untuk Meningkatkan ketaqwaan
Ibadah Puasa
untuk Meningkatkan ketaqwaan
Tujuan utama dari ibadah puasa adalah memantapkan keimanan kepada Allah SWT sehingga keimanan itu menjelma menjadi ketaqwaan. Ini dikemukakan Allah dalam firman-Nya pada surat Al-Baqarah ayat 183, yaitu:
“Hai orang-orang yg beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” .
Apabila target dari ibadah puasa ini dapat dicapai, maka ibadah puasa akan
membuat kita menjadi orang yang memiliki tiga hal, yaitu:
1-Pertama mencegah diri dari segala bentuk dusta sebab dalam hadits riwayat Bukhari Muslim dan Ahmad yang artinya sebagai berikut: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji dan melakukan kejahatan Allah tidak akan menerima puasanya sekalipun ia telah meninggalkan makan dan minum.” Berarti, dalam hadits tersebut dinyatakan bahwa Allah SWT tidak menerima puasa seseorang yang tidak meninggalkan perkataan dusta.
2-Kedua memiliki benteng pertahanan rohani yang kuat sehingga dia menjadi orang yang mampu menjaga dan mencegah dirinya dari dosa. Rasulullah SAW bersabda yang artinya “Puasa adalah perisai dari api neraka seperti perisainya seseorang di antara kamu dalam perang.” .
3-Ketiga selalu terangsang untuk berbuat baik karena ibadah Ramadhan memang selalu mendidik seseorang untuk melakukan kebaikan, baik terhadap Allah SWT maupun terhadap sesama manusia.
Menurut hal-hal yang telah ditulis di atas, nilai ibadah puasa sangatlah penting karena dengan ibadah puasa kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)






